Home

Sunday, January 8, 2012

Senibina Rumah Allah

1.  Masjid Kampung Laut, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan


Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun, turut dikaitkan dgn kedatangan
Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.



Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut
disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara.



Masjid asal di Kg Laut berhampiran tebing Sungai Kelantan yang mengalami
hakisan teruk .... akhirnya dipindahkan ke Nilam Puri seperti yang ada
pada hari ini.


Masjid Agong Demak, Jawa Tengah, antara masjid tertua di Indonesia, dibina hampir sama seperti Masjid Kampung Laut oleh anak Raja Jawa yg menjadi mubaligh Islam di Kelantan ketika itu. Masjid ini bercirikan senibina Jawa dan telah dibaik pulih beberapa kali sehingga yang terakhir pada tahun 1987.Rujuk sumber

















2.  Masjid China Rantau Panjang, Kelantan


 Dinamakan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra



 Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang,
lebih kurang 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.



 Seni binanya amat unik,  menggabungkan seni bina China dan Islam,
menyerupai Masjid Niujie yang  berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.

 
 

Masjid Niujie, Beijing, China, masjid tertua di Beijing, dibangun pada tahun 996 oleh ulama Arab, Nasuruddin pada zaman Dinasti Liao, kemudian diperluas lagi pada zaman dinasti-dinasti Yuan, Ming dan Qing. Rujuk sumber



 Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009.
Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan RM8.8 juta.



Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.





3. Masjid Kayu, Besut, Terengganu


terletak di Kampung Seberang Jerteh, Besut


siap pada tahun 2010, bernilai RM 12 juta, mampu menampung lebih kurang
1000 jemah pada satu-satu masa



menggunakan 80% kayu cengal























1 comment: