Home

Friday, October 26, 2012

Nasi Tumpang Aidil Adha 1433 Hijrah

... tak balik JB atau KB....rasa sangat mcm mak-mak... sebab mlm raya dah mula memasak. Kalau balik JB selalunya mlm raya macam ni lah...masak2... rasa sedih sikit beraya 3 beranak  jer....

persediaan untuk buat gulai udang ... masak lauk malam, esok tinggal masak nasi. Resepi link



malam ... siapkan kelongsong nasi tumpang




persediaan hening subuh .... masak nasi lembik, goreng telur dan serunding daging ready made




akhirnya ...sempat siap sebelum solat Aidil Adha




nasi tupe (tumpang) gulai udang ... Sofi beri 5 bintang




Ini bahagian Sofi buat dessert, suka betul dia...sepanjang hari menyengih sebab berjaya buat fruits tart yg cute dan sedappp


 


Langkah 1: Sediakan tart casing, order dari K.Mila http://adnazthie-kek.blogspot.com/ ... tak payah susah2 buat (sebenarnya tak tau nak buat)...TQ K.Mila, ranggup sepanjang hari



Langkah 2 : Cairkan coklat masak, sapukan sbg alas
Tujuan: coklat akan mengeras, oleh itu akan dapat menghalang kelembapan buah-buahan terkena pada casing yang boleh menyebabkan hilang keranggupannya



Langkah 3: Letakkan kastard (campuran 300ml susu segar, 2 sudu makan tepung kastard, 1sudu makan gula pasir, 1 sudu makan butter & sedikit vanila)... senang kalau guna piping tapi tak ingat simpan kat mana...akhirnya guna sudu kecik


Langkah akhir : Susun buah ikut pilihan dan citarasa sendiri


dan akhirnya siappp .... suka sangat dia



air tangan bujang kecik ....Fruits tart



Mari Mengenal Ikan - Jeram

Sabtu,  datang sekolah awal pagi ...siapkan kerja dengan Fad & Uja. Balik rumah pukul 2.00pm ... tak masak ... penat ...  kesian orang yang kat rumah dan rumah sekali  ... terabai. Nasib baiklaa 2 beranak jer kalau ada 3 atau 4 orang lagi ... tak tau laa apa jadi...
 terapi  ... dgn melihat ikan & pantai serta menikmati hidangan tengahari jam 3 ptg  di Aroma Ikan Bakar, Jeram...dapat juga merehatkan sekejap fizikal & minda setelah mengharungi minggu - minggu yang sangat busy dan meletihkan.





pilih ikan...ikan terpilih saje nampaknya dalam bekas tu...segaaar




ikan bawal putih (White Pomfret).... . senang nak kenal, bentuk leper lain dari ikan lain....sesuai untuk ibu2 dalam pantang lebih sesuai lagi dijadikan hidangan di meja pengantin




ikan jenahak.... kategori ikan kurang lemak, kandungan protin lebih tinggi ...link sedap digoreng atau stim...isinya tebal dan putih



ikan terubuk... terubuk masin terkenal di Sarawak... telurnya pula berharga ratusan ringgit sekilo link




ikan senangin



ikan gerut-gerut, nama lainnya ialah ompak, serkut, selukut, kepala besar, kepala batu (Javelin grunter, yellow-finned javelin fish, lined silver grunter).  
Kenapa namanya gerut2... berdasarkan cerita ketika dinaikkan ke darat ikan ini akan berbunyi geruuut’ atau ‘keruuut’  kerana tabiatnya menggerit gigi-giginya yang berada di dasar tekak. link



ikan Kerapu Pinang (Spotted Grouper)...Ada banyak kerapu di perairaan negara kita antaranya kerapu belang, kerapu botol, kerapu harimau, kerapu kertang, kerapu tikus dan banyak lagi link .... ikan kurang lemak dan tinggi omega 3.. Kepentingan omega tinggi mengelakkan risiko serangan jantung dan alzheimer




udang dan ketam segar



sotong...sotong bakar ....ni paling sedap






siakap ... siakap stim...juga kategori ikan kurang lemak
Jenis ikan yang agak degil dan di sini ada tips menangkap siakap link




kailan ikan masin...... kerang bakar
Kerang mengandungi banyak zink. Setiap 100mg kerang mengandungi 14.3mg zink, berbanding daging merah, setiap 100mg daging hanya terdapat 6.4mg zink shj. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3  & mengandungi lemak tepu yang rendah... link  makanan yang sesuai sebagai penambah darah tapi awas dgn masalah pencemaran kini yang menyebabkan hidupan ini semakin tercemar.


Wednesday, October 24, 2012

Catur SMKRP Klang

 " Cikgu bila nak lawan"...." Cikgu bila kita wat pertandingan" ......"Cikgu, nanti bagi tau saya ya".....aduhaiii budak2 ni...Setelah diasak dan didesak .. akhirnya dapat juga adakan pertandingan catur  ini..Bukan tak nak buat...pasti akan buat tapi masalah kekangan dan kesesuain masa...Akhirnya waktu cuti PMR dapat juga dilaksanakan dengan aman, tenteram tanpa gangguan dan sangat lancar....bersyukur dapat rakan penasihat Noor Hazliza Mohd Nor yang sangat2 best...bersama2 buat segala-galanya. Peserta pertandingan pun sangat ok mengikut peraturan dan tertib..... tahun depan macam nak buat pertandingan cam ni kat luar jer....sambil menyelam minum air ..  

3 jam berentap dr 2.00 hingga 5.00 pm



Nurul Saadah ...top 10 Daerah Klang...orangnya pendiam...tapi hebat




beberapa guru joint sekali....Ustad ni, catur boleh...bowling pun boleh



tak boleh fokus budak2 ni ... ustazah Rosni membebel " cuti ni cikgu suruh duduk rumah study... nak exam, tapi datang main chess pulak"




 suka masuk kelab catur... terkawal...banyak termenung tapi berfikir




penutup aktiviti Kelab Catur 2012....majlis penyampaian hadiah yang ringkas sebelum masuk kelas...TQ Cikgu Kanafi dan tahniah semua 



bakat-bakat baru dapat dikesan, untuk calon Catur Daerah Klang 2013



Friday, October 19, 2012

Kuiz KHB ... Pulau Indah

6.30 am dah keluar rumah ... menuju ke Westports Pulau Indah ...menyertai kuiz perdana KHB Daerah anjuran SMK Pulau Indah Klang. Perjalanan agak jauh dengan banyak lori kontena seperti merempit laju. Semua kenderaan langgar trafik light ... aku pun langgar  jugak... aduhai... bertambahlah saman aku yg sekarang ni dah 4 angka ...nak buat camna ... tak pasal2 berhenti lampu merah habis kena hentam dari belakang.... apapun redha jer laa


persediaan pusingan awal kuiz


Ezzaq dan Imran pelajar yang sangat baik dan maintain A setiap kali ujian, exam atau sekadar latih tubi sejak dari Form 1 ... apa pun bukan rezeki kita ....cgu tahu semua telah cuba sehabis baik namun ada yang lebih baik dari kita




terakhir ... tahun depan cuba lagi dengan cgu lain pulak





Monday, October 15, 2012

DIY Bow Ribbon

"curiosity leads to knowledge"........ sanggup bersengkang mata semalaman utk belajar buat bunga reben ni dr youtube... akhirnya menjadi..yeeaahhh...


Tugasan : AJK Hadiah KGK 2012.
...lepas ni X payah lagi beli bunga ... beli ribbon jer ... gulung2 dan dapat byk...boleh buat mcm2 saiz dr kecik molek sampai besar gajah...save cost, sesuai utk keja yg byk function mcm kat sekolah....ada yg berminat buat tempahan atau 5 minutes short course ...sila hubungi lizjournal... he he he



Monday, October 8, 2012

Pari Bakar

 
pukul 3 lebih baru lunch... ikan pari baru bakar...walaupun X ada lauk lain cuma nasi putih...ini dah memadai...Alhamdulillah 
 
 
 

  Ikan bakar Fendi, Dataran Glomac, Kelana Jaya dan siram bandung soda

Steve Irwin, pengacara Crocodile Hunter mati pada 2006 disebabkan sengatan ikan pari semasa penggambaran dokumentari Ocean's Deadliest. Ikan ini, biasanya tidak menyerang manusia kecuali apabila rasa terancam, bahagian taji dibawah ekornya akan mengeras dan sgt tajam (menurut sumber setajam mata pedang) boleh menembusi tubuh manusia. Bisa pada bahagian tersebut boleh mengubah kadar degupan jantung dan mengakibatkan kematian.
 

Bryani Hyderabad

jalan-jalan ...tukar selera, singgah makan Nasi Bryani di Jalan Putra, KL, dekat dengan PWTC


Hyderabad terkenal dengan “hyderabadi dam ki biryani” . Nama dlm Bahasa Melayu Biryani Dam Hyderabad.  “Dam" merujuk kepada teknik memasak hidangan tersebut.... daging diperap dengan rempah dan tiada kuah ...rasanya tersendiri. Kalau di sini biasanya disebut Nasi Briyani Gam

Info Hyderabad : Bandar tua terletak di bahagian tengah India, ibu negeri Andhra Pradesh
Etimologi : "Hyder" bermaksud mahal manakala "abad" bermaksud bandar



sayur style India.... biasanya hampir hancur lunyai




masakan dari hyderabad terkenal dengan rasa yang sangat pedas




Pekerja restoran ini mahir berbahasa Inggeris... betapa bersyukurnya mereka berada di bumi Malaysia ini, harmoni ...berbanding di negara mereka  sendiri,  sistem kasta menjadi amalan link

Sistem Kasta
KelasWarna KulitPekerjaan
BrahminPutihPaderi dan Guru
KsatriyaMerahPendekar dan Pemerintah
VaisyaCoklatPetani, Pedagang dan Pelukis
SudraHitamBuruh
PariahHitamBuruh Kasar