"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Kerja Cikgu Liz. Show all posts
Showing posts with label Kerja Cikgu Liz. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Kenangan Kelas Meroti

Aku suka makan roti, nak belajar buat roti dan dah belajar pun dgn Nomie Aziz...  tapi nak buat sendiri ... hmmm... sampai ke hari ni tak pernah buat lagi, belum sampai seru.. tapi In Sha Allah akan buat juga satu hari nanti. Terima kasih Nomie Aziz.

Gambar-gambar bukti aku pernah masuk kelas meroti.




 

Kek Carrot dan Kek Coklat Moist

1 st time belajar buat kek berguru... belajar 2014 tapi baru sempat upload hari ni.. selama ni buat kek main bedal jer, kadang jadi kadang - kadang tak jadi.. Cikgu kek ni memang best , Nomie Aziz pakar kek lapis.. tapi aku tak belajar buat kek lapis sebab tak berapa sabar nak menyusun kek cantik-cantik..aku belajar buat kek carrot marvellous, lembab dan krim cheese yang superb dan kek coklat yang juga super sedappp .. resepi tak boleh post kat sini sebab .. harap maklum kena minta izin dari tuannya.. so aku cuma boleh tayang gambar proses sahaja. Terima kasih cikgu..








 

Sunday, September 21, 2014

Pito Sejarah pencetus segalanya


Cuti sekolah November hingga Disember  2013... Kursus tambah opsyen... PITO Sejarah... woww terus jatuh cinta dengan Sejarah... pengisian dari semua lecturer .. sangat menusuk sanubari.. maksudnya sangat - sangat berkesan ..  TAHNIAH dan Terima Kasih tidak terhingga kepada lecturers yang hebat ini ... Dr Ahmad Zainuddin Husin, Dr Hayati Hasan, Dr Baharuddin Jabar, Dr Ishak Saat, En Mohd Kamal Kamaruddin, En Yunus Sauman, Dr Rabaah Abdullah, Dr Khairi Ariffin dan Dr Adnan Jusoh.

... mula berkenalan dengan subjek Sejarah darjah 4, 1982, ketika beumur 10 tahun ... antara sillibus masa itu tentang Tamadun Dunia Babylon, Mesopotamia,  Sungai Euphrates dan macam-macam lagi... hahhh suka-suka suka... sebab jumpa nama pelik-pelik .. sehingga ke Darjah 6, 1984.. semakin suka ... belajar tentang Melaka jumpa nama pelik lagi Alfonso de albuequerque.. ditambah dengan guru yang cute, Puan Khadijah Abdul Wahab, guru sejarah SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru .. 

Minat terus semakin mendalam bila aku ikut lawatan sekolah ke Melaka... bermalam di rumah Melaka, di rumah guru favourite Matematik, Cikgu Khalid Thakim.. seronok tak terkata .. maklumlah first time pergi lawatan .. umur 11 tahun ..Sampai ke hari ini kenangan lawatan pertama .. tak boleh dilupa.. masih terbayang-bayang mandi kena pam air dulu, makan makanan yang mak cikgu Khalid masak, tidur bersepah-sepah beralaskan beg baju, beli cenderahati kereta lembu, tengok perigi Hang Tuah ..  emmm nostalgia.. semua tinggal sejarah.

kesinambungan di sekolah menengah..  aku cuma ingat Puan Raminah guru sejarah Ting. 3  yang juga cikgu disiplin ala ala brutal namun berkobar - korbar mengajar.. sehingga aku jadi ikut terkobar sama... tapi malangnya habis SRP (sekarang PT3).. semuanya terhenti ... sebab tingkatan 4 aliran sains ketika itu tiada subjek Sejarah.

tak disangka.. aku jadi seorang guru.. mengajar Pengajian Am  yang berkaitan dengan Kenegaraan seketika.. .. minat itu timbul kembali sehinggalah kini .. dengan lesen PITO aku mengajar Sejarah ... walaupun kini hanya di menengah rendah tapi aku tetap berkobar-kobar... ingin kukukuhkan jati diri anak didikku dan tanamkan kepentingan Sejarah kepada mereka kerana "Sejarah itu  boleh berulang jika ia tidak dijadikan iktibar". Walau setinggi mana pun kerjaya kita,  sejarah itu tetap bernilai .. bermula dengan skop yang kecil iaitu sejarah diri, sejarah keluarga, sejarah negara seterusnya sejarah tentang dunia... banyak iktibar yang boleh diperolehi melalui pengetahuan luas tentang SEJARAH.


 classmate dan Dr Hayati Hasan
 
 
 
 
lebih kurang 10% sahaja sumber rujukan dalam Bahasa Melayu ... selebihnya in english.. jadi penguasaan dalam Bahasa Inggeris penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang Sejarah.
 
 
 
 
bilik semasa kursus... makan online, online makan... semua assignment online  ... tu jer kerja sepanjang 2 bulan ... nak hantar assignment ... bersepah... fungsi katil dan meja tak ada beza.
 
 
 
 
 roomate Norhana Khalid ... terbaikkk
 
 
 
 
sepanjang kursus ... makan cukup... sedap pulak tu ... ada elaun tak ingat berapa belas ringgit sehari..
 
 
mi goreng , nasi lemak sedap ... inilah breakfast harian di sini ...  tak ingat nama gerai, lokasi depan main entrance UPSI
 
 
 
 
kemaruk Tutti Fruitty .. tak jemu2 .. makanan masa stress 1
 
 
 
 
sesekali layan ini ... makanan masa stress 2... assignment teramatlah banyak.. makan pun banyak
 
 
 
 
Hana belikan Tq Hana luv u ... makanan masa terdesak ... masa itu emas... assignment, submission, presentation
 
 
 
 
hari-hari terakhir ...  menyambut hari lahir Dr Haryati. Terima kasih Dr.

Monday, September 16, 2013

Batu Seremban

Cantikkk  tak .. tetiba shj terjebak dgn permainan budak-budak ni... Segalanya bermula bila kena handle permainan batu seremban sempena Karnival Sivik 2013, SMKRP Klang

Cari online jumpa blog Umiecah.. order di JB dan tak lama lepas tu  dapat.. puas hati dgn jahitannya kemas tetapi saiz yang dibuat agak terbesar.. jadi aku jahit semula guna kain baru ikut saiz tangan budak- budak form 1 & form 2 yang jari dan tangannya comel2.



Langkah menjahit batu seremban bermula ...  gunting kain, jahit kelongsong guna mesin, masukkan batu akuarium yang bersaiz paling kecil dan akhir sekali jahit insang pari. .. tak boleh isi batu penuh-penuh nanti keras dan tak sedap dipegang. Orang dulu-dulu biasanya guna kacang hijau tapi.. tak baik tau makanan dilambung - lambung dan lagi kacang hijau bila dah lama akan keluar bubuk.









.. akhirnya dapat 35 set (175 biji) batu seremban yang cute & colourful




peserta pertandingan  .. semuanya comel-comel dan kanan sekali adalah johan pertandingan batu seremban sesi petang ..  tahniah


ini adalah peserta2 yang kecewa .. tak apa, tahun depan ada lagi




Terima kasih .. guru-guru yang sama-sama menjayakan aktiviti ini sehingga ianya dapat berjalan dengan lancar dan terkawal.., Pn Kamsiah Hamzah, yang agak cerewet dengan peraturan.. tak boleh macam tu , tak boleh macam ni.., Pn  Noor Fadhilah Senin, Pn Anida Md Jelani, Pn Nor Zarina Abd Radzak.. dan 2 lagi pemerhati suka-suka Cik Nur Hamizah Aziz & Ustaz Sabri. 

Sunday, July 7, 2013

Aktiviti 5 : Kelab ERT (Petang) SMKRP Klang

Aktiviti terakhir Kelab ERT (Sesi Petang) 2013 sebelum tutup buku persatuan. Alhamdulilah semuanya dapat dilaksanakan mengikut apa yang dirancang dengan kerjasama ahli persatuan yang dipilih Nurin, Nabilah, Syazwani Shahida dan Saqina. Terima kasih juga untuk Anida Mohd Jelani yang sama2 menjayakan aktiviti terakhir ini  iaitu "Khidmat masyarakat kepada pelajar Baitul Hasanah"

2 sajian ini dipilih semata-mata untuk menggembirakan hati pelajar yang menerima...Tiada apa yang dapat disumbangkan oleh kami, diharap kecomelan apam ladybird & bee serta keranggupan sosej roll dapat memenuhi selera semua.

Apam ini ditempah khas dari Madihaa. TQ , semua suka dengan hasil air tangan Madiha. InshaAllah lain kali nak order lagi..


Sosej roll, hasil air tangan ahli kelab dan guru .. makan 1 memang kenyang.. pandai budak2 ni buat memang  perfect..

Kelab ERT .. fun learning activity


Terima kasih semua.. tahun depan join kelab ERT lagi ok

Sunday, March 3, 2013

Aktiviti 1 : Kelab ERT, SMKRP Klang

"Western Delight" , aktiviti pertama untuk tahun ini ...  Baked Macaroni dan trifle ... try dulu kat rumah baru rasa confident nak mengajar budak2... siap buat perjanjian awal .. "walau apa pun rasa dan bentuk kejadiannya  korang kena makan tau"



  
bau baked macaroni ... masa dalam oven memang menguji kesabaran perut student aku ... mana taknya diorang belum breakfast lagi ... Alhamdulillah menjadi dan licin semuanya. ... resepi  trifle link  TQ hananoney  dan makaroni bakar seperti di bawah.

Bahan:
1 paket (400gm) macaroni
1 paket daging cincang (guna ramly burger)
1 tin cendawan butang - cincang
1 biji capsicum hijau - dadu kecil
1 batang carrot - dadu kecil
1 labu bawang besar - dadu kecil
4 biji telur ( pukul kembang , 2 bj dpdnya dicampur dgn 1/2 kotak susu segar)
3 ulas bawang - putih hiris halus
1 kiub pati ayam
3 sb sos cili
sedikit serbuk lada hitam, garam, oregano dan parsli
1sb margerin
sedikit mayonis

Cara :
  1. Panaskan oven 170 darjah C dan sediakan loyang yang disapu margerin supaya tidak melekat
  2. Panaskan kuali, masukkan margerin, tumis bawang besar, bawang putih  dan kiub ayam sampai wangi.
  3. Masukkan daging cincang, sehingga separa masak
  4. Masukkan cendawan butang, capsicum dan carrot
  5. Masukkan sos cili, taburkan serbuk lada hitam, oregano, parsley dan sedikit garam
  6. Tutup api, gaulkan dengan 2 biji telur tanpa susu - supaya macaroni melekat
  7. Masukkan dalam loyang, tekan sedikit, sapukan sedikit mayonis di atasnya
  8. Tuangkan 2 biji telur yg dicampur susu segar
  9. Taburkan cheese menutupi bhgn atas  (guna cheddar dan mozarella) dan akhir sekali tabur sedikit oregano
  10. Bakar sampai agak perang.

Saturday, February 9, 2013

Friday, November 9, 2012

Pengesahan Pendaftaran Sekolah SMKRP

Hari terakhir ..... tapi tugasan belum berakhir

" The man who does not work for the love of work but only for money
is not likely to neither make money nor find much fun in life"
 .....Charles M Schwab

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya"
.....Prof Dr Muhaya

 Jadi... jika ingin keberkatan sumber rezeki dan kehidupan ....kena ada sifat Ikhlas ..
."enjoy the work with funnnn" .......I have to do it !



selamat datang.... "Masa depan anda akan bermula di sini"



Petugas kaunter , antaranya Pn Juhaida, Pn Ajura, Pn Noor Fadhilah, Pn Nurul Huda dan Pn Nor Azlinei.... menguruskan pendaftaran pelajar



 Ustazah Suaibah dan Pn Anida .... kaunter untuk kes " orang yang baru turun dari bot" he he he...




berbincang mengisi borang pendaftaran... ada juga yang tidak tahu alamat rumah..ish ish ish





Cik Mahfuzah  & Cik Nur Hamiza..... suka betul dah selesai ... nak cepat balik sebab ada plan baik lepas ni.."Cik" laa katakan




dah menyelesaikan tanggung jawab  ..... tahun depan sekolah sini...jangan nakal2

.... dan aku mana???  ...tiada ... sebab bahagian aku... Penyediaan tempat dan perlabelan ...kerja sebelum buka kaunter dan tutup kaunter..."I enjoy my work and it is funnn"
 

Wednesday, October 24, 2012

Catur SMKRP Klang

 " Cikgu bila nak lawan"...." Cikgu bila kita wat pertandingan" ......"Cikgu, nanti bagi tau saya ya".....aduhaiii budak2 ni...Setelah diasak dan didesak .. akhirnya dapat juga adakan pertandingan catur  ini..Bukan tak nak buat...pasti akan buat tapi masalah kekangan dan kesesuain masa...Akhirnya waktu cuti PMR dapat juga dilaksanakan dengan aman, tenteram tanpa gangguan dan sangat lancar....bersyukur dapat rakan penasihat Noor Hazliza Mohd Nor yang sangat2 best...bersama2 buat segala-galanya. Peserta pertandingan pun sangat ok mengikut peraturan dan tertib..... tahun depan macam nak buat pertandingan cam ni kat luar jer....sambil menyelam minum air ..  

3 jam berentap dr 2.00 hingga 5.00 pm



Nurul Saadah ...top 10 Daerah Klang...orangnya pendiam...tapi hebat




beberapa guru joint sekali....Ustad ni, catur boleh...bowling pun boleh



tak boleh fokus budak2 ni ... ustazah Rosni membebel " cuti ni cikgu suruh duduk rumah study... nak exam, tapi datang main chess pulak"




 suka masuk kelab catur... terkawal...banyak termenung tapi berfikir




penutup aktiviti Kelab Catur 2012....majlis penyampaian hadiah yang ringkas sebelum masuk kelas...TQ Cikgu Kanafi dan tahniah semua 



bakat-bakat baru dapat dikesan, untuk calon Catur Daerah Klang 2013



Friday, October 19, 2012

Kuiz KHB ... Pulau Indah

6.30 am dah keluar rumah ... menuju ke Westports Pulau Indah ...menyertai kuiz perdana KHB Daerah anjuran SMK Pulau Indah Klang. Perjalanan agak jauh dengan banyak lori kontena seperti merempit laju. Semua kenderaan langgar trafik light ... aku pun langgar  jugak... aduhai... bertambahlah saman aku yg sekarang ni dah 4 angka ...nak buat camna ... tak pasal2 berhenti lampu merah habis kena hentam dari belakang.... apapun redha jer laa


persediaan pusingan awal kuiz


Ezzaq dan Imran pelajar yang sangat baik dan maintain A setiap kali ujian, exam atau sekadar latih tubi sejak dari Form 1 ... apa pun bukan rezeki kita ....cgu tahu semua telah cuba sehabis baik namun ada yang lebih baik dari kita




terakhir ... tahun depan cuba lagi dengan cgu lain pulak





Monday, October 15, 2012

DIY Bow Ribbon

"curiosity leads to knowledge"........ sanggup bersengkang mata semalaman utk belajar buat bunga reben ni dr youtube... akhirnya menjadi..yeeaahhh...


Tugasan : AJK Hadiah KGK 2012.
...lepas ni X payah lagi beli bunga ... beli ribbon jer ... gulung2 dan dapat byk...boleh buat mcm2 saiz dr kecik molek sampai besar gajah...save cost, sesuai utk keja yg byk function mcm kat sekolah....ada yg berminat buat tempahan atau 5 minutes short course ...sila hubungi lizjournal... he he he



Saturday, July 14, 2012

Cook Like A Chef

Alhamdulillah...siap semua pentaksiran Kerja Kursus PMR 2012 kelas 2M...masak-masak sebelum Ramadhan adalah kerja kursus yg terakhir ...lepas ni boleh concerntrate utk final exam setara ... moga dapat 19 A KHB Pil.1...InsyaAllah


...mungkin ini kenangan terakhir cg bersama Fatihah, Ain, Ezaq, Aidil, Adib Syed Omar, Mai, Akma, Izzat, Eiza, Asmah, Hazimah, Haziqah, Azwa, Ameera, Aina, Aliah, Fatin & Haikal




hebat ... semua buat sendiri dari bawa bahan, sediakan, memasak, menghidang dan makan



gas dan minyak masak ada depan hidangan ... ishh ishh ishhh sampai terlupa nak alihkan



good cooperation ...


betulker sedap...gelap semacam jer




nutritious & yummy...



Cg Mahfuzah, Cg Anida, Cg Marliza dan Ustazah Rosni semua kata sedappppp...tiada apa yg kurang ...marvellous



sukernya... X jemu2 tengok video ni