"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label lizFamily. Show all posts
Showing posts with label lizFamily. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Myriad of colour in Hari Raya

Suasana hari raya idul fitri tahun ni sama macam tahun-tahun sebelumnya ... yang beza sedikit ialah jenis kuih raya .. so tempting 


Kuih tradisional.. kuih goyang atau kuih bunga ros yang diberi nafas baru 



Candy kelapa.. kuih lama yang masih dihidangkan waktu raya di beberapa tempat di Johor dan Melaka 



 pelbagai warna dan jenis kek lapis.. daya penarik meja hidangan

Sunday, November 18, 2012

Kem Tahsin Al Barakah - aktiviti cuti sekolah

Target utama cuti sekolah kali ni....hantar Sofi sertai Kem Tahsin ke 20 Ustaz Kazim. Ada 3 sebab kenapa pilih kem ini :
1.  dia suka sangat dengar ceramah ustaz Kazim dan teringin nak tengok ustaz secara live
2.  nak tau keadaan pondok alBarakah... sebelum ni cuma tau dari ceramah dan online
3.  nak ajar Sofi berdikari... sebelum ni dia nak sgt  form 1 tahun depan duduk hostel...jadi try duduk sini dulu seminggu putus hubungan terus dengan ibu abah

Keluarga dilarang masuk ke hostel...cuma boleh berada setakat surau dan dewan shj...mungkin sebab biasanya parents ni banyak karenah,padahal anak tak ada apa pun...




persediaan ... macam lama nk duduk satu semester  ..benda yang kena bawa: baldi untuk basuh baju, berus dan sabun buku, sepit kain, bantal, alas katil, selimut, kasut sukan dan pakaian secukupnya...h/phone dan gadget hiburan  tidak dibenarkan sama sekali....kucing??? terpinga2 dan  tertanya2 ..."abang hensem nak ke mana...tak pernah berkemas macam ni?"...Tengok yang hitam tu....hanya mampu mengintai dari jauh.




baru sampai ....
Ibu : apa perasaan Sofi?
Sofi :  "besttttt sangat"...excited
Ibu : (aku tau excited sebab first time bawak beg peti abah... he3)





sebak, Sofi tak pernah tinggalkan ibu lama cam ni ...
Semoga Sofi jadi anak yang soleh, cerdik dan anak yang bertaqwa
"Sesungguhnya ya Allah, kau telah memberiku dia satu-satunya amanah yang terbaik..dan sekiranya dia tersilap langkah, akulah yang salah mendidiknya...moga dia sentiasa di bawah peliharaanMu..."



taklimat & pengalaman peserta sebelum ni...disampaikan oleh Cikgu Bob, lawak tapi agak garang




banyak kucing kat sini....semuanya bersih & comel terutama yang ni...semua orang pegang dia ....rasanya  dia perasan glamour



singgah bermalam di Taiping ...hotel baru ....baru 4 bulan beroperasi...rate lebih kurang dengan tempat lain tapi ruang bilik sangat2 luas dan selesa link




Sketch 1 by hubby .... bagi masa 1 jam, sementara aku window shopping di Ipoh Parade sebelum balik



Sketch 2 .... bangun tidur dia terus pergi Lake Garden sementara aku buat kerja sekolah kat bilik hotel ....aghhh banyaknya kerja



tengok tech deck ni....teringat dia....balik rumah tengok baju, meja tulis, buku cerita, pinggan makan... semua benda.... sedihhhh ...aku tak lalu makan, tak lalu nak shopping, tak keluar rumah,  .....mengira hari bila nak ambik dia




17.11 2012  jam 11.30 am ambil Sofi balik  ... dapat tengok muka dia setelah seminggu tak jumpa ....redup dan sayuuuu




Ibu: apa perasaan sofi?
Sofi: nanti Sofi cerita
Ibu : nak duduk sini lagi
Sofi : ....X nak
Ibu : kenapa X nak
Sofi : Sofi ingat ibu abah waaaaa....aa...
Ibu : ha sekarang nak duduk hostel lagi tak?
Sofi : X nakkkk ....
Ibu : :)
Pengalaman dan pengajaran yg dia dapat hasil sertai kem tahsin ini :
1. Dengar cakap ibu (abah dia tak sebut pulak)
2. Fikirkan harapan ibu abah
    (dia menangis 2 hari bila dengar ceramah tentang ibubapa oleh Ustaz Mohd Nor & ustaz Mokhtar)
3. Kerja sama
4. Rukun solat yang betul, solat sakit, pengurusan jenazah dan banyak lagi
5. Berdikari (semua dia buat sendiri....ada lagu pulak tu...tepuk2, bukak2, cuci2, bilas2, sidai2, angkat2, gosok2, lipat2, masuk2 ...Alhamdulilah"



suka...dapat signature dari Ustaz Kazim.... untuk kem kali ni, 5 kali dapat bersama ustaz dengar ceramah...katanya ustaz tegas, agak garang tapi kelakar dan suka nyanyi ..." sedap ibu suara ustaz.. macam2 lagu"




kucing yang sama masa baru sampai dulu... selamba je dia baring2, golek2 depan orang..... rupanya Sofi cerita banyak kucing kat sini... ada opah yg control kucing2 ni...Opah akan pastikan kebersihannya,  tak ada org yang dera kucing, leraikan bila kucing bergaduh, kalau nak keluar kena ada guard & mcm2 lagi.

Sofi cerita lagi kat sini ada ramai opah...bila panggil Opahhhhh...nanti semua opah2 kat situ nyahut ....yaaaa. Rupanya di sini Ust Kazim juga memberi perlindungan kepada org2 tua yg tiada rumah...menngaji dan bekerja di sini....membantu kesempurnaan dan perjalanan Pusat Pendidikan Al Barakah dan paling best sekali ada Opah Guard....garangggg

Selain pondok moden ini,  di al Barakah juga mempunyai 1000 orang pelajar merangkumi tahfiz, sekolah agama rakyat, rumah anak yatim, rumah org tua, penjagaan homodialisis dan lain lain lagi link.. betapa besarnya tanggung jawab dan pengorbanan ustaz Kazim dan Al Barakah....moga sentiasa mendapat rahmat atas usaha beliau dan sama - sama lah kita membantu anak2 yg memerlukan ini.

Monday, August 27, 2012

Balik kampung ..1433 Hijriah

Cuti aidilfitri,  ... Jumaat, mulakan perjalanan ke Kota Bharu melalui Grik-Jeli...Selama ni ikut Karak Highway - Gua Musang selalu jam .Kali ni ikut utara... X jam langsung.. Alhamdulillah, perjalanan aman dan relax



Sgt sejuk...lebih sejuk dari CH...singgah sekejap di R&R Titiwanggsa utk berbuka puasa


nikmat...walau berbuka dgn maggie cup jer


iftar akhir di Kota Bharu.... sedappp sengoti (bhs kelate)...Berek 12


hidangan biskut raya dan kek keladi di pagi Syawal...


2 Syawal...Kuzi Kambing....ada sorang jer cucu pompuan kecik yg balik kali ni....apapun X de masalah ...semua cucu lelaki Che boleh diharap

ni cucu tukang masak ...sekarang ni jadi tukang rasa jer


Semua putih....2 Syawal, perjalanan balik JB...singgah di masjid Sultan Ismail, Marang, Terengganu


gerai kepok dan ikang masing di Marang, buka sampai lewat malang....singgah beli sikit- sikit

bermalam di Kuantan.....singgah jalan2 di Pekan


breakfast di hotel sebelum teruskan perjalanan balik JB

3, 4 dan 5 Syawal ...Raya di JB



Kopi asli Muar


sgt kaw kaw kopi ni...X sesuai utk aku, terus pening kepala


musim duku...manissss ....sepanjang Jln Tanjung Agas, Muar. Aku X sempat turun kereta lagi Apek ni  dah bagi rasa...beli 3 kg ..Apek ni kata " makan2 dlm kereta dan ambik ni beg plastik lain utk isi kulit"


singgah menunaikan kewajipan... tpt rehat kawasan paya Kesang, Muar



antara Seni Bina Rumah Johor yang masih ada di Muar


laluan menghala ke Banda Hilir...nama gerai lemang tersusun ikut pangkat dlm keluarga....tapi lupa pulak nk tanya semua ni adik beradik ker


singgah menunaikan kewajipan di Masjid Kampung Kling, Jalan Tukang Emas ... Masjid Bersejarah di Bandar Melaka link


setiap kali ke Banda Hilir,  mesti cari kedai t shirt ni ...fabrik material sgt berkualiti dan designnya tersendiri ....... by StanleyChin, ex student architecture link
5 Syawal bermalam di Melaka
6 Syawal balik Klang
7 Syawal kemas rumah...orang nk beraya...Salam AidilFitri

Saturday, March 3, 2012

WTF Grading

... masa kecik masuk ITF bila tukar WTF.... kena mula semula...saingannya semua budak kecik2...X pa laa Sofi... dpd ibu, nak join selfdefense class ... semua tpt X nak terima... "dah terlambat laa kak" .... hmm padahal diorang belum tengok kemampuanku menendang lagi ...Hezzz!!! (bunyi taekwondo)

Monday, December 12, 2011

Cuti sekolah ... Qmaths

Daftarkan Sofi Program QMaths di Bangi untuk kukuhkan dan memantapkan lagi skil dlm Matematik ... "Cekap & Cepat"

ANTARA CONTOH TEKNIK PENGIRAAN PROGRAM QMATHS

Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.

Contoh: 
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9 
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9 
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
 dan seterusnya…..


2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:

contoh 1: 
22 x 9 = ? 
buat pendaraban 2×9 dahulu =18 
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi 
Maka 22 x 9 = 198


contoh 2: 
33 x 9 = ? 
(3 x 9 = 27) 
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi 
Maka jawapannya 297


Bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?

Contoh1: 
222 x 9 =? 
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18 
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi 
Maka 222 x 9 = 1998


Contoh 2: 
333 x 9 = ? 
darabkan 3 x 9 = 27 
Selitkan 99 di antara jawapan tadi 
Maka 333 x 9 = 2997


 ... sedang menunggu kelas bermula

Sunday, December 11, 2011

PPAS ... bhgn 2

sambil menyelam minum air .... buat research utk thesis sambil merasai pengalaman menggunakan digital library


mentelaah ...kejap jer tu...X  tahan godaan nk join bebudak lain main digital game




buku kat bhgn kanak2 ...sgt2 interesting ... rasa mcm nak baca semua...apa taknyer, gambar banyak dan  colourful, tulisan besar, graphic cantik... kalaulah ada buku org dewasa camtu mesti X mengantuk masa membaca




digital storytelling ... parents pun ikut sekali .... memang best




persembahan nyanyian kanak2.... 5 stars sound system




I Step, ... main bola sepak digital




bersama Usamah(Thn 2), baik budi.... pernah bagi duit RM1.00 pada Sofi, ... masa tu Sofi stayback sampai pukul 7.00mlm dan kehabisan duit belanja... Tq, Usamah




bersama kembar 4....berbaju biru Harimau Malaya




Book Review 3 borrowed by Sofi




Kiri : Kisah kehidupan gorila di hutan bermula dari saat dalam kandungan hingga dewasa dan akhirnya gorila ini diburu malah ada yang dibunuh kejam oleh pemburu haram.
Kanan : Fakta tentang ubi kentang, ciri tumbuhan, cara penanaman, khasiat, penyakit, cara pemilihan dan paling menarik masakan mudah berasaskan ubi kentang. (Rujuk:  http://lizjournal-lizstudio.blogspot.com/2011/12/fakta-ubi-kentang.html


Thursday, December 8, 2011

... kembali padaNya jua

sahabat Rasulullah ada bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

... sebak bila tortoise peliharaan pertamanya terkulai dan mati... dia tidak mampu berkata2 hanya kesedihan jelas terbayang di wajahnya.



arwah tortoise ni diberi nama LaLa, ada sekor lagi BiBi (bukan bibik ya ...) tapi dia kurang suka sbb penakut. Walaupun sedih dia rasa puas hati dpt bawa LaLa balik kampung baru ni ..."kalau tinggal, nanti X de sape nak bg makan" katanya
Abah Sofi pernah kata " kalau dia dah X ada suatu hari nanti, dia akan ingat Sofi, dia tahu Sofi sayang dia & pernah bawa gi jalan2


... dia X sampai hati nk buang mayat LaLa ni....dia gali kubur bawah pokok limau purut




proses pengebumian hampir selesai




tinggalah BiBi sekor.... tengok tu mcm manalah Sofi nak suka... nampak org je terus menyorok, X mcm arwah LaLa



aku cuba juga nak ubati hatinya yg lara ...
dia suka jeep, aku belikan Jeep wooden toy, tapi tengoklaa tu...dia X ada mood


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, 1bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Dpd bahagian yg satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri".(Hadis riwayat Bukhari)