Home

Thursday, December 8, 2011

... black & white

hidangan petang sebelum en hub. pergi outstation...
Buat sikit jer... sbb kat rumah ni semua, katanya diet... tp X cukup rupanyer...
kena buat 2 versi ... sbb Sofi suka jemput2 ikan bilis, abah Sofi pulak jemput2 pisang.... ibu ??? apa2 pun X kisah, semua ibu suka...

Khaisiat pisang
  1. Family Musaceae
  2. Mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folattiga
  3. Jug mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa.
  4. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Khasiat Ikan Bilis (Anchovies)
  1. Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya, seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin .
  2. Kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium.
  3. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam.
  4. Selain itu ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran



No comments:

Post a Comment