Home

Monday, December 22, 2014

Bingka Pandan

Alhamdulillah.. percubaan pertama .. perfect. Walaupun "angkat bakul" tapi nak citer ini realiti.. dah lah menjadi ... sedap dan lembut  pulak tu... ahaks he he he.. Sebenarnya bukan nak puji diri sendiri TAPI nak beri pujian dan sangat berterima kasih pada tuan punya blog dan resepi http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kuih-bakar-pandan.html atas perkongsian resepi bingka pandan ni. Terima kasih Yatie.



Aku suka guna loyang bulat sebab akan mengingatkan aku masa kecik .. mak selalu buat kuih jenis bingka dalam loyang macam ni.. klasik.



... dan lagi aku saje bagi hitam bahagian atas dan tepinya, sebab kerak yang hitam tu lah yang sedap dan aku juga tak tabur bijan atas kuih ni.. sebab nak nampak macam kuih kampung zaman dulu. Sebenarnya antara penyumbang kepada kesedapan kuih lama selain rasanya.. ialah bayangan nostalgianya semasa makan.. tak gitu.