Home

Sunday, June 28, 2015

Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru

Sanctuari  Ikan Sungai Chiling Kuala Kubu Baru berdekatan dengan Empangan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser. Lokasi riadah dan pendidikan yang sangat menarik. Kawasan yang sangat terjaga dan terkawal.. di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Tempat telah diwartakan sebagai taman alam semulajadi dan tempat perlindungan ikan kelah... hanya boleh dikunjungi weekend sahaja jumaat, sabtu dan ahad. Masa yang dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Layout Sanctuari Ikan Sungai Chiling

Beberapa  kemudahan asas ada disediakan, antaranya seperti tandas, tempat solat, tempat persalinan, pondok dan boleh camping serta  jungle trekking .. namun sayang kemudahan ini tidak mampu menampung keperluan pengunjung yang datang. Sekiranya dibuat penambahbaikan pasti dapat menarik lagi lebih ramai pengunjung, sekaligus bole menjadi  edu-pelancongan terbaik di Selangor.

Tempat ni sangat-sangat  berbeza dengan tempat riadah lain.. kenapa... sebab utama ialah ikan.. banyak sangat ikan kelah dan anak-anaknya yang kita boleh nampak sepanjang lintasan ... hati terus teruja nak datang lagi ke sini. Ikan-ikan ni tak takut orang.. semua berkerumun, berlanggaran dan menyelit-nyelit di kaki kita bila di beri makan.

Makanan ikan di sini tak boleh bawa sendiri dari luar.. hanya boleh beli di booth pendaftaran  dengan harga RM 2.00 sahaja sebungkus... dan lagi tidak boleh memancing dan menjala.. tidak boleh bawa makanan dalam plastik dikuatiri akan berlaku masalah pembuangan sampah. Peraturan yang sangat baik untuk tujuan untuk pemeliharaan alam dan mengelakkan masalah pencemaran. Oleh itu kalau rasa nak makan--makan lepas mandi .. bawalah makanan dan minuman dalam bekal sendiri. .. dalam masa sama peraturan sebegini dapat mendidik pengunjung supaya lebih beretika dengan alam sekitar.


Mula-mula kena lalu jambatan, tapi  nak lalu sungai pun boleh sebab airnya cetek paras betis orang dewasa sahaja


denai nak ke setiap lintasan, ada yang kering dan berair.. oleh itu pakai kasut atau sandal yang bersesuaian.

Ada 6 Lintasan, sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan ke 5. Aku cuma sempat sampai di Lintasan ke 3... sebab masa dah lewat  petang.. risau tak jumpa laluan balik.. so In Sha Allah akan datang lagi next time dengan lebih bersedia dari beberapa aspek .. contohnya plastik untuk isi barang penting supaya tak basah, sandal dan sepersalinan pakaian. Walau bagaimanapun agak bahaya kalau musim hujan sebab paras air sungai boleh naik dan boleh menyebabkan insiden yang tidak dingini.. jadi adalah lebih baik hubungi En Syukri 0133089463.. sekiranya hendak melakukan aktiviti di sini.
 
Lintasan 1
 
 
Lintasan 2.. merenung perjalanan yang jauh lagi nak sampai ke air terjun.



anak-anak ikan kelah ... jinak-jinak semuanya



air yang jernih, sejuk dan tenang...macam rasa berendam dalam kolam ikan.
 
 

No comments:

Post a Comment