Daftarkan Sofi Program QMaths di Bangi untuk kukuhkan dan memantapkan lagi skil dlm Matematik ... "Cekap & Cepat"
ANTARA CONTOH TEKNIK PENGIRAAN PROGRAM QMATHS
ANTARA CONTOH TEKNIK PENGIRAAN PROGRAM QMATHS
Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..
2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198
contoh 2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297
Bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998
Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997
... sedang menunggu kelas bermula
Rasa cam nak sambung belajar semulalah...
ReplyDelete