"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, September 24, 2013

Cengkodok Pisang (new version)

cengkodok ni versi moden sebab letak soda bikarbonat, baking powder dan susu tepung .. TQ kakbesah dan resepi  ... husben kata " hmm sedappp nyer". .. maknanya memang betul-betul sedaplah ... sebabnya dia memang seorang yang telusss. ... selalunya dia akan cakap "hmm bolehlah"...

 versi dulu - dulu sedap juga, original.. beza dengan yang ini.. tidak serap minyak


pisang berangan.. bahan utama

Ada lagi resepi cengkodok pisang lembut yang tidak kurang sedapnya, rujuk sini . Tq Mama tuan punya blog.

Monday, September 16, 2013

Nasi Kukus Ayam Berempah .. Sedap Sengoti

Nasi Kukus Ilham, .. ayam goreng berempah, gulai darat dan sambal ikan bilis  .. recommended.


Nasi Kukus Ilham, konsep layan diri, servis yang sangat mudah dan ringkas .. hanya guna kertas coklat beralaskan daun pisang.. samada nak makan atau bungkus sama saje, order air .. ambil sendiri , bayar, duduk baca Bismillah.. dan makan. Seterusnya rujuk sini.

Walau bagaimanapun, alangkah baiknya kalau pekerja restoran ini terdiri dari warga tempatan berbanding hampir kebanyakkannya warga Indon. Imej dan kualiti mesti dijaga juga bukan hanya keuntungan semata.



Lokasi : Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, P.Jaya.. berhadapan Surau Mutiara Damansara.

Mee Rebus

Mee Rebus Hj Wahid ..  memang popular kat JB.. Mee rebus Johor, kuahnya pekat ada tepung yang digoreng garing macam keropok ... sangat berbeza dengan tempat lain .. Sekarang dah ada di Putrajaya dan Sri Hartamas. Masa aku muda2 dulu, bila teringin,  mesti cari di Plaza Kotaraya, JB .. sekarang dah ada banyak cawangan .. rasanya masih sedap tapi  .. macam kurang kick pulak berbanding dulu2 ... entahhh lah agaknya sebab air tangan arwah Hj Wahid masa dulu beza dengan generasinya yang ambil alih.


Mee Rebus Haji Wahid, Precinct 9, Putrajaya




Mee rebus Mastan Ghani,  famous di Teluk Intan.. sedap juga tapi mengikut citarasa aku, Mee Rebus Haji Wahid masih belum ada tandingannya. Tapi kalau Rojak mee, .. di sinilah (Mastan Ghani) yang terbaik

Ais krim di Ice Room

... mencari - cari di kota Damansara.. rupanya dah tutup kedai. Akhirnya ke Jalan Prima SG1, Prima Sri Gombak sebab nak juga rasa ais krim di Ice Room.  Dekorasi kedai tema hijau, kemas dan selesa.. selain pelbagai jenis aiskrim sebagai menu utama , ada juga hidangan lain .. timur dan barat


ais krim durian ... sedapp, recommended


 Chocolate Snow Ice ... hmm .. not bad

Myriad of colour in Hari Raya

Suasana hari raya idul fitri tahun ni sama macam tahun-tahun sebelumnya ... yang beza sedikit ialah jenis kuih raya .. so tempting 


Kuih tradisional.. kuih goyang atau kuih bunga ros yang diberi nafas baru 



Candy kelapa.. kuih lama yang masih dihidangkan waktu raya di beberapa tempat di Johor dan Melaka 



 pelbagai warna dan jenis kek lapis.. daya penarik meja hidangan

Batu Seremban

Cantikkk  tak .. tetiba shj terjebak dgn permainan budak-budak ni... Segalanya bermula bila kena handle permainan batu seremban sempena Karnival Sivik 2013, SMKRP Klang

Cari online jumpa blog Umiecah.. order di JB dan tak lama lepas tu  dapat.. puas hati dgn jahitannya kemas tetapi saiz yang dibuat agak terbesar.. jadi aku jahit semula guna kain baru ikut saiz tangan budak- budak form 1 & form 2 yang jari dan tangannya comel2.



Langkah menjahit batu seremban bermula ...  gunting kain, jahit kelongsong guna mesin, masukkan batu akuarium yang bersaiz paling kecil dan akhir sekali jahit insang pari. .. tak boleh isi batu penuh-penuh nanti keras dan tak sedap dipegang. Orang dulu-dulu biasanya guna kacang hijau tapi.. tak baik tau makanan dilambung - lambung dan lagi kacang hijau bila dah lama akan keluar bubuk.









.. akhirnya dapat 35 set (175 biji) batu seremban yang cute & colourful




peserta pertandingan  .. semuanya comel-comel dan kanan sekali adalah johan pertandingan batu seremban sesi petang ..  tahniah


ini adalah peserta2 yang kecewa .. tak apa, tahun depan ada lagi




Terima kasih .. guru-guru yang sama-sama menjayakan aktiviti ini sehingga ianya dapat berjalan dengan lancar dan terkawal.., Pn Kamsiah Hamzah, yang agak cerewet dengan peraturan.. tak boleh macam tu , tak boleh macam ni.., Pn  Noor Fadhilah Senin, Pn Anida Md Jelani, Pn Nor Zarina Abd Radzak.. dan 2 lagi pemerhati suka-suka Cik Nur Hamizah Aziz & Ustaz Sabri.