Home
▼
Wednesday, December 28, 2011
Saturday, December 17, 2011
Bahulu kampung...
.... entah kenapa masa2 sekarang ni , aku teringat2 zaman dulu2, ingat arwah abah, ingat masakan mak, kena rotan dgn mak, lari keliling rumah, ingat rumah masa aku kecik, ingat tempat aku bermain ..... sedihhhh ... kalaulah masa boleh berundur, teringin sgt kembali pd zaman itu, zaman budak2....hanya tau main, makan, .... rutin stp hari bangun tidur mesti kemas rumah... orng pompuan kannn...
Kerja aku menyapu daun kering bawah pokok nangka ... pandai betul mak bg kawasan (pokok nangka kan jenis luruh daun... bnyk pulak tu), dah siap keja baru boleh main, main masak2... habis pokok bunga mak, pokok ubi, ulat gonggok pun aku masak jadi kan lauk, hiiiii ... masa tu X tau geli.
Dah boring, panjat pokok ubi gajah pulak. Duduk atas pokok tak turun2...
Malam, mengaji bersuluhkan lampu pam minyak tanah. Saat paling aku suka, bila mentol kertasnya bocor ...kena pergi kedai beli mentol, lambatttt sgt balik, sbb nak ngelat, X nak ngaji ...
Bahulu ini ... sangat2 mengimbau kenangan lama, tanpa butter atau marjerin dan bahan penaik,... sgt sempoiii. Dulu mak selalu buat kek, kuih dan segala...., jemur dulu tepung, gula ...X tau sbb apa .
Sekarang dah tua, dah tau dah sbb apa... nak bagi kek ringan rupanya
Dulu kek butter susah nak jumpa, kalau ada pun kat kedai kek cina, apatah lagi kek berkrim (dulu semua kek ada krim dipanggil kek hari jadi ... walaupun X da birthday sape2 pun) ....
Bahan dan Cara :
3/4 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
3 biji telur saoz sederhana
sedikit esen rose dan pewarna ros
- Pukul telur dan gula - sampai kembang
- Masukkan tepung - pukul lagi sampai agak sebati
- Masukkan esen rose
- Ambil 1 senduk, campurkan pewarna
- Alas loyang, tuang adunan berselang-seli
- Bakar 170 dgree, anggaran masa 1/2 jam - 40 min
Thursday, December 15, 2011
Kuey Teow Kung Hu
... kakak kantin dah pencen, ... merata tpt cuba kuay teow ni ....termasuk di Chinese Muslim Restaurant, tapi semuanya X sama spt yg dimasak olehnya.
... akhirnya percubaan pertama kali ini, menjadi .... utk hidangan ptg share 2 beranak
Kenapa namanya Kuey Teow Kung Fu
... bukan Kung Fu tapi asal namanya dlm bhs kantonis, Kung Hu bermaksud yang berkuah. Kalau Char Kuey Teow bermaksud Kuey Teow Goreng, kuah agak gelap. (sumber : http://bicaraseorangchef.blogspot.com/2010/08/char-kuey-teow.html)
Bruce Lee The Legend
KungFu.... teringat pd Bruce Lee...lagenda
1. Bruce Lee (Bruce Jun Fan Lee, 27.11.1940 - 20. 7.1973). Lahir di San
Francisco, meninggal di Hong Kong.
2. Dibesarkan di Hong Kong sehingga umur 18 thn. Mendapat pendidikan
pengajian tingginya di Amerika dan warganegara Amerika.
pengajian tingginya di Amerika dan warganegara Amerika.
3. Bermula dengan Wing Chun, beralih dan mencipta sendiri
Jeet Kune Do Amerika-Cina yang masyhur dan menjadi pengasas
dan ikon seni bela diri di seluruh dunia.
Jeet Kune Do Amerika-Cina yang masyhur dan menjadi pengasas
dan ikon seni bela diri di seluruh dunia.
4. Kematiannya pd usia 32 tahun menimbulkan banyak spekulasi (bengkak otak, diracun dsb.) sumber link
anak lelaki tunggalnya Brandon Bruce Lee (February 1, 1965 – March 31, 1993). American actor dan martial artist. Meninggal pada usia 28 thn dlm tragedi di set pergambaran filem The Crow
mempunyai 2 anak hasil perkahwinannya dgn Linda Lee Cardwell (rakannya di University of Washington)
kiri :zuriat yang tinggal Shannon Emery Lee
kanan : Brandon Lee yg telah meninggal
Info pakar-pakar lagenda KungFu : link
OK... kita balik pada bahan cara memasak Kuey Teow KungHu
Bahan dan cara: (utk 2 orng)
2 biji telur saiz sederhana - dipukul dgn lada sulah dan sedikit garam
Sejemput kuey teow - dicampurkan dlm telur yg telah dipukul
Goreng mcm goreng telur dadar.
Kuah :
3 ulas bawang putih - dititik
3 biji cili padi - dititik
1 kiub ayam
sedikit cauliflower, sawi hijau, kobis cina, carrot
sedikit udang, sotong
sedikit sos tiram, garam, gula
1sb tepung jagung - dibancuh sedikit air
air ikut banyak kuah yg dikehendaki
1. Tumis bawang, cili padi - layu
2. Masukkan sotong & udang - goreng agak masak
3. Masukkan kuib ayam & air - mendidih
4. Masukkan semua sayur, sos tiram, perasakan & garam dan gula
5. Tuang atas kuey teow tadi.
Monday, December 12, 2011
Fakta Ubi kentang ...
Book Review : Fakta Ubi Kentang
Jillian Powel, 1996, WayLand Pub.Limited, England
ilustrasi pokok ubi kentang
http://globalwarming-arclein.blogspot.com/2011/07/fence-row-potato-growing.html
http://globalwarming-arclein.blogspot.com/2011/07/fence-row-potato-growing.html
1. Tanaman ke 4 paling byk ditanam di dunia selepas gandum, padi dan
jagung.
jagung.
2. Terdapat beratus-ratus jenis tetapi hanya 15 jenis shj yg byk di tanam pd
hari ini.
3. Saiz paling besar sebesar limau bali dan paling kecil sekecil buah anggur.
4. Pada 1870 an, negara Perancis yg pertama memperkenalkan french fries.
5. Tergolong dlm kump tumbuhan nightshade yg dipanggil solanaceae,
sama spt tomato terung dan tembakau.
6. Dikategorikan kpd 2 jenis iaitu berlilin dan floury potatoes
7. Jenis berlilin mengandungi byk air berbanding kanji dan tidak berubah
bila dimasak, oleh yg demikian sesuai direbus, kukus & panggang.
8. Jenis floury lebih kering & tinggi kandungan kanji. Oleh yg demikian
sesuai digoreng, lecek dan bakar.
9. Cara nak kenal pasti jenisnya, rendam dlm air garam, jika terapung adalah
jenis berlilin & sebaliknya.
10. Tumbuh melalui tunas yg terdpt pd kulitnya. Dari tunas
akan tumbuh pucuk. Pucuk membekalkan karbohidrat sbg
makanannya sendiri. Bila karbohidrat habis, barulah ia akan
membuat makanannya sendiri melalui akar yg menyerap air
dari tanah.
akan tumbuh pucuk. Pucuk membekalkan karbohidrat sbg
makanannya sendiri. Bila karbohidrat habis, barulah ia akan
membuat makanannya sendiri melalui akar yg menyerap air
dari tanah.
11. Ubi yg ditanam mesti ditutup dgn tanah sepenuhnya bg mengelakkan ia
menjadi hijau dan pahit bila terdedah kpd cahaya matahari. Jangan makan
ubi kentang yg bertompok hijau kerana ia mengandungi solanine yg pahit
dan berkemungkinan beracun.
menjadi hijau dan pahit bila terdedah kpd cahaya matahari. Jangan makan
ubi kentang yg bertompok hijau kerana ia mengandungi solanine yg pahit
dan berkemungkinan beracun.
12. Ubi yg tumbuh di permukaan tanah ini adalah beracun.
Walaubagaimanapun ia akan menghasilkan bunga yg menjadi agen
pembiakan oleh serangga.
Walaubagaimanapun ia akan menghasilkan bunga yg menjadi agen
pembiakan oleh serangga.
13. Setiap tumbuhan ubi kentang boleh menghasilkan sehingga 20 biji kentang
dlm satu pokok.
14. Lebih kurang 12 minggu, ubi kentang sudah boleh dituai.Cara tuai
menggunakan mesin dgn menggoyangkan pokoknya seterusnya ubi
kentang akan tercabut dan dikutip
15. Kaya dgn karbohidrat. Tubuh manusia akan memecahkan karbohidrat
kpd glukosa utk menghasikan tenaga. 100gm ubi kentang membekalkan
jum. tenaga yg sama dgn 40gm roti.
dlm satu pokok.
14. Lebih kurang 12 minggu, ubi kentang sudah boleh dituai.Cara tuai
menggunakan mesin dgn menggoyangkan pokoknya seterusnya ubi
kentang akan tercabut dan dikutip
15. Kaya dgn karbohidrat. Tubuh manusia akan memecahkan karbohidrat
kpd glukosa utk menghasikan tenaga. 100gm ubi kentang membekalkan
jum. tenaga yg sama dgn 40gm roti.
16. Vitamin & mineral terdapat betul-betul di bawah kulit ubi kentang, oleh
yg demikian adalah baik memakan ubi kentang tanpa dibuang kulitnya.
yg demikian adalah baik memakan ubi kentang tanpa dibuang kulitnya.
17. Kaya juga dgn vitamin C, di mana ia mampu membekalkan setengah dpd
keperluan Vitamin C tubuh manusia. Vitamin ini akan hilang sekiranya ia
direbus. Oleh yg demikian cara kukus adalah lebih baik.
keperluan Vitamin C tubuh manusia. Vitamin ini akan hilang sekiranya ia
direbus. Oleh yg demikian cara kukus adalah lebih baik.
18. Tempat penyimpanan yang sesuai ialah separuh gelap, sejuk dan kering
bagi mengelakkan ia bercambah.
bagi mengelakkan ia bercambah.
19. Pelbagai jenis hidangan boleh dibuat dari ubi kentang, antaranya :
Potato croquettes ... cara rebus, lecek, lumur telur dan bread crumb ... goreng link
potato rosti .... makanan kek ubi Switzerland... ubi kentang parut dicampur dlm doh, pastri atau skon
Potato soup link
Potato bubble & squeak cake ... masakan tradisional org British, dilecek dgn campuran sayur-sayuran.
sugar-browned potato....hidangan tradisional perayaan Krismas terutama di Scandinavia
Duchess potato ... masakan Perancis
Laktes,... makanan masyarakat Yahudi.... kentang diparut, dimasak dgn telur tepung & gula
Dauphinoise Potato ... masakan Perancis.... kentang dihiris nipis, bakar dlm ketuhar bersama susu atau krim, bawang putih dan thyme
Boulangere... masakan Perancis... hirisan kentang dibakar bersama bawang
hash browns.... popular di US (juga ada di Mc Donald)
Raja buah ...
durian D24 jer tapi rasanya ... SubhanaAllah ...marvellous ... hanya di Pasar Malam Setia Alam
Fakta : Klon-Klon Durian (Durio Zibethinus Murr)
1. Terdapat lebih kurang 200 jenis klon durian yang berdaftar dgn Jab.Pertanian Malaysia.
2. Pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
3. D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama.
4. Antara klon lain, Kelantan (MusangKing), Johor (D168 atau 101), Pahang (D145), Perak (D24) dan Thailand (D99 atau durian kahwin).
Sumber :http://xtive.utusan.com.my/news.php?readmore=5
2. Pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
3. D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama.
4. Antara klon lain, Kelantan (MusangKing), Johor (D168 atau 101), Pahang (D145), Perak (D24) dan Thailand (D99 atau durian kahwin).
Sumber :http://xtive.utusan.com.my/news.php?readmore=5
Tips memilih durian
1. Durinya : jarang, besar
2. Bentuk buah : tidak bulat biasanya isi lebih manis, tebal
3. Bau : jika kurang berbau bermakna kurang matang atau masak cara peram
4. Kulit :elak kulit yg retak sbb buah akan masam atau tawar
5. Menggoncang buah durian : ada sedikit getaran menunjukkan ia telah masak
Sumber : link dan Read more
2. Bentuk buah : tidak bulat biasanya isi lebih manis, tebal
3. Bau : jika kurang berbau bermakna kurang matang atau masak cara peram
4. Kulit :elak kulit yg retak sbb buah akan masam atau tawar
5. Menggoncang buah durian : ada sedikit getaran menunjukkan ia telah masak
Sumber : link dan Read more
Cuti sekolah ... Qmaths
Daftarkan Sofi Program QMaths di Bangi untuk kukuhkan dan memantapkan lagi skil dlm Matematik ... "Cekap & Cepat"
ANTARA CONTOH TEKNIK PENGIRAAN PROGRAM QMATHS
ANTARA CONTOH TEKNIK PENGIRAAN PROGRAM QMATHS
Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..
2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198
contoh 2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297
Bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998
Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997
... sedang menunggu kelas bermula
Sunday, December 11, 2011
PPAS ... bhgn 2
sambil menyelam minum air .... buat research utk thesis sambil merasai pengalaman menggunakan digital library
mentelaah ...kejap jer tu...X tahan godaan nk join bebudak lain main digital game
buku kat bhgn kanak2 ...sgt2 interesting ... rasa mcm nak baca semua...apa taknyer, gambar banyak dan colourful, tulisan besar, graphic cantik... kalaulah ada buku org dewasa camtu mesti X mengantuk masa membaca
digital storytelling ... parents pun ikut sekali .... memang best
persembahan nyanyian kanak2.... 5 stars sound system
I Step, ... main bola sepak digital
bersama Usamah(Thn 2), baik budi.... pernah bagi duit RM1.00 pada Sofi, ... masa tu Sofi stayback sampai pukul 7.00mlm dan kehabisan duit belanja... Tq, Usamah
bersama kembar 4....berbaju biru Harimau Malaya
Book Review 3 borrowed by Sofi
Kiri : Kisah kehidupan gorila di hutan bermula dari saat dalam kandungan hingga dewasa dan akhirnya gorila ini diburu malah ada yang dibunuh kejam oleh pemburu haram.
Kanan : Fakta tentang ubi kentang, ciri tumbuhan, cara penanaman, khasiat, penyakit, cara pemilihan dan paling menarik masakan mudah berasaskan ubi kentang. (Rujuk: http://lizjournal-lizstudio.blogspot.com/2011/12/fakta-ubi-kentang.html
Thursday, December 8, 2011
... black & white
hidangan petang sebelum en hub. pergi outstation...
Buat sikit jer... sbb kat rumah ni semua, katanya diet... tp X cukup rupanyer...
kena buat 2 versi ... sbb Sofi suka jemput2 ikan bilis, abah Sofi pulak jemput2 pisang.... ibu ??? apa2 pun X kisah, semua ibu suka...
kena buat 2 versi ... sbb Sofi suka jemput2 ikan bilis, abah Sofi pulak jemput2 pisang.... ibu ??? apa2 pun X kisah, semua ibu suka...
Khaisiat pisang
- Family Musaceae
- Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
- Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
- Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
- Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
- Anaemia - penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
- Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
- Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Khasiat Ikan Bilis (Anchovies)
- Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya, seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin .
- Kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium.
- Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam.
- Selain itu ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran
... kembali padaNya jua
sahabat Rasulullah ada bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)
tinggalah BiBi sekor.... tengok tu mcm manalah Sofi nak suka... nampak org je terus menyorok, X mcm arwah LaLa
... sebak bila tortoise peliharaan pertamanya terkulai dan mati... dia tidak mampu berkata2 hanya kesedihan jelas terbayang di wajahnya.
arwah tortoise ni diberi nama LaLa, ada sekor lagi BiBi (bukan bibik ya ...) tapi dia kurang suka sbb penakut. Walaupun sedih dia rasa puas hati dpt bawa LaLa balik kampung baru ni ..."kalau tinggal, nanti X de sape nak bg makan" katanya
Abah Sofi pernah kata " kalau dia dah X ada suatu hari nanti, dia akan ingat Sofi, dia tahu Sofi sayang dia & pernah bawa gi jalan2
... dia X sampai hati nk buang mayat LaLa ni....dia gali kubur bawah pokok limau purut
proses pengebumian hampir selesai
tinggalah BiBi sekor.... tengok tu mcm manalah Sofi nak suka... nampak org je terus menyorok, X mcm arwah LaLa
aku cuba juga nak ubati hatinya yg lara ...
dia suka jeep, aku belikan Jeep wooden toy, tapi tengoklaa tu...dia X ada mood
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, 1bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Dpd bahagian yg satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri".(Hadis riwayat Bukhari)
Tuesday, December 6, 2011
cuti sekolah... PPAS
... ... dah beberapa kali pergi sini,. kali ni layan abg Sofi nak tengok 6D theatre .... tapi X dpt tengok ... sbb ada lawatan rasmi org tertentu....hanya sempat explore bhgn kanak2 & remaja.
kiri : bhgn kanak2... fun & excitement ....dgn telatah comel kanak2 ... baca buku sekejap jer ... mainnya banyak ... itulah kanak2
... lake view from lobby
kiri : bhgn kanak2... fun & excitement ....dgn telatah comel kanak2 ... baca buku sekejap jer ... mainnya banyak ... itulah kanak2
kanan : Woodland Regional Library, S'pore. ....same concept with S'pore
.... bahagian kanak2 : lengkap dengan toilet, surau, kelengkapan multimedia & bilik aktiviti
bahagian dewasa : utk 11 tahun ke atas, sgt selesa ... sampai ada pengunjung yg tertidur mcm kat rumah
kemudahan lain : gymnasium (boleh baca buku sambil cycling) dan paling best suasana cafe yg condusive
Book review 1 on books read in library by Sofi
Kiri : Mosquitoes From The Swamp ...tentang makhluk cicak gergasi yg mati dibunuh kerana memakan haiwan ternakan orang kampung.... kematiannya telah menyebabkan nyamuk keluar dgn byk dan membiak dgn cepat lalu menghisap darah manusia.
Kanan : How Malacca Got Its Name ...tentang seekor pelanduk yang berjaya menumpaskan anjing peliharaan Parameswara. Kejadian berlaku di bawah sepohon pokok Melaka.
Kiri : The Caterpillar is Poisonous ...ular sawa mengamanahkan catepillar menjaga bisanya sebelum mengikuti suatu pertandingan. Walaubagaimanapun seekor tikus telah terlanggar bisa ular tersebut lalu terpercik ke badan caterpillar.
Kanan : Bread and Bakeries ... pengenalan tentang roti, jenis2nya, bahan ramuan, saiz dan bentuk roti mengikut sesebuah negara.
Book review 2 on books borrowed by Sofi
Kiri : ... azam, semangat dan kegigihan Farid untuk belajar & menghafal AlQuran demi utk mendoakan semua ahli keluarganya yg telah meninggal dunia. Farid telah berjaya menjadi seorang hafiz & Imam sebagaimana hasrat arwah ibu bapanya.
Tengah : ... pahlawan Sarawak, penentangan terhadap penjajah, British
Kanan : ... pelbagai kisah iktibar yang sgt meruntun hati
semua cerita sedih-sedih ni.....
leisure reading by ibu Sofi
... fell in love with the recipe
.... like graphic very much