Home

Monday, December 22, 2014

Bingka Pandan

Alhamdulillah.. percubaan pertama .. perfect. Walaupun "angkat bakul" tapi nak citer ini realiti.. dah lah menjadi ... sedap dan lembut  pulak tu... ahaks he he he.. Sebenarnya bukan nak puji diri sendiri TAPI nak beri pujian dan sangat berterima kasih pada tuan punya blog dan resepi http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kuih-bakar-pandan.html atas perkongsian resepi bingka pandan ni. Terima kasih Yatie.



Aku suka guna loyang bulat sebab akan mengingatkan aku masa kecik .. mak selalu buat kuih jenis bingka dalam loyang macam ni.. klasik.



... dan lagi aku saje bagi hitam bahagian atas dan tepinya, sebab kerak yang hitam tu lah yang sedap dan aku juga tak tabur bijan atas kuih ni.. sebab nak nampak macam kuih kampung zaman dulu. Sebenarnya antara penyumbang kepada kesedapan kuih lama selain rasanya.. ialah bayangan nostalgianya semasa makan.. tak gitu.


 

Sunday, September 21, 2014

Pito Sejarah pencetus segalanya


Cuti sekolah November hingga Disember  2013... Kursus tambah opsyen... PITO Sejarah... woww terus jatuh cinta dengan Sejarah... pengisian dari semua lecturer .. sangat menusuk sanubari.. maksudnya sangat - sangat berkesan ..  TAHNIAH dan Terima Kasih tidak terhingga kepada lecturers yang hebat ini ... Dr Ahmad Zainuddin Husin, Dr Hayati Hasan, Dr Baharuddin Jabar, Dr Ishak Saat, En Mohd Kamal Kamaruddin, En Yunus Sauman, Dr Rabaah Abdullah, Dr Khairi Ariffin dan Dr Adnan Jusoh.

... mula berkenalan dengan subjek Sejarah darjah 4, 1982, ketika beumur 10 tahun ... antara sillibus masa itu tentang Tamadun Dunia Babylon, Mesopotamia,  Sungai Euphrates dan macam-macam lagi... hahhh suka-suka suka... sebab jumpa nama pelik-pelik .. sehingga ke Darjah 6, 1984.. semakin suka ... belajar tentang Melaka jumpa nama pelik lagi Alfonso de albuequerque.. ditambah dengan guru yang cute, Puan Khadijah Abdul Wahab, guru sejarah SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru .. 

Minat terus semakin mendalam bila aku ikut lawatan sekolah ke Melaka... bermalam di rumah Melaka, di rumah guru favourite Matematik, Cikgu Khalid Thakim.. seronok tak terkata .. maklumlah first time pergi lawatan .. umur 11 tahun ..Sampai ke hari ini kenangan lawatan pertama .. tak boleh dilupa.. masih terbayang-bayang mandi kena pam air dulu, makan makanan yang mak cikgu Khalid masak, tidur bersepah-sepah beralaskan beg baju, beli cenderahati kereta lembu, tengok perigi Hang Tuah ..  emmm nostalgia.. semua tinggal sejarah.

kesinambungan di sekolah menengah..  aku cuma ingat Puan Raminah guru sejarah Ting. 3  yang juga cikgu disiplin ala ala brutal namun berkobar - korbar mengajar.. sehingga aku jadi ikut terkobar sama... tapi malangnya habis SRP (sekarang PT3).. semuanya terhenti ... sebab tingkatan 4 aliran sains ketika itu tiada subjek Sejarah.

tak disangka.. aku jadi seorang guru.. mengajar Pengajian Am  yang berkaitan dengan Kenegaraan seketika.. .. minat itu timbul kembali sehinggalah kini .. dengan lesen PITO aku mengajar Sejarah ... walaupun kini hanya di menengah rendah tapi aku tetap berkobar-kobar... ingin kukukuhkan jati diri anak didikku dan tanamkan kepentingan Sejarah kepada mereka kerana "Sejarah itu  boleh berulang jika ia tidak dijadikan iktibar". Walau setinggi mana pun kerjaya kita,  sejarah itu tetap bernilai .. bermula dengan skop yang kecil iaitu sejarah diri, sejarah keluarga, sejarah negara seterusnya sejarah tentang dunia... banyak iktibar yang boleh diperolehi melalui pengetahuan luas tentang SEJARAH.


 classmate dan Dr Hayati Hasan
 
 
 
 
lebih kurang 10% sahaja sumber rujukan dalam Bahasa Melayu ... selebihnya in english.. jadi penguasaan dalam Bahasa Inggeris penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang Sejarah.
 
 
 
 
bilik semasa kursus... makan online, online makan... semua assignment online  ... tu jer kerja sepanjang 2 bulan ... nak hantar assignment ... bersepah... fungsi katil dan meja tak ada beza.
 
 
 
 
 roomate Norhana Khalid ... terbaikkk
 
 
 
 
sepanjang kursus ... makan cukup... sedap pulak tu ... ada elaun tak ingat berapa belas ringgit sehari..
 
 
mi goreng , nasi lemak sedap ... inilah breakfast harian di sini ...  tak ingat nama gerai, lokasi depan main entrance UPSI
 
 
 
 
kemaruk Tutti Fruitty .. tak jemu2 .. makanan masa stress 1
 
 
 
 
sesekali layan ini ... makanan masa stress 2... assignment teramatlah banyak.. makan pun banyak
 
 
 
 
Hana belikan Tq Hana luv u ... makanan masa terdesak ... masa itu emas... assignment, submission, presentation
 
 
 
 
hari-hari terakhir ...  menyambut hari lahir Dr Haryati. Terima kasih Dr.

Tuesday, September 16, 2014

Nasi Arab ... best

Nasi Arab ... macam biasa jer.. tapi yang satu ni .. highly recommendded .. kenapa.. entah .. tak tau nak cerita.. rasanya antara yang tersedap selain Nasi Arab Restoran Saba di Cyberjaya. ... Lokasi : Restoran Nasi Arab, Al Rawsha Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, 03-9200 6600 ... ada lagi cawangan barunya di Seksyen 7, Shah Alam
(berdekatan dengan SMK Seksyen 7)


tempat makan cantik dan selesa


 tak ingat nama nasi ni .. makan gitu saje pun sedap


tak ingat juga nama manisan ni, sangat sedap .. share sepotong 3 orang pun dah ok.. manis betul ni..
 
 
 
ruang solat di bahagian atas ... selesa dan cantik

Coconut Shake, Klebang

.... ramai orang bercakap tentang kesedapan coconut shake, Klebang.. teruja ingin mencuba.. akhirnya sampai juga ..haahh.. memang teruja...  bukan sebab kesedapannya tapi sebab suasana yang sangat meriah.

Rasa.. ok.. boleh tahan. .. mungkin sebab first time minum, sebelum ini, lebih sedap lagi  .. masa itu seorang anak dan ayah yang buta menjualnya di bazar Ramadhan kawasan parking bersebelahan Kolej Rahman Putra, UTM Skudai.. sampai ke hari ini ... masih teringat-ingat  lemak, manis, pekat cukup lengkap.. perghhh.. belum ada tandingannya. .. manalah agaknya si anak tersebut.. semoga si anak ini meneruskan bussiness bapanya dan telah berjaya.


Lokasi : 231-1, Batu 3 3/4, Klebang, Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesen Minyak Caltex)
 
 
 
contoh terbaik perpaduan apabila semua bangsa duduk bersama menikmati coconut shake di bawah satu bumbung ... patut masuk dalam iklan pelancongan Melaka.




menggoda jiwa
 
 
 
ni namanya usahawan.. mempelbagaikan barangan jualan .. ada macam-macam kudapan.. antaranya nasi lemak bungkus, karipap, kuih muih dan paling special jemput-jemput udang geragau.

Sunday, April 27, 2014

Kek Rainbow

... kenapa mesti kek rainbow... kenapa tak kek pelangi... entahlahh.. kalau sebut kek pelangi macam tak terbayang rupa kek yang dimaksudkan tapi kalau sebut rainbow cake... terus tergambar pada kek yang cantik ini.



  order dari Suhaila Fadzilah  aka Lat, TQ Lat...khas untuk anak-anak sedara di JB.




ni pulak khas untuk Sofi & anak2 murid 1J ... versi budget, 1st time buat.. ikut resepi Madiha, tq. Sebagai rumusan, kesedapan kek ini ditentukan oleh krimnya .. jadi semestinya kena guna crème cheese yang terbaik.

Sunday, January 5, 2014

Teluk Senangin

Di mana Teluk Senangin?...  lebih kurang 30 km dari Setiawan, Perak ... menjadi tumpuan Pertandingan Joran Berita Harian... Keistimewaan Teluk ini, memiliki pantai nan memutih, deru ombak yang deras dan menghadap ke Selat Melaka yang kebiruan. Bermalam di sini sekitar Ogos 2013,.. aku belajar tentang kerisauan hidup penghuni rumah di tepi pantai... senantiasa berada dalam kebimbangan, esok belum menjanjikan apa-apa.. .. tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.


Pantai putih yang sempit, air pasang mula naik sekitar jam 5 petang.. rasa seronok pada pada awalnya namun berlarutan hingga ke tengah malam...  mengundang rasa risau .. ombak kuat menghempas pantai dengan jarak lebih kurang 3m sahaja dari chalet benar-benar memberi aku  pengalaman baru.



 Antara kemudahan yang ada... gerai jualan kecil-kecilan .. Setiap weekend peniaga ini, ibu dan anaknya yang masih bersekolah rendah akan tidur di gerai sebegini .. dengan suasana malam yang pekat dan sunyi.. boleh mengundang bahaya.. mungkin mereka telah biasa  dan terpaksa. Pengunjung yang tidak bermalam boleh mandi di sini atau di tandas awam Majlis Daerah Manjung.




 
 

 pemandangan indah dari chalet.. hampir senja



hidangan malam, di Teluk Muroh.. keluar dari Teluk Senangin.. hujan lebat, balik ke chalet lebih kurang jam 11pm dengan jalan sunyi sepi dan persekitaran ladang kelapa sawit kiri kanan ... seram jugak he3...




Chalet rumah kampung nelayan tempat aku bermalam, sewa RM 120.00.. Ada banyak lagi pilihan chalet baru dengan harga anggaran RM 100.. tapi kebiasaan weekend.. tiada pilihan
 
 
 
Subuh jam 3pagi .. belum tidur dan masih tak boleh tidur.. mengambil angin laut yang nyaman, air dah mula surut .. sambil tengok orang tangkap anak ketam.



awal pagi lebih kurang pukul 7 lebih .. breakfast di sini sebelum meronda di sepanjang pantai.. ada lebih kurang 2 km .. exercise



Aktiviti pagi dan pemandangan  ....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Hasil kutipan Sofi di pantai.. cantik, tapi tidak berani nak bawa balik