"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Agar2 / Puding. Show all posts
Showing posts with label Agar2 / Puding. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Agar-Agar Santan

sempat buat sebelum pergi sekolah... untuk dessert buka puasa... puasa ganti
kalau kat Johor dipanggil lengkong santan... dessert orang lama .. hmm teringat mak buat masa dulu2, mesti korek bahagian atasnya yang sedap berlemak.. bahagian bawah yang kosong... tinggalkan

cuma ambil masa 20 minit untuk masak agar-agar ini ... resepi link 

Sunday, July 22, 2012

Agar-agar Santan - Iftar 2 Ramadhan

Angan2 buka puasa tahun ni ... nk masak sendiri walaupun cuma dessert. Harap2 semangat ni berkekalan hingga penghujung Ramadhan...dan hari2 seterusnya...InsyaAllah.

Keberkatan masakan isteri :
Air tangan seorang ibu dan isteri itu ada keberkatan dan ada kasih sayang
 Masakan yang dimasak oleh isteri mengandungi keberkatan kerana setiap butir nasi yang dimasak akan bertasbih dan bertahmid mendoakan keampunan bagi orang yang memasaknya...
Rasulullah pernah bersabda kepada puterinya Fatimah yang bermaksud :”Wahai Fatimah kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak –anaknya), Allah akan membina parit antara dirinya dan api neraka (bagi menghalang api neraka itu ).Dan jarak antara satu parit dengan satu parit ialah sejauh langit dan bumi .”Riwayat Abu Hurairah .

Mengikut kebiasaanya, anak akan bersama ibu bapanya sehingga umurnya 18 thn ...slps itu jika umur panjang & ada rezeki yg telah ditentukan, anak2  mungkin akan further study dan berjauhan dgn ibu bapanya...arghhhh ... X Sangguppp...cuma tinggal 6 thn shj lagi utk menghadapi saat itu ... Sofi akan tinggalkan ibu...masa yg tinggal ini , ibu akan buat yg terbaik utk anak ibu...supaya akan ada kenangan " air tangan ibu  dan kesukaan Sofi




Resepi Agar-Agar Santan

Bahan dan Cara :

1 liter air ( senang guna sukatan 2 botol air mineral kecik)
1 bulat gula melaka (yang leper bukan yg macam silinder) - masak dengan 3 cawan air untuk jadikan air gula
1/2 cawan gula pasir
1 kotak santan dalam kotak (aku guna santan Harmoni)
10gm Agar2 powder ( 1 packet )
1 biji telur - dipukul
5 helai daun pandan - carik2 dan simpul
secubit garam

1. Masak air bersama air gula melaka dan gula pasir.
2. Masukkan santan, telur, garam, agar2 dan daun pandan
3. Dah masak, tapis supaya dapat tekstur yg sekata dan cantik

Friday, July 8, 2011

Kisah Strawberry

... tadi petang tetiba je mak cik kantin jual agar-agar santan kat sekolah. Warnanya pink...(x de gula merah kot)...sampai berebut2 dgn Shah & Sue ... Nasib baik aku dapat  .... rasa macam X nak lagi... balik rumah aku try wat...dan hasilnya...

   
 
strawberry ni ,  Sofi bawa balik dr CH utk ibu & abah... kesian dia... kecik hati dah seminggu X luak
 
Sofi   : nape x de sape makan strawberry ni...dh lama duk dlm fridge
Abah : biarlah dulu...esok2 abah makan
Sofi   : Opi beli jauh, x de sape makan... lain kali x nk beli apa2
Abah : ya..laa, ya... la abah makan ni
Apa aku nk wat ngan strawberry ni... kalau x habiskan mcm x appreciate. Dah laa dia beli teh 2 kotak, tertinggal kt kedai teh...dan... akhirnya "ibu wat decor ...esok bangun tido mesti sofi suka...TQ Anak Ibu"

Bahan2
15 gm agar kering
1 liter air
3/4 cawan gula
300 ml santan
1 biji telur - dipukul
sedikit esen vanila & sirap ros
Cara :
1. Masak agar2 dengan air, dah menggelegak tapis
2. Masak semula agar2 yg dh tapis dgn campurkan semua bahan lain sampai masak
3. Tuang dlm bekas & sejukkan
 

Sunday, June 19, 2011

Beleda Laici

pagi tadi abe we mintak beleda...apatu!!! ..ni bahasa kelate "beleda bodo2 pun tak po... letak la milo sikit" ... Aku sebenarnya memang nk buat pun beleda tu...tapi namanya english choc puding arghhh  failed....lembik nyek2 ....terus buang dgn resepinya sekali aku ganti dgn yg  .......ini...BELEDA LAICI (Puding Laici Berkuah)

* resepi ini mengggunakan 2 tin laici

Bahan2 puding:
1 tin laici (asingkan air dan buah)
1.5 liter air
7 sudu mkn gula
1tin susu sejat
10gm agar-agar powder
sedikit esen vanila


Bahan kuah:
2 cawan air
1 tin susu sejat
3 sudu gula
1 lagi tin laici  (ambil airnya)


Cara masak puding:
1. Masak air, masukkan gula, susu dan air dr laici tin - masak hingga menggeleggak
2. Potong buah laici (kasar). Masukkan dlm puding yg dah masak.
3. Tuang dlm bekas yg dh disusn dgn buah laici.


Cara masak kuah:
1. Masukkan air, air dr laici tin dan gula
2. Masak hingga menggelegak
3. Lebihan buah laici jadikan hiasan

Tuesday, May 17, 2011

"Jelly Bertuah"

hadiah hamper cabutan paling bertuah sempena 16 Mei...tak tau nak wat pe ...nak makan semua, ohhh... tak mungkinnn ....Sofi pun cam tak layan je kat jelly ni .... ini kesudahannya .. sampai Sofi x tenteram study..asyik buka tutup peti ais


Resepi "Jelly Bertuah"
2 packet jelly (spesis sumi jelly) - hancurkan kasar2
1 packet agar-agar serbuk
1 tin susu cair (yg biasa dijual tu 400 ml)
1 liter air
1 tin laici (ambil semua airnya ... buah laici tidak dimasukkan)
1 senduk gula (guna senduk nasi...rata je )
Cara:
Masak semua bahan kecuali jelly sampai mendidih
Susun jelly dalam acuan.
Bila bahan dimasak dah suam tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Bahan kuah jelly
1 tin susu cair
400 ml air
4 sb gula
sedikit esen vanila
buah laici tadi
Cara:
Masak semua kecuali laici
Rasa ikut kemanisan yang dikehendaki.
Dah sejuk masukkan buah laici dan simpan kat freezer sampai suku keras.
Hidangkan dengan aiskrim