Home

Sunday, October 23, 2011

"Masjid Besi"

Lepas lunch di Puchong terus ke Putrajaya, menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di "Masjid Besi" atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Precint 3, Putrajaya . Masjid ini siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Bernilai RM 200 juta dan mampu menampung lebih 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.


... tidak mengikut kebiasaan senireka Timur Tengah sebaliknya gabungan senibina dari Jerman dan China



 ... tidak mempunyai menara seperti kebanyakkan masjid lain. Dibina oleh kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj). Rekabentuk dan senibina masjid ini pula disempurnakan oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang diketuai Ir. Nik Arshad Nik Mohamed


Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid dikemaskan dengan bahan telus cahaya, dikenali sebagai crytallized glass bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.



Pembinaannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.



Mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling” dan sistem pengudaraan terbuka



Pada mihrab tertera nukilan ayat 40-47 surah Ibrahim di bahagian kanan manakala dibahagian kirinya, ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pada waktu malam, dinding tersebut telus cahaya menjadikan tulisannya seolah-olah terapung di udara. Masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport khas dari Jerman dan China



T-Mobile Head Quarter Building -Cologne, Germany
Contoh penggunaan sistem  wire mesh dan  IT-based LED technology seperti di "Masjid Besi"



Kubah masjid ini diperbuat daripada besi keluli tahan karat (stainless steel) dengan jejarinya yang berlekuk


Ruang mengambil wudhu' yang selesa dan moden

sumber :

No comments:

Post a Comment