Home

Monday, September 16, 2013

Mee Rebus

Mee Rebus Hj Wahid ..  memang popular kat JB.. Mee rebus Johor, kuahnya pekat ada tepung yang digoreng garing macam keropok ... sangat berbeza dengan tempat lain .. Sekarang dah ada di Putrajaya dan Sri Hartamas. Masa aku muda2 dulu, bila teringin,  mesti cari di Plaza Kotaraya, JB .. sekarang dah ada banyak cawangan .. rasanya masih sedap tapi  .. macam kurang kick pulak berbanding dulu2 ... entahhh lah agaknya sebab air tangan arwah Hj Wahid masa dulu beza dengan generasinya yang ambil alih.


Mee Rebus Haji Wahid, Precinct 9, Putrajaya




Mee rebus Mastan Ghani,  famous di Teluk Intan.. sedap juga tapi mengikut citarasa aku, Mee Rebus Haji Wahid masih belum ada tandingannya. Tapi kalau Rojak mee, .. di sinilah (Mastan Ghani) yang terbaik

No comments:

Post a Comment