Home

Monday, October 31, 2011

Siakap Tiga Rasa

Siakap ....ikan yang degil sebab keupayaannya melawan dan mempunyai daya juang yg tinggi....  mendiami kawasan sungai dan berhijrah ke muara atau kuala untuk membiak. Dietnya terdiri dpd crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); Anak ikan Siakap makan zooplankton sebagai diet utamanya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Siakap

khas utk anak ibu....
Bahan & Cara :
1. Siakap - dilumur dgn sedikit garam, kunyit, cili kisar & tepung jagung : goreng garing
2. Sambal : hiris halus 5 bj bawang merah, 3 biji bawang putih dan sedikit halia
3. Hiris juga cili padi & cili merah : ikut kepedasan yg dikehendaki
4. Tumis semua bahan hiris dan suku kiub pati ayam
5. Masukkan air, sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan &  sedikit garam gula & nanas : rasa (masam, manis, pedas)
6. Dah siap tuang atas ikan & hias

hot....

Rentetan dr kaki yg sakit,.... maka sampailah ke Hot Springs & Spa, Tambun. Kononnya nak berendam... manalah tau baik sikit sakit ni (tapi jauh betul tempat berendam ni kannn.... ngada2 nak jln2 sebenarnya)
cute dino ni....


lain kali nak datang mlm pulak ...


bnyk pilihan..... kepanasan lebih kurang sama 40 dg C


tpt berendam  & bergolek ... besttt.... sangat privacy


kolam ni agak besar tapi X privacy , kena pulak cahaya matahari direct..... bertambah2 kepanasannya.


masing -masing wat aktiviti sendiri.... terjumpa ...sdg bergembira naik bendalah ni  ... (kesian abah jadi kanak2 layan Sofi.... mcm atuk layan cucunya hah hahha...)



anak sape laa ni main sorang2, ....sume orng naik boya dia boleh redah jer air ni .... hishhh










keindahan flora & fauna di Hot Springs & Spa, Tambun.

Thursday, October 27, 2011

A day in a jungle ...

Hari ni....3 jam hiking @ Hutan FRIM. Patutnya ambil masa 2 jam je ... tapi maklumlah org tua yg naik, jadi tambah 1 jam lagi ... mendaki lambat2, sedut udara segar pelan-pelan ...aghhhh... sgt2 relax.... 

Kenapa colour bunga2 ni striking???
Antara sebabnya ialah ... utk memikat sang kumbang, lebah  & etc menjadi agen pendebungaan 


tekstur kulit ni dr jauh mcm sama ...  tapi bila close-up baru jelas perbezaannya.


lianas bergantungan dan akar berselirat ...


banyak kali berhenti..... bukan penat.... tapi posing ...he he he



trek ok....sesuai la utk aku yg agak penakut ...(takut licin & takut pacat jer...bukan takut lain)




hiiiii..... X berani tengok bawah, tinggi canopy walkway 30m dr ground level, panjang 150m, jarak antara org lain 3m. View dr sini boleh nampak sampai Menara Telekom kat Bangsar...


secondary forest, tinggalan orang asli.



 org yg sama.... tempat yg sama, di Sg Kroh.... dah besar Sofi...
Sofi :  Ibu, camna nak berhentikan air terjun
Ibu :   mana bole berhentikan .....
Sofi : boleeeh lah ibu .....
Ibu : camna???
Sofi : tangkap gambar ... berhentilaa he he he..
Ibu : (dah pandai mainkan ibunya)


turun pukul 1.00 tghari, sepjng balik, kaki yg satu ni X boleh jejak, terdengkut2...semua sakittt, sampai rumah pergi massage dr hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki....huhhh .. nikmaaat-nikmat

Monday, October 24, 2011

Puding Roti

... ini resepi roti tak habis....Puding Roti ditambah Sos kastard supaya nampak menggiurkan...(walaupun biasa2 saje) .... sedap dimakan sejuk dan ditabur sedikit kismis sebelum dimasak


Bahan puding roti : 
9 keping roti dicarik2
3 biji telur
1 1/2 tin susu cair atau 3 1/2 kotak susu segar (kotak kecil))
sedikit esen vanilla
3/4 cawan gula pasir
sedikit kismis

Cara :
1. Panaskan oven 170 degree dlm masa 20 minit.
2. Sediakan loyang yang disapu sedikit butter .
3. Dalam bekas lain rendam roti yang dicarik tadi dengan susu - tekan sikit supaya roti terendam
4. Blend telur, gula dan esen vanila
5. Tuang atas roti yang terendam tadi
6.  Biarkan sekejap - agak2 roti dah betul2 kembang.
7. Taburkan sedikit kismis di atas nya
8. Bakar dlm oven cara steam bath lebih kurang 1 jam 30 minit atau hingga warna perang dan masak.

Bahan  & Cara - sos kastard :
1 tin susu cair
5 sudu makan gula
1 sudu kecil tepung kastard yg dibancuh dgn sedikit air
sedikt esen vanila
Semua bahan dimasak sampai menggelegak dgn api perlahan

Sunday, October 23, 2011

"Masjid Besi"

Lepas lunch di Puchong terus ke Putrajaya, menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di "Masjid Besi" atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Precint 3, Putrajaya . Masjid ini siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Bernilai RM 200 juta dan mampu menampung lebih 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.


... tidak mengikut kebiasaan senireka Timur Tengah sebaliknya gabungan senibina dari Jerman dan China



 ... tidak mempunyai menara seperti kebanyakkan masjid lain. Dibina oleh kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj). Rekabentuk dan senibina masjid ini pula disempurnakan oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang diketuai Ir. Nik Arshad Nik Mohamed


Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid dikemaskan dengan bahan telus cahaya, dikenali sebagai crytallized glass bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.



Pembinaannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.



Mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling” dan sistem pengudaraan terbuka



Pada mihrab tertera nukilan ayat 40-47 surah Ibrahim di bahagian kanan manakala dibahagian kirinya, ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pada waktu malam, dinding tersebut telus cahaya menjadikan tulisannya seolah-olah terapung di udara. Masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport khas dari Jerman dan China



T-Mobile Head Quarter Building -Cologne, Germany
Contoh penggunaan sistem  wire mesh dan  IT-based LED technology seperti di "Masjid Besi"



Kubah masjid ini diperbuat daripada besi keluli tahan karat (stainless steel) dengan jejarinya yang berlekuk


Ruang mengambil wudhu' yang selesa dan moden

sumber :

Sunday, October 16, 2011

memori ubi rebus

ubi rebus  dicecah kelapa parut.... hmmmm sedapnya hidangan makan malam ni... Agaknya tak pernah dibuat orang makan ubi rebus malam - malam. Biasanya di makan waktu petang, tambahan lagi waktu hujan aghhhhhh...... best best best.... sesekali makan... mengembalikan ingatan kepada masa silam.... Dahulunya sinonim dengan makanan orang susah terutama zaman penjajahan Jepun tapi kini menjadi makanan eksotik di kopitiam mahupun kafeteria.
Awas !!! ubi kayu ada racun atau toksik semulajadi. Oleh itu, cara menghilangkan sebahagian besar racun (sianid) ialah dengan masak cara celup dalam air mendidih. Disyorkan makan sekali sekala saja. http://teknologipertanian.com/category/ubikayu/ . Walaubagaimanapun racun semulajadi ini didapati dapat memusnakkan sel-sel kanser http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Saturday, October 8, 2011

Baba & Nyonya...Penang Peranakan Mansion

Penang Peranakan Mansion ini adalah peninggalan warisan Hai Kee Chan, keturunan Baba dan Nyonya atau kahwin campur. Dalam mahligai ini dipenuhi dengan senibina dan ukiran yang cukup halus dan berseni. http://www.pinangperanakanmansion.com.my/ . Kebanyakkan mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan bertutur mengikut lenggok dialek orang Melayu.


design pintu dan tingkap .... klasik


living room.... ukiran seni halus


dining room .... gah dan mengikut feng shui




floor pattern .... pengaruh Inggeris


"Sia" ... mangkuk tingkat Cina


Chinese painting ....



Radio dan TV klasik


Beg klasik... trend beg ini masih digunakan masa aku sek rendah. Bedak nyonya  ni pun aku pernah guna....


Spectacles collection ... kebanyakkannya design bulat-bulat dan lampu cemeni.....


Wanita Nyonya menjadikan minat terhadap nilai-nilai keanggunan dan kesenian dalam kehidupan sebagai satu budaya. Ini dapat dilihat daripada perhiasan indah dalam rumah,dan pakaian iaitu kebaya Sejak kecil, Nyonya diasuh oleh golongan tua dalam keluarga menjadi isteri seorang Baba yang dihormati.Mereka mesti mempunyai penampilan menarik dalam berpakaian terutama untuk bertemu dengan bakal suami atau mentua. Selepas berkahwin, Nyonya menjadi suri rumah yang menetapkan peraturan, adat resam dan juga pantang larang sendiri. Tata tertib dan peraturan gaya hidup Nyonya dapat dilihat daripada keanggunan dan kehalusan sulaman kebaya yang dijahit oleh wanita yang mempesonakan ini. Dengan cara ini, peranan kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi pakaian yang cantik, tetapi juga mencerminkan budaya Baba dan Nyonya dan bukti kegemilangan zaman silam.
(Petikan daripada buku : Nyonya Kebaya: A Living Art-sempena pameran di Galeri Petronas, KLCC, Februari 2005).

dia bukan tailor bukan juga fashion designer .... dia first time tengok mesin jahit ini


Masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai kuih muih tradisinya tersendiri yang kini telah menjadi sebahagian kuih tradisi masyrakat tempatan. Antara kuih tersebut seperti putu piring, ondeh-ondeh, kuih lapis, kuih ku dan pelbagai kuih talam. Asal nama Kuih adalah kueh, kue, or kway; dari bahasa Hokkien: 粿 koé yang bermaksud tepung http://en.wikipedia.org/wiki/Kuih

Sunday, October 2, 2011

Kota Bharu Heritage Trail & ... Singhorra

Perkembangan bandar Kota Bharu bermula dari tahun 1844, dibuka oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba. Sultan Kelantan sekarang ni Sultan Muhammad V. Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua

Pintu masuk Istana Balai Besar Kota Bharu sekarang, 2011

Istana Balai Besar Kota Bharu 1907


Istana Balai Besar, menjadi tempat berlangsung upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari dulu hingga kini



Istana Jahar dibina pada tahun 1887, kini dijadikan Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Asalnya ia tidak mempunyai nama sehingga pada 1911. Nama Jahar adalah sempena nama sejenis bunga yang ditanam di laman istana ini. http://www.arkib.gov.my/istana_jahar


Bank Pitis berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi. Pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad IV pada tahun 1903 telah menghantar "pohon duit" kepada Raja Siam. Pada masa itu, Kelantan masih merupakan negeri di bawah perlindungan Siam. "Pohon Duit" ini juga dikenali sebagai Pohon Pitis. Berdasarkan sejarah, Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.


"Pohon Pitis" Kelantan dibuat daripada logam timah yang mengandungi 13 syiling menggunakan teknologi acuan yang diperkenalkan oleh pedagang dari China. Pada bahagian muka syiling tertulis “Thuriba Fi Zul-Hijjah Sanat 1321” bermakna bulan Zul–hijjah 1903 dan dibelakangnya pula tertulis perkataan “Belanjaan Kerajaan Kelantan” untuk mengesahkan bahawa ianya adalah matawang rasmi kerajaan Kelantan http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Pitis. Pokok pitis ini digunakan sebagai logo rasmi Bank Simpanan Nasional.


Kampung Kraftangan Kelantan, menggunakan senibina melayu Kelantan. Di dalamnya terdapat Muzium Kraftangan Kelantan yang dibina pada 1991. http://www.muzium.kelantan.gov.my/muzium_kraftangan.php


Pintu masuk ke Kampung Kraftangan Kelantan


 Muzium Islam Kelantan, merupakan bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan selama 72 tahun 6 bulan. Asal bangunan ini adalah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). Dibina pada tahun 1902, berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani, model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan Singgora. Bangunan yang diubahsuai ini kini memuatkan Muzium Islam, Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Kini dalam proses pengubahsuaian lagi.



Masjid Muhammadi, Masjid Negeri Kelantan Darul Naim. Asal namanya ialah Masjid Besar Kota Bharu. Dibina pada 1867, zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 . 31 Julai 1931, dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.


Binaan terbuka berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua


Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.


Memorial Peperangan Dunia Ke-11 (Bangunan Bank Kerapu).
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid, Menteri Besar Kelantan (1894-1900. Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India Limited "dan dibina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan. Bangunan ini siap dan digunakan pada 1912. dan mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris dan Greco-Roman. Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut 'kerapu'. Sehingga kini bangunan ini dikenali sebagai Bank Kerapu. http://kelantan.muzium.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=23&Itemid=40


Deretan rumah kedai lama... masih mengekalkan senibina lama


Ukiran dan senibina Melayu Kelantan. Halus design pada fascia board tambahan lagi menggunakan atap Singhorra ... unik, klasik dan sejuk di bawah teduhannya. Khazanah Singhorra ini bakal dan mungkin akan pupus jika tiada usaha untuk mengetengahkannya. Lihat video pembuatan handmade Singhorra, satu-satunya yang masih ada di Malaysia. (Lot 247,Kampung Pengkalan Baru, Batu 50, Bachok, Kelantan)
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/kWrNhqbBBMM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>