Home

Friday, May 31, 2013

Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim

... ada juga orang panggil tempat ni Hutan Lipur Air Deras Sungai Sedim.. hakikatnya memang tepat, sebab air sungai yang mengalir di sini sangat deras berbanding beberapa tempat lain seperti Sungai Congkak, Sungai Tekala, Sungai Tua mahupun sungai di Janda Baik. .. oleh itu memang sesuailah dikatakan jeram terbaik untuk aktivti rafting.

Selain sangat deras, air terjun yang mengalir ke sungai ini sangat jernih, sangat sejuk dan belum tercemar. memang sangat  berbeza dengan tempat rekreasi lain. Apa pun sedikit nasihat aku ialah utamakan kebersihan diri, makan, minum dan segala-galanya sebab rekreasi sungai macam ni berisiko terdedah kepada "kencing tikus" dan "kepala air"

... mengikut salah seorang pengunjung regular Sedim RainForest Resort, jangan mandi waktu hujan dan bila nampak air mula keruh,  cepat naik, sebab itu tandanya hujan di bahagian ulu sungai yang boleh menyebabkan kapasiti air yang banyak  iaitu "kepala air" yang sangat digeruni dan boleh menyebabkan mati hanyut. Moralnya ialah bapa-bapa atau suami-suami mandi sikit - sikit jer . ... jadilah pengawal yang baik kepada anak-anak dan isteri yang suka main air.

pengalaman aku sendiri ... masa mandi kena berpaut pada batu atau "abang  guard" kena pegang sebab kalau tak hampir tergolek-golek dibawa air deras.. walau macam mana pun Sungai Sedim memang tempat rekreasi alam terbaik kerana keistimewaannya tersendiri,  banyak pilihan aktiviti dan agak privacy

Kaunter pendaftaran di Sedim RainForest Resort, milik Jab Perhutanan Negeri ... terima layanan yang sangat baik dari pengurus, En Jasman dan staff ... pengunjung2  lain pun sangat  friendly,  terima kasih.



sampai di sini lebih kurang jam 5 pm, terus mandi sungai...lepas maghrib dinner nasi goreng telur mata, ayam goreng dan kopi O panas... bestnya ... makan bertemankan bunyi deruan air, cengkerik, unggas dan kelawar.. tapi jangan risau tempat ni bersih ...kelawar cuma berterbangan dan hinggap di pokok makan buah ... tidak ada sikit pun gangguan yang tidak menyenangkan.

main carrom lepas makan ... agak boring sebab tak ada TV kat bilik walau bukan nak tengok sangat pun at least sebagai ubat melelapkan mata.  TV dan skrin besar cuma disediakan di kafe dan kaunter,..yalaah tak kan dalam hutan tengok TV , tak sesuai betul ... lain kali kena buat aktiviti indoor game sebab nak melayan mata yang susah nak lelap, tempat baru memang susah nak tidur... apa aku buat??? apa lagi baca majalah dari cover depan sampai belakang... tak ada satu ayat pun yang tertinggal, iklan pun aku baca ... akhirnya jam 4 a.m baru lah boleh terlelap.

view waktu malam... kawasan chalet diterangi dengan lampu jalan ... yang gelap sikit tu chalet tempat aku bermalam..  


sewanya tak mahal RM 138.00 1D1N + breakfast, katil queen size, extra charge kalau tambah mattress ,saiz bilik dan bilik air besar, cumanya yang kurang ialah tiada aircond.. malam dalam bilik tak sejuk langsung walau dikelilingi hutan dan menghadap sungai... mungkin disebabkan chalet batu kalau chalet kayu macam kat Janda Baik mesti sejuk ggeligukk (dalam bahasa Kelate)


segar, tenang, nyaman dan relaks ... suasana pagi jam 7.45 am ... sabar ya Sofi lepas jungle trekking kita terjun sungai


breakfast terindah, menghadap sungai dengan kicauan burung ... hanya roti bakar, bee hoon goreng dan kopi O panas... walaupun simple tapi semuanya sedapppp... kalaulah ada lempeng, jemput-jemput atau ubi rebus, bertambah-tambah indah pengalaman breakfast di sini.

Tree Top Walk, canopy walk terpanjang di negara kita iaitu 925 m, merentasi kaki Gunung Inas dan Gunung Bintang  aktiviti  jam 9.30am... masa perjalanan bergantung pada tuan badan... aku ambil masa 50 minit sebab berhenti ambil gambar, jalan pun terhegeh-hegeh nak menikmati keindahan hutan ... SubhanaAllah

... suka sangat masuk hutan tapi kelemahan aku...  takut pacat, cukuplah pengalaman 14 tahun dulu diserang pacat di Sungai Muda menuju ke Sira Air Hangat, Sik, Kedah.. huhh sangat2 mengerikan ... dengan adanya Tree Top Walk ini dapatlah aku melayan suasana dalam hutan ... terima kasih UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) menyediakan alternatif  kepada orang hijau seperti aku


struktur binaannya dipasang oleh 100% tenaga manusia.. ini kerana untuk mengelakkan kerosakan ekosistem hutan.
Kalau takut atau gayat, jangan pandang bawah, tapi rugilaaah ... sebab view dari celah jaring canopy walk ini sangat cantik, boleh nampak laluan air sungai... kiri kanan pulak nampak monyet- monyet bergayutan dan bergurau senda


tahu tak pokok apa ni?... kiri: pokok Fig atau ara, tengah: pokok petai & kanan: pokok nibong, ...

sekarang ni pokok nibong susah dijumpai di dalam hutan, kayunya ada duri yang sangat keras, derita orang terkena duri nibong boleh dibaca atau tengok filem lama "Ranjau Sepanjang Jalan" karya sasterawan negara Shahnon Ahmad. Kayu nibong ini sesuai dibuat lantai rumah kerana bersifat rata dan licin . Selain itu sesuai juga dibuat tiang jeti atau kelong kerana daya ketahanannya kepada air masin. (Terima kasih abang guard atas info ini)


Pokok Kulim, ohhh baru tahu...  rupaya nama Kulim adalah dari nama pokok.
Mengikut pakar linguistik nama tempat lain di Kedah banyak dipengaruhi dari bahasa Siam contoh Changlun (Gajah jatuh), Kokdiang (Pulau Merah), Jitra (berhenti berehat), Sik (Empat), Alor Star dari nama pokok Setar... seronoknya study sejarah kedah


bunga Lili (Lilium sp.) dan bunga Pagoda (Clerodendron panicalatum) ditanam di persekitaran laluan "Top Tree Walk"


tak tau ni pisang apa... mungkin pisang hutan???



mandi sungai sebelum bertolak balik .... nampak cetek tapi air deras


Pometia pinata (Kasai), pokok favourite mempunyai dedaun yang cantik, banyak mengeluarkan pucuk warna merah ... laluan balik ke tempat letak kereta 

Wednesday, May 29, 2013

Sardine Puff

kalau pegi kedai roti & kek mesti tercari-cari sardine puff, tapi biasanya susah nak dapat .. curry dan tuna puff yang banyak djual... cuti sekolah ni rajinkan diri memasak, so try buat sendiri... dan inilah hasilnya


Sofim budak suka makan ... bagi 11/10 .. sebab katanya lebih sedap dari kat kedai...nak tau apa rahsianya..rahsianya ialah pada kulit puff brand "kawan"


beli di grocery AEON Bukit Raja


Cara menyediakan sardine puff, senang dan cepat... akhir sekali bakar pada suhu 175 C sampai keperangan anggaran masa 20 hingga 25 minit
Bahan sediakan isi sardin:
1 tin sardin cap ayam (saiz sedang) - ambil isi shj
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
sedikit halia - (optional untuk hilang bau ikan sardin)
2 biji lada padi - cincang halus
1 biji limau nipis
sedikit sos tomato cili, garam dan1 sk gula)

Cara :
Tumis bawang putih, bawang besar halia, cili padi
Masukkan sardin, hancurkan isinya
Tuangkan sos, masukkan gula dan garam
Perahkan air limau nipis


Sunday, May 19, 2013

Tenggek burung

... dah lama cari restoran yang banyak hidangan ulam...akhirnya jumpa di Bendang, Jalan Setia Indah, Setia Alam. ... sentiasa ramai orang esp. dekat masa lunch



mengancam tak lauk ni ... ada ulam tenggek burung atau ada juga orang panggil chemperai... first time tengok daun ni dan makan ...daunnya agak tebal, rasanya kelat tapi sedap. ... rasa sihat dalam badan dapat makan makanan macam ni. Khasiatnya ulam ni lebih kurang sama dengan ulam lain iaitu melancarkan peredaran darah , mengurangkan tekanan darah tinggi dsb... keistimewaannya berbanding ulam lain ialah lebih kepada khasiat untuk orang lelaki (ishh ..tak sesuai cerita kat sini.. nak tau link)

Selama ni aku tak suka, tak minat dan tak heran pun dengan sayur...Segalanya berubah hanya kerana "Dangau Raja Ulam" ... pertandingan logo pernigaan KHB Daerah ...  walaupun hanya menang tempat ke 3 tapi telah membuka mata dan selera, setelah aku membuat sedikit research untuk presentation ... siapa sangka sekarang aku dah mula makan ulam - ulam eksotik


pertandingan logo perniagaan .. pencetus aku mula sukakan ulam & ada cabarannya... paksa hubby lukiskan, padahal masa tu dia suspect denggi.. lukis dlm keadaan terketar2 dan yeahhh jadi... menepati kehendak aku..simple dan jelas ..i like i like..aku settlekan bhgn colouring dlm keadaan demam juga nasib baik masih mampu fikir kenapa pilih 3 color..hitam, hijau dan gold ... buat latihan  presentation bersama student dan  Alhamdulillah akhirnya ...  berjaya juga menaikkan nama SMKRP.


Adakah mungkin suatu hari nanti restoran ini menjadi realiti, InshaAllah 


ini pulak dessert masa lunch tadi... memang sedap... Sofi tak pernah makan kuih kaswi ni... so aku suapkan dia sikit.. eehhh nak lagi.. sebab memang sedapp... aku pun bagi petua kat dia... sebelum ambil kena goyang2 kan kuih ni dulu sebab nak tau lembik atau keras... yang sedap semestinyalah yang lembik.

Wednesday, May 15, 2013

Pulut Panggang Panjang

hahhh.. akhirnya jadi jugak pulut panggang ni.. aku rasa tak dibuat orang buat pulut panggang panjang mcm ni.. request dari Sofi...biasalaah ibu mana yang sanggup tidak penuhi keinginan anaknya.. malas macam mana pun.. kena kuatkan semangat jugak. Dapat siapkan 5 ketul saiz ini.. nak makan kena buka semua daun dan potong-potong bagi pendek..he he he  kalau tak terlentuk-lentuklaaah dia kiri kanan depan belakang.

sekejap jer habis... tengok anak makan... seronok dan dia tak kisah pun rupa kejadiannya .. serunding pulut ni lain sikit sbb resepi warisan dari my mom... rasa pun sebijik sama

Bahan :
1 1/2 biji kelapa parut muda dan putih shj (supaya tak rasa kesat kelapa)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sb udang kering - rendam dulu dgn air panas
7 tangkai cili kering - rendam dulu dgn air panas supaya lembut
3 btg serai - 2 darinya dihiris halus, 1diketuk
3 tangkai cili padi ( ditambah sbb nk rasa agak pedas)
1 inci kunyit hidup
sedikit jintan manis dan ketumbar - goreng tanpa minyak & tumbuk halus
gula dan garam
1 sk asam jawa - bancuh dgn sedikit air

Cara:
  1. 3 sb minyak masak (kalau minyak sikit, serunding akan jadi kering & kurang sedap)
  2. Satukan semua bahan kecuali kelapa, gula garam dan asam. Kisar halus
  3. Tumis bahan, masukkan air asam jawa, dan kelapa parut
  4. Masukkan gula dan garam mengikut rasa. Gaul sampai masak. 

Tuesday, May 7, 2013

Sup Tulang dan Daging Goreng Kunyit

Sup Tulang, favourite Sofi... lunch ibu dan anak shj ... sbb Selangor jer cuti, KL tak cuti ... di Affan TomYam, Klang Sentral, bersebelahan Ayam Penyet Api... hmm boleh tahan... pernah makan sup ketam kat sini, sedap jugak...


Daging Goreng Kunyit... favourite Sofi jugak dan abah dia...lunch untuk Sofi balik sekolah... "tinggalkan untuk abah ya
Resepi Daging Goreng Kunyit
1/2 kilo daging (batang pinang) - perap bersama kunyit serbuk anggaran 10 minit
1 labu bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inch halia - hiris
2 batang lada merah - hiris
sedikit garam dan gula 
Cara :
Goreng daging yang dah diperap hingga hampir masak
Masukkan bawang putih, besar, halia dan lada merah
bila dah layu, masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa
goreng lagi sampai daging agak garing

Saturday, May 4, 2013

Agar-Agar Santan

sempat buat sebelum pergi sekolah... untuk dessert buka puasa... puasa ganti
kalau kat Johor dipanggil lengkong santan... dessert orang lama .. hmm teringat mak buat masa dulu2, mesti korek bahagian atasnya yang sedap berlemak.. bahagian bawah yang kosong... tinggalkan

cuma ambil masa 20 minit untuk masak agar-agar ini ... resepi link 

Wednesday, May 1, 2013

Muzium Coklat


Survey tempat dulu ... sebelum ajak Kelab CaturSMKRP  buat lawatan ke Muzium Coklat tahun ni...

Datuk Dahlan Rashid, pengasas DR Group Holding syarikat pengeluar coklat tempatan dan pemilik Muzium Coklat yang pertama di Asia Tenggara. Muzium ini terletak di  Lot 2, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor... Terkenal dengan jenamanya Fidani, Farell's dan Danson. Coklat di sini bukan untuk pasaran tempatan sahaja malah telah dipasarkan ke luar negara seperti Singapura, Thailand, Hong Kong dan beberapa negara lain.



Info tentang coklat dan cara pembuatannya dari biji koko ditunjukkan dalam bentuk gambar ,video dan demonstrasi (masa tertentu)



sculpture pokok dan koko

Sedikit info tentang koko...Tanaman ke 3 terbesar di Malaysia selepas getah dan kelapa sawit. Sarawak adalah negeri tanaman koko terbesar di Malaysia dan negara kita pula adalah negara pengisar koko ke 5 terbesar dunia selepas Ghana, Indonesia, Nigeria dan Cameroon. Info tentang sejarah koko dan coklat dengan lebih terperinci, rujuk sini



Pelbagai jenis coklat yang dijual disini, antaranya :





















harga??? ... kurang pasti sebab aku tidak pernah buat perbandingan harga di luar ... sila datang sendiri untuk merasai pengalaman di dalam Muzium Coklat ini