Home

Sunday, September 21, 2014

Pito Sejarah pencetus segalanya


Cuti sekolah November hingga Disember  2013... Kursus tambah opsyen... PITO Sejarah... woww terus jatuh cinta dengan Sejarah... pengisian dari semua lecturer .. sangat menusuk sanubari.. maksudnya sangat - sangat berkesan ..  TAHNIAH dan Terima Kasih tidak terhingga kepada lecturers yang hebat ini ... Dr Ahmad Zainuddin Husin, Dr Hayati Hasan, Dr Baharuddin Jabar, Dr Ishak Saat, En Mohd Kamal Kamaruddin, En Yunus Sauman, Dr Rabaah Abdullah, Dr Khairi Ariffin dan Dr Adnan Jusoh.

... mula berkenalan dengan subjek Sejarah darjah 4, 1982, ketika beumur 10 tahun ... antara sillibus masa itu tentang Tamadun Dunia Babylon, Mesopotamia,  Sungai Euphrates dan macam-macam lagi... hahhh suka-suka suka... sebab jumpa nama pelik-pelik .. sehingga ke Darjah 6, 1984.. semakin suka ... belajar tentang Melaka jumpa nama pelik lagi Alfonso de albuequerque.. ditambah dengan guru yang cute, Puan Khadijah Abdul Wahab, guru sejarah SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru .. 

Minat terus semakin mendalam bila aku ikut lawatan sekolah ke Melaka... bermalam di rumah Melaka, di rumah guru favourite Matematik, Cikgu Khalid Thakim.. seronok tak terkata .. maklumlah first time pergi lawatan .. umur 11 tahun ..Sampai ke hari ini kenangan lawatan pertama .. tak boleh dilupa.. masih terbayang-bayang mandi kena pam air dulu, makan makanan yang mak cikgu Khalid masak, tidur bersepah-sepah beralaskan beg baju, beli cenderahati kereta lembu, tengok perigi Hang Tuah ..  emmm nostalgia.. semua tinggal sejarah.

kesinambungan di sekolah menengah..  aku cuma ingat Puan Raminah guru sejarah Ting. 3  yang juga cikgu disiplin ala ala brutal namun berkobar - korbar mengajar.. sehingga aku jadi ikut terkobar sama... tapi malangnya habis SRP (sekarang PT3).. semuanya terhenti ... sebab tingkatan 4 aliran sains ketika itu tiada subjek Sejarah.

tak disangka.. aku jadi seorang guru.. mengajar Pengajian Am  yang berkaitan dengan Kenegaraan seketika.. .. minat itu timbul kembali sehinggalah kini .. dengan lesen PITO aku mengajar Sejarah ... walaupun kini hanya di menengah rendah tapi aku tetap berkobar-kobar... ingin kukukuhkan jati diri anak didikku dan tanamkan kepentingan Sejarah kepada mereka kerana "Sejarah itu  boleh berulang jika ia tidak dijadikan iktibar". Walau setinggi mana pun kerjaya kita,  sejarah itu tetap bernilai .. bermula dengan skop yang kecil iaitu sejarah diri, sejarah keluarga, sejarah negara seterusnya sejarah tentang dunia... banyak iktibar yang boleh diperolehi melalui pengetahuan luas tentang SEJARAH.


 classmate dan Dr Hayati Hasan
 
 
 
 
lebih kurang 10% sahaja sumber rujukan dalam Bahasa Melayu ... selebihnya in english.. jadi penguasaan dalam Bahasa Inggeris penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang Sejarah.
 
 
 
 
bilik semasa kursus... makan online, online makan... semua assignment online  ... tu jer kerja sepanjang 2 bulan ... nak hantar assignment ... bersepah... fungsi katil dan meja tak ada beza.
 
 
 
 
 roomate Norhana Khalid ... terbaikkk
 
 
 
 
sepanjang kursus ... makan cukup... sedap pulak tu ... ada elaun tak ingat berapa belas ringgit sehari..
 
 
mi goreng , nasi lemak sedap ... inilah breakfast harian di sini ...  tak ingat nama gerai, lokasi depan main entrance UPSI
 
 
 
 
kemaruk Tutti Fruitty .. tak jemu2 .. makanan masa stress 1
 
 
 
 
sesekali layan ini ... makanan masa stress 2... assignment teramatlah banyak.. makan pun banyak
 
 
 
 
Hana belikan Tq Hana luv u ... makanan masa terdesak ... masa itu emas... assignment, submission, presentation
 
 
 
 
hari-hari terakhir ...  menyambut hari lahir Dr Haryati. Terima kasih Dr.

No comments:

Post a Comment