Home

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran - Kelana Jaya

Hr ni cutiii... sempena NuzulQuran. Apa Nuzul Quran ni???.... Sekadar pengetahuan ringkas, Nuzul Quran ialah peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, Perkataan "Nuzul" itu sendiri bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq
 
 
Petang... pergi bazar Ramadhan di Kelana Jaya.... tempat yg mesti dikunjungi setiap tahun... untuk menyegarkan semula kenangan indah di sini. Bukan kenangan dating atau berkaitan dgnnya (tu kat tmpt lain) ... tapi kenangan bersama Sofi masa kecil..
 
7 tahun lepas aku tinggal kt Jalan SS5D/2, Kelana Jaya, dia peneman beli juadah berbuka ... masa ni dah pandai mintak bunga api. 2 kali basah kuyup... lenjunnn sbb tetiba hujan lebat sgt.... Nak berteduh ... buang masa, so berlumba lari anak beranak  bawa kuih ... dia suka main hujan... comel sangat tengok muka dia masa tu...he he he .. aku pun suka jugak...dah lama X main hujan.
 
 

Kakak ni...  masih ada ... sama mcm 7 thn dulu...jual macam2 jenis bubur,
bubur lambuk, bubur kacang, bubur jagung, bubur caca, pulut hitam,
pengat pisang, pengat labu ... ehhh mcm2 lg lahh..



kuih lama... di Johor namanya pulut panggang tapi kat sini dipanggil pulut udang... dan kuih tepung gomak isi kelapa


 
kambing golek ... pak cik yg jual ni kelakar... dia suruh Sofi jgn ambik gambar kambing jer.. ambik gambar dia sekali ... he he he



 Rojak petis/rojak buah... warna, tekstur dan rasa....ok. Cadangan Sofi " Ibu, 
patutnya dia suruh kita pilih dari buah yg dia display mcm org jual yong taufu,
sbb ada buah yg Ofi tak suker" ...(hmmm.. ibu setuju, good idea)

 

No comments:

Post a Comment