Home

Sunday, October 2, 2011

Kota Bharu Heritage Trail & ... Singhorra

Perkembangan bandar Kota Bharu bermula dari tahun 1844, dibuka oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba. Sultan Kelantan sekarang ni Sultan Muhammad V. Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua

Pintu masuk Istana Balai Besar Kota Bharu sekarang, 2011

Istana Balai Besar Kota Bharu 1907


Istana Balai Besar, menjadi tempat berlangsung upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari dulu hingga kini



Istana Jahar dibina pada tahun 1887, kini dijadikan Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Asalnya ia tidak mempunyai nama sehingga pada 1911. Nama Jahar adalah sempena nama sejenis bunga yang ditanam di laman istana ini. http://www.arkib.gov.my/istana_jahar


Bank Pitis berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi. Pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad IV pada tahun 1903 telah menghantar "pohon duit" kepada Raja Siam. Pada masa itu, Kelantan masih merupakan negeri di bawah perlindungan Siam. "Pohon Duit" ini juga dikenali sebagai Pohon Pitis. Berdasarkan sejarah, Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.


"Pohon Pitis" Kelantan dibuat daripada logam timah yang mengandungi 13 syiling menggunakan teknologi acuan yang diperkenalkan oleh pedagang dari China. Pada bahagian muka syiling tertulis “Thuriba Fi Zul-Hijjah Sanat 1321” bermakna bulan Zul–hijjah 1903 dan dibelakangnya pula tertulis perkataan “Belanjaan Kerajaan Kelantan” untuk mengesahkan bahawa ianya adalah matawang rasmi kerajaan Kelantan http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Pitis. Pokok pitis ini digunakan sebagai logo rasmi Bank Simpanan Nasional.


Kampung Kraftangan Kelantan, menggunakan senibina melayu Kelantan. Di dalamnya terdapat Muzium Kraftangan Kelantan yang dibina pada 1991. http://www.muzium.kelantan.gov.my/muzium_kraftangan.php


Pintu masuk ke Kampung Kraftangan Kelantan


 Muzium Islam Kelantan, merupakan bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan selama 72 tahun 6 bulan. Asal bangunan ini adalah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). Dibina pada tahun 1902, berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani, model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan Singgora. Bangunan yang diubahsuai ini kini memuatkan Muzium Islam, Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Kini dalam proses pengubahsuaian lagi.



Masjid Muhammadi, Masjid Negeri Kelantan Darul Naim. Asal namanya ialah Masjid Besar Kota Bharu. Dibina pada 1867, zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 . 31 Julai 1931, dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.


Binaan terbuka berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua


Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.


Memorial Peperangan Dunia Ke-11 (Bangunan Bank Kerapu).
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid, Menteri Besar Kelantan (1894-1900. Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India Limited "dan dibina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan. Bangunan ini siap dan digunakan pada 1912. dan mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris dan Greco-Roman. Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut 'kerapu'. Sehingga kini bangunan ini dikenali sebagai Bank Kerapu. http://kelantan.muzium.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=23&Itemid=40


Deretan rumah kedai lama... masih mengekalkan senibina lama


Ukiran dan senibina Melayu Kelantan. Halus design pada fascia board tambahan lagi menggunakan atap Singhorra ... unik, klasik dan sejuk di bawah teduhannya. Khazanah Singhorra ini bakal dan mungkin akan pupus jika tiada usaha untuk mengetengahkannya. Lihat video pembuatan handmade Singhorra, satu-satunya yang masih ada di Malaysia. (Lot 247,Kampung Pengkalan Baru, Batu 50, Bachok, Kelantan)
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/kWrNhqbBBMM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


No comments:

Post a Comment