... ada juga orang panggil tempat ni Hutan Lipur Air Deras Sungai Sedim.. hakikatnya memang tepat, sebab air sungai yang mengalir di sini sangat deras berbanding beberapa tempat lain seperti Sungai Congkak, Sungai Tekala, Sungai Tua mahupun sungai di Janda Baik. .. oleh itu memang sesuailah dikatakan jeram terbaik untuk aktivti rafting.
Selain sangat deras, air terjun yang mengalir ke sungai ini sangat jernih, sangat sejuk dan belum tercemar. memang sangat berbeza dengan tempat rekreasi lain. Apa pun sedikit nasihat aku ialah utamakan kebersihan diri, makan, minum dan segala-galanya sebab rekreasi sungai macam ni berisiko terdedah kepada "kencing tikus" dan "kepala air"
... mengikut salah seorang pengunjung regular Sedim RainForest Resort, jangan mandi waktu hujan dan bila nampak air mula keruh, cepat naik, sebab itu tandanya hujan di bahagian ulu sungai yang boleh menyebabkan kapasiti air yang banyak iaitu "kepala air" yang sangat digeruni dan boleh menyebabkan mati hanyut. Moralnya ialah bapa-bapa atau suami-suami mandi sikit - sikit jer . ... jadilah pengawal yang baik kepada anak-anak dan isteri yang suka main air.
pengalaman aku sendiri ... masa mandi kena berpaut pada batu atau "abang guard" kena pegang sebab kalau tak hampir tergolek-golek dibawa air deras.. walau macam mana pun Sungai Sedim memang tempat rekreasi alam terbaik kerana keistimewaannya tersendiri, banyak pilihan aktiviti dan agak privacy
sewanya tak mahal RM 138.00 1D1N + breakfast, katil queen size, extra charge kalau tambah mattress ,saiz bilik dan bilik air besar, cumanya yang kurang ialah tiada aircond.. malam dalam bilik tak sejuk langsung walau dikelilingi hutan dan menghadap sungai... mungkin disebabkan chalet batu kalau chalet kayu macam kat Janda Baik mesti sejuk ggeligukk (dalam bahasa Kelate)
breakfast terindah, menghadap sungai dengan kicauan burung ... hanya roti bakar, bee hoon goreng dan kopi O panas... walaupun simple tapi semuanya sedapppp... kalaulah ada lempeng, jemput-jemput atau ubi rebus, bertambah-tambah indah pengalaman breakfast di sini.
... mengikut salah seorang pengunjung regular Sedim RainForest Resort, jangan mandi waktu hujan dan bila nampak air mula keruh, cepat naik, sebab itu tandanya hujan di bahagian ulu sungai yang boleh menyebabkan kapasiti air yang banyak iaitu "kepala air" yang sangat digeruni dan boleh menyebabkan mati hanyut. Moralnya ialah bapa-bapa atau suami-suami mandi sikit - sikit jer . ... jadilah pengawal yang baik kepada anak-anak dan isteri yang suka main air.
pengalaman aku sendiri ... masa mandi kena berpaut pada batu atau "abang guard" kena pegang sebab kalau tak hampir tergolek-golek dibawa air deras.. walau macam mana pun Sungai Sedim memang tempat rekreasi alam terbaik kerana keistimewaannya tersendiri, banyak pilihan aktiviti dan agak privacy
Kaunter pendaftaran di Sedim RainForest Resort, milik Jab Perhutanan Negeri ... terima layanan yang sangat baik dari pengurus, En Jasman dan staff ... pengunjung2 lain pun sangat friendly, terima kasih.
sampai di sini lebih kurang jam 5 pm, terus mandi sungai...lepas maghrib dinner nasi goreng telur mata, ayam goreng dan kopi O panas... bestnya ... makan bertemankan bunyi deruan air, cengkerik, unggas dan kelawar.. tapi jangan risau tempat ni bersih ...kelawar cuma berterbangan dan hinggap di pokok makan buah ... tidak ada sikit pun gangguan yang tidak menyenangkan.
main carrom lepas makan ... agak boring sebab tak ada TV kat bilik walau bukan nak tengok sangat pun at least sebagai ubat melelapkan mata. TV dan skrin besar cuma disediakan di kafe dan kaunter,..yalaah tak kan dalam hutan tengok TV , tak sesuai betul ... lain kali kena buat aktiviti indoor game sebab nak melayan mata yang susah nak lelap, tempat baru memang susah nak tidur... apa aku buat??? apa lagi baca majalah dari cover depan sampai belakang... tak ada satu ayat pun yang tertinggal, iklan pun aku baca ... akhirnya jam 4 a.m baru lah boleh terlelap.
view waktu malam... kawasan chalet diterangi dengan lampu jalan ... yang gelap sikit tu chalet tempat aku bermalam..
sewanya tak mahal RM 138.00 1D1N + breakfast, katil queen size, extra charge kalau tambah mattress ,saiz bilik dan bilik air besar, cumanya yang kurang ialah tiada aircond.. malam dalam bilik tak sejuk langsung walau dikelilingi hutan dan menghadap sungai... mungkin disebabkan chalet batu kalau chalet kayu macam kat Janda Baik mesti sejuk ggeligukk (dalam bahasa Kelate)
segar, tenang, nyaman dan relaks ... suasana pagi jam 7.45 am ... sabar ya Sofi lepas jungle trekking kita terjun sungai
Tree Top Walk, canopy walk terpanjang di negara kita iaitu 925 m, merentasi kaki Gunung Inas dan Gunung Bintang aktiviti jam 9.30am... masa perjalanan bergantung pada tuan badan... aku ambil masa 50 minit sebab berhenti ambil gambar, jalan pun terhegeh-hegeh nak menikmati keindahan hutan ... SubhanaAllah
... suka sangat masuk hutan tapi kelemahan aku... takut pacat, cukuplah pengalaman 14 tahun dulu diserang pacat di Sungai Muda menuju ke Sira Air Hangat, Sik, Kedah.. huhh sangat2 mengerikan ... dengan adanya Tree Top Walk ini dapatlah aku melayan suasana dalam hutan ... terima kasih UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) menyediakan alternatif kepada orang hijau seperti aku

struktur binaannya dipasang oleh 100% tenaga manusia.. ini kerana untuk mengelakkan kerosakan ekosistem hutan.
Kalau takut atau gayat, jangan pandang bawah, tapi rugilaaah ... sebab view dari celah jaring canopy walk ini sangat cantik, boleh nampak laluan air sungai... kiri kanan pulak nampak monyet- monyet bergayutan dan bergurau senda
tahu tak pokok apa ni?... kiri: pokok Fig atau ara, tengah: pokok petai & kanan: pokok nibong, ...
sekarang ni pokok nibong susah dijumpai di dalam hutan, kayunya ada duri yang sangat keras, derita orang terkena duri nibong boleh dibaca atau tengok filem lama "Ranjau Sepanjang Jalan" karya sasterawan negara Shahnon Ahmad. Kayu nibong ini sesuai dibuat lantai rumah kerana bersifat rata dan licin . Selain itu sesuai juga dibuat tiang jeti atau kelong kerana daya ketahanannya kepada air masin. (Terima kasih abang guard atas info ini)
Pokok Kulim, ohhh baru tahu... rupaya nama Kulim adalah dari nama pokok.
Mengikut pakar linguistik nama tempat lain di Kedah banyak dipengaruhi dari bahasa Siam contoh Changlun (Gajah jatuh), Kokdiang (Pulau Merah), Jitra (berhenti berehat), Sik (Empat), Alor Star dari nama pokok Setar... seronoknya study sejarah kedah
bunga Lili (Lilium sp.) dan bunga Pagoda (Clerodendron panicalatum) ditanam di persekitaran laluan "Top Tree Walk"
tak tau ni pisang apa... mungkin pisang hutan???
mandi sungai sebelum bertolak balik .... nampak cetek tapi air deras
Pometia pinata (Kasai), pokok favourite mempunyai dedaun yang cantik, banyak mengeluarkan pucuk warna merah ... laluan balik ke tempat letak kereta
Menariknya
ReplyDeleteNak kena masuk dlm senarai cuti2 msia nie.