"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Friday, September 28, 2012

Peach...beauty and healthy

...untuk potluck Jumaat, nak order X sempat...akhirnya peach pudding aje laah...Resepi dan cara susun sebiji ikut ct delima ...tapi gambar X secantik ct delima punya...apapun TQ CT Delima


Info Buah Pic....Asal dari negara China. Isi buah kaya dengan serat dan berwarna kuning menyengat membekalkan beta karotin yang menukarkannya kepada vitamin A dalam badan....Banyak digunakan dalam bidang kosmetik dan kesihatan kerana tinggi kandungan anti oksida yg menghalang radikal bebas ...oleh itu akan melambatkan proses penuaan link




Pokok Peach link...jenis pokok daun luruh




Tuesday, September 18, 2012

Begedil daging

Begedil  bukan  bedegil ok....resepi dari Chef Zaidah Mohd Noor...Tq. Pernah try beberapa resepinya yang lain, semuanya menjadi....


Bahan2 yg perlu disediakan :  3 biji kentang potong (goreng kekuningan dan ditumbuk atau lenyek ), daun sup &daun bawang ( hiris halus), daging 200 gm sepatutnya digoreng tanpa minyak dan kisar (tapi aku rebus dan kisar), serbuk jintan manis, serbuk jintan putih serbuk lada putih semua kisar halus (tak ada yg serbuk pakai yang biasa di tumbuk halus), akhir sekali bawang putih & merah digoreng sedikit minyak  dan ditumbuk sekali
 


semua bahan disatukan , dicampur sedikit garam, diuli dan dibentukkan bulat



celupkan dengan telur yang telah dipukul dan goreng

Thursday, September 6, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri



Info Ikan tenggiri : Spesis ikan laut yang kaya dengan omega 3 yang sgt memberi manfaat pada jantung, menurunkan tekanan darah tinggi serta menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
hmmm... lepas ni kena banyakkan makan ikan tenggiri .... esp utk turunkan tekanan darah yg sentiasa tinggi
Bahan:
2 potong ikan
Bawang putih, bawang merah, sikit halia dan sikit belacan - semua blend
2 sudu cili blend
air (ikut nak kuah byk mana)
2 sudu asam jawa - di campurkan dengan air
3 btg serai - titik
bendi
sedikit daun kesum tapi kalau nk lagi beraroma guna bunga kantan belah 2

Cara:
Masukkan bahan blend  & serai - Tumis sampai wangi
Masukkan air dan air asam
Masukkan ikan
Perasa dgn garam dan gula
Akhir sekali masukkan daun kesum atau kantan dan bendi.
Tunggu sampai ikan masak, bendi lembut dan kuah menggeleggak. Tutup api

Serawa Durian

Serawa durian....first time buat...rasanya sebijik macam mak aku buat  hi hi hi...Inilah kelebihannya duduk jauh dari mak ... apapun bole... cuba kalau masih menempel dgn mak ...hmm X tau lah apa jadi...


beli durian kat Pasar Malam Setia Alam... semua isi duriannya cantik... rasa nk makan semua tapi sabarrrr... kena tinggal sikit untuk makan dgn pulut dan inilah hasilnya...info durian link


Bahan dan Cara :
Masukkaan  semua sekali dalam 1 periuk
(1 kotak santan, 1 sudu gula pasir, 1 bulat gula melaka dan jgn lupa sedikit garam utk imbang rasa)
Masukkan durian dgn biji sekali (nak buang biji dulu pun bole tapi aku geli nk pegang... so masukkan semua, bila betul2 masak isi akan tertanggal sendiri dr bijinya, masa tu barulah buang biji)
Kacau sesekali... kalau agak pekat tambah air ...dan rasa ikut kesedapan sendiri

Pasta Fusilli

Pasta....hmm favourite  ... ada macam2 rupa bentuk. Antaranya Farfalle, Conchiglie, Penne, Lasagna, Fettucinni, Fusilli dan byk lagi... yang sangat biasa ialah spaghetii dan macaroni. Asalnya makanan orang Itali link .... Kini kebanyakkannya telah diubah suai menikut kreativiti dan citarasa masing-masing



Conchiglie link dan Farfalle link


 
 Fusilli link dan  Penne link

 

Lasagna link  dan Macaroni link


 
 Spaghetii link dan Fettuccini link

 

Fried Fusilli... rasa  Oya Rahman  masak di pagi sambutan merdeka, terus terpikat...Balik rumah terus cari bahan dan buat ....sangat simple ...dah di melayukan ... so rasanya mcm mi cuma ada bau daun parsley dan capsicum ...itu yg ada kelainan sikit. Tq Oya Rahman
 
 
 
Bahan -bahan penyediaan : bawang putih (cincang), bawang besar, carrot, capsicum, mushroom (dadu), sosej  (hiris & goreng separa), cili (blend), daging cincang, fusilli (rebus sampai lembut dan kembang -- tos dan gaulkan dgn sikit minyak sebaiknya minyak zaitun)

Cara :
  • Panaskan sikit minyak, tumis bawang dan cili, masukkan daging cincang
  • Masukkan sos tomato dan sos cili, tambah air sikit kalau kering, garam dan sikit gula
  • Masukkan semua bahan sosej, carrot dan cendawan
  • Masukkan fusilli last sekali masukkan capsicum, telur, dan taburkan sikit  parsley
  • Gaul sekata..Ok Siap

Tuesday, September 4, 2012

Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu

Masjid ini siap sepenuhnya pada Dis 2011 bagi menggantikan Masjid Raja, Chendering. Kenapa Masjid Raja???...sebabnya ialah mengikut sejarah, masjid lama (1951) adalah wakaf dari Tengku Sri Wa Raja Tengku Abdullah. Beliau telah menghadiahkan salah sebuah rumahnya untuk dijadikan masjid bagi menampung jemaah yang bertambah pada masa itu. Tanah pula adalah wakaf dari Allahyarham Che Dagang link dan link

 ada kesedihan berlaku di sini apabila Masjid Raja yang bersejarah sebelum ini telah dirobohkan sama sekali. bagi menempatkan masjid yang indah ini...bagaimana dengan amal jariah dan usaha orang terdahulu sebelum ini... adakah akan terputus amalan itu...Wallahualam link


 Masjid ini dinamakan Masjid Sultan Ismail, iaitu YDA ke 4 yang juga Sultan Terengganu yang ke 14. link


 indah ...courtyard di perkarangan dalam masjid




tempat mengambil wudhu'


bahagian luar tandas masjid






  pintu kayu rumah tumpangan masjid


Monday, September 3, 2012

Masjid Kampung Kling, Melaka


Menurut sejarah, masjid itu dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim pada 1748 semasa era pemerintahan Belanda...menyerupai senibina masjid di Sumatera dan mempunyai pengaruh Hindu, China dan Melayu Melaka  link.  Menara masjid pula seakan bentuk pagoda

Masjid kedua tertua di Indonesia yang terletak di Sumatera Barat, design hampir sama dengan Masjid Kampung Kling...dibina pada 1599.

 
Pintu gerbang di laluan masuk utama



Pandangan dari pintu masuk utama


Pandangan sisi masjid....walaupun nampak uzur tapi di dalamnya agak bersih



Tempat ambil wudhu' berunsurkan Arab, menggunakan kolah yang besar. Bersebelahan kawasan masjid ini terdapat tanah perkuburan lama. Antara  tempat persemadian keluarga Munshi Abdullah. Siapa Munshi Abdullah??? ...Dia adalah Bapa Kesusasasteraan Melayu Moden link
 
 
Ukiran bercirikan Melayu pada setiap bahagian atas tingkap dan pintu


Jubin dari buatan Inggeris dan Portugis