"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Bingka Pandan

Alhamdulillah.. percubaan pertama .. perfect. Walaupun "angkat bakul" tapi nak citer ini realiti.. dah lah menjadi ... sedap dan lembut  pulak tu... ahaks he he he.. Sebenarnya bukan nak puji diri sendiri TAPI nak beri pujian dan sangat berterima kasih pada tuan punya blog dan resepi http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kuih-bakar-pandan.html atas perkongsian resepi bingka pandan ni. Terima kasih Yatie.



Aku suka guna loyang bulat sebab akan mengingatkan aku masa kecik .. mak selalu buat kuih jenis bingka dalam loyang macam ni.. klasik.



... dan lagi aku saje bagi hitam bahagian atas dan tepinya, sebab kerak yang hitam tu lah yang sedap dan aku juga tak tabur bijan atas kuih ni.. sebab nak nampak macam kuih kampung zaman dulu. Sebenarnya antara penyumbang kepada kesedapan kuih lama selain rasanya.. ialah bayangan nostalgianya semasa makan.. tak gitu.


 

Tuesday, September 24, 2013

Cengkodok Pisang (new version)

cengkodok ni versi moden sebab letak soda bikarbonat, baking powder dan susu tepung .. TQ kakbesah dan resepi  ... husben kata " hmm sedappp nyer". .. maknanya memang betul-betul sedaplah ... sebabnya dia memang seorang yang telusss. ... selalunya dia akan cakap "hmm bolehlah"...

 versi dulu - dulu sedap juga, original.. beza dengan yang ini.. tidak serap minyak


pisang berangan.. bahan utama

Ada lagi resepi cengkodok pisang lembut yang tidak kurang sedapnya, rujuk sini . Tq Mama tuan punya blog.

Sunday, June 23, 2013

Sosej Roll

antara hidangan breakfast yang paling cepat dan senang  disediakan

Kesedapannya bergantung pada sosej yang digunakan... setakat ni dah guna 3 jenis sosej  .. dan yang paling sedap ialah cap nutriplus.. cheese chicken frank ... Tak payah gulung dengan sliced cheese.. dah memang rasa cheezy & yummyyy

Cara membuatnya :
1. Rebus sosej pada air menggeleggak -  dah masak, angkat dan toskan
2. Lenyek roti - sampai nipis sebab bila nipis dia tidak menyerap minyak (guna pelenyek doh karipap)
3. Gulung sosej pada roti, gamkan guna telur dan lumur sekali semuanya dengan telur
4. Golekkan pada bread crumb... berdasarkan pengalaman (setakat ni bread crumb kat kedai Bagus Bakery lebih ranggup berbanding dengan bread crumb lain)
5. Goreng sekejap, belah 2 dan hidang... hmmm senang jer

Wednesday, May 15, 2013

Pulut Panggang Panjang

hahhh.. akhirnya jadi jugak pulut panggang ni.. aku rasa tak dibuat orang buat pulut panggang panjang mcm ni.. request dari Sofi...biasalaah ibu mana yang sanggup tidak penuhi keinginan anaknya.. malas macam mana pun.. kena kuatkan semangat jugak. Dapat siapkan 5 ketul saiz ini.. nak makan kena buka semua daun dan potong-potong bagi pendek..he he he  kalau tak terlentuk-lentuklaaah dia kiri kanan depan belakang.

sekejap jer habis... tengok anak makan... seronok dan dia tak kisah pun rupa kejadiannya .. serunding pulut ni lain sikit sbb resepi warisan dari my mom... rasa pun sebijik sama

Bahan :
1 1/2 biji kelapa parut muda dan putih shj (supaya tak rasa kesat kelapa)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sb udang kering - rendam dulu dgn air panas
7 tangkai cili kering - rendam dulu dgn air panas supaya lembut
3 btg serai - 2 darinya dihiris halus, 1diketuk
3 tangkai cili padi ( ditambah sbb nk rasa agak pedas)
1 inci kunyit hidup
sedikit jintan manis dan ketumbar - goreng tanpa minyak & tumbuk halus
gula dan garam
1 sk asam jawa - bancuh dgn sedikit air

Cara:
  1. 3 sb minyak masak (kalau minyak sikit, serunding akan jadi kering & kurang sedap)
  2. Satukan semua bahan kecuali kelapa, gula garam dan asam. Kisar halus
  3. Tumis bahan, masukkan air asam jawa, dan kelapa parut
  4. Masukkan gula dan garam mengikut rasa. Gaul sampai masak. 

Sunday, February 24, 2013

Apam tak senyum

dah2 kali buat ... tapi kuih apam ni tak nak senyum jugak... ada salah kat mana2 ni.. walau apa pun nak try lagi lain kali

Apapun rasanya tetap sedap .. resepi link.. TQ Azlita Aziz
1 adunan dapat dalam 30 biji

Friday, December 14, 2012

Apam Balik "Semua Lebih"

Aku suka apam balik ... tapi pilih2 jugak...
Tak suka yang dalamnya kedekut, ciput ... macam makan tepung aje ...
Kalau beli masa penjual tengah buat, aku mesti cakap "nak semua lebih"
Mula-mula segan jugak nak minta... tapi bukan minta free... bayar pun lebih ... biasanya cuma lebih seringgit ... tapi memang puas hati

terharu bila anak mula tau apa kesukaan ibunya ... hari ni Sofi pergi pasar malam dan  dia belikan aku "apam balik semua lebih"

Ibu : Macam mana Sofi beli
Sofi : Ofi cakap kat orang jual "Apam Balik Semua Lebih" satu
Ibu : hi hi hi


Inilah dia "Apam Balik Semua Lebih" ... penuh rasa kacang dan jagung yang creamy... hmm mabelesss ... aku punya sorang ni
 
 

Thursday, December 6, 2012

Apam suci

di kala lewat petang ... hujan renyai- renyai ... seorang budak lelaki mengayuh basikal membawa pulang sebungkus kelapa parut putih untuk ........


favourite ibunya ..... Apam suci ... kenapa suci??? sebab...kuih ni all white dan maksud nama budak itu ialah suci. Resepi link

 

Sunday, February 19, 2012

Roti Jala Gulung aka Lempeng

Juadah petang Ahad, first time buat.... X cun, X macam roti jala... ini dah iras lempeng, tapi... X pa... cuba lagi lain kali.
Aku   : abg, jadi tak roti jala ni?
Husb  : jadi....
Aku   : serabut tak ?
Husb : tak...
Aku  : ok tak?
Husb : ok...
Aku  : ??? ( mcm X telus jer jawapan)

Sunday, December 4, 2011

untuk tetamu ... kuih cara

untuk tetamu abah Sofi & lewat petang kawan2 Sofi pulak
... kuih cara berlauk... order dari http://dapurfyza.blogspot.com/. ... TQ Fiza, ...
nak buat sendiri X pandai... puas hati dgn kuih ni ... Sofi bg markah 10/10

Sunday, November 13, 2011

Donut ... plus size

Sabtu, pasar malam Setia Alam.... teringin nak makan donut tp X jual laa pulak....abah sofi gantikan dgn pau giant. ... saiznya besar sama dgn saiz tapak tangan aku. .... walaupun dah makan pau, tp masih teringin2 donut jugak... Hari ni try wat donut ikut resepi dr http://nasron.wordpress.com/about/..... X sangka menjadi dgn jayanya .... TQ En Nasron.
 
 
doh yg dah naik 2 X ganda 
 
 
 
donut separa masak untuk frozen

 
 
hasilnya .... donut plus size.... besar, lembut, gebu dan sihat


Bahan-bahan Untuk Donut  http://nasron.wordpress.com/about/.....
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya
Cara Memasak
  1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
  12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.



  1. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.

Sardin ....

Pernah nampak ikan sardin (ikan selayang)?? haaa... gambar kat bawah ni laa rupa ikan sardin sebenarnya... selalu nampak gambar ikan ni kat tin sardin jer....
http://www.pyroenergen.com/articles/sardines.htm

...tergolong dalam kumpulan yg sama dengan Salmon. ... kaya asid lemak Omega-3 atau 'essential fatty acid' ( EFA) .... Asid ini diperlukan oleh tubuh utk memproses vitamin A, D, E dan K, kerana ia tidak boleh diproses sendiri oleh tubuh manusia .... penting untuk kesihatan mata dan otak terutama kanak2 yg sedang membesar link
... omega 3 juga dapat membantu memantapkan sistem kardiovaskular iaitu kesihatan jantung, mengawal paras kolesterol, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak. link

karipap sardin (orng Johor panggil epok-epok sardin) ...utk makan petang ... senang buat ... cuma leceh nak uli kulitnya, kenapa X de orng jual kulit karipap jer ekk???
Bahan kulit karipap : Tepung gandum, 1sb minyak (dipanaskan), 1sb butter (dipanaskan), sedikit garam - semua diuli dgn air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.

Tuesday, November 8, 2011

Pulut Inti

Pulut, kandungan kanjinya lebih banyak berbanding beras nasi .... sebab itu ia melekat dan melekit. Jika diambil dlm jumlah yg byk, karbohidrat yg tinggi akan menghasilkan kadar hormon serotonin yang tinggi. Serotonin berperanan menyebabkan otak jadi relax, nyaman & akhirnya mengantuk. Manakala, Protein pula dpt meningkatkan hormon tyrosin, yg menjadikan kita alert & cergas. Abul Harith http://fiqhmedic.wordpress.com/

breakfast ... pulut inti, buat utk hr cuti shj... sbb plan memang nak tido ... 

Petua org tua : (hmm ...boleh try ni....)
1. Beras pulut yg direndam 30 min atau boleh juga di sanggai, dikisar & dilumur ke muka atau badan akan dpt mencerah & menghaluskan kulit.

Bahan & Cara masak pulut:
1. Basuh bersih beras pulut, rendam dlm 30 minit, toskan
2. Sukat 1 cawan air = 1 cawan beras pulut
3. Didihkan air, dah mendididh masukkan pulut, masukkan sedikit garam, masak dgn api kecil & tutup periuk masa memasak. (Petua : alas bawah periuk memasak dgn tudung periuk lain supaya pulut tidak berkerak)

Bahan & Cara masak inti kelapa:
1. Masak 1 biji gula melaka dgn sedikit air (supaya mencair & senang dicampur pd kelapa)
2. Masukkan 1/2 kelapa parut (putih shj), tambah gula dan sedikit garam - manis, ikut rasa sendiri
3. Kalau kering, tambah sedikit air. (Petua : Tabur sedikit tepung gandum kalau nak bg inti mcm melekat). 

Monday, July 25, 2011

seri muka ... berlubang

Kuih ni favourite aku dan sofi...tapi pilih-pilih jugak. Kitorang suka yg lembik atasnya dan lembut pulutnya. Lain daripada ciri tu x suker....Second time buat dalam masa 7 jam. First time buat pukul 9 mlm...siap 11.30 mlm, tapi x  berjaya sbb ikut resepi dr blog ***. Pukul 2.30 pagi try wat lagi...siap pukul 4.05 pagi Kali ni ikut resepi dr http://www.myresipi.com/top/detail/1331oleh: NanaSham 
...yeehaa a...menjadiii. Alhamdulillah n Tq NanaSham
seri muka yg X menjadi...keras...tengok !!! sampai berlubang dalamnya...
ha ha ha... terjongkittt pulak tu... X pe ... usaha tangga kejayaan

Haa a... yang ni barulah jadi...menepati ciri2 yg aku suka ... kalaulah
mak aku tau ... sure terharu tengok anaknya.... dah tua baru bole kuih



pewarna original dr pati daun pandan... guna cuma 10 helai jer
tapi terbeli banyak, muat sebaldi... maklumlah first time ... pas ni akan beli
seikat je ...he he he

Sunday, July 17, 2011

cek mek - pompuan gedik

Sabtu pagi 16 Julai... tetiba aku terajin wat breakfast,...sebenarnya ada kerja
utk 2 beranak ni... sebelum aku tinggalkan pergi sekolah, kira mcm  "gula-gula"
utk abah & anak abah  ni wat keja ... hi hi hi ... kerja yg kena buat ialah projek
lipat kain... bukan sikit...berrrlambakkk

sofi tolong goreng "cek mek" dgn berhati2 takut bocor nanti
gulanya terkeluar

cek mek ni kuih kelantan yg dibuat dr keledek, dalamnya ada air gula...
rasanya mcm kuih keria tp kuih keria gulanya diluar...rumours, Cek Mek asalnya
dr pompuan gedik Cek Mek Molek, tapi kuih ni ... apa kena mengenanya..ntahler...
makan jer laa... walaupun rupanya gemuk dan bulat tp rasanya
hmmmm ...  lembuttt sbb keledeknya byk, tepung sikit2 jer...

aku balik lunch .... laaa X siap lagi, ...masyaAllah, 4 jam aku tinggalkan ...baru siap separuh...
Abah   : ehhh!!! ibu dah balik laa ofi
Ibu      : (buat2 trkejut laa tu)
Abah   : kitorang target  nk siapkan sebelum ibu balik, tapi X sempat
Sofi     : ibu , ofi lapar laa...
Abah   : haa ahh la... kesian ofi berpeluh2 dia lipat baju dia.
            Kita nk makan kt mana ni?
Ibu      : ewah ..ewah...cek mek habis..keja X siappp... sibuk nk jalan...
            memanglaaa sah aku kena sambung .. hiiii X sukanya lipat kain....
            hmm cepatlah salin baju kita mkn kat ***

Saturday, March 5, 2011

Raja Apam




... akhirnya percubaan kali ke 7 berbaloi-baloi...dah 6 resepi dan 6 kali buat tak menjadi Tapi kali ni....alhamdulillah...berjaya....TQ ITA, rakanku di Makmal Sains.... bagi resepi ni & kak Kam guru veteran yg memberi perangsang untuk mencubanya lagi.....

Aku bertekad, kalau tak jadi juga kali ni...tak ingin ku sentuh lagi...tu yang macam rasa malas nak buat comel2....guna cawan hidang air...dapat 3 biji.... tak sangka ... menjadi.. sepatutnya kukus 1/2 jam tapi aku telah derhaka mengintainya dalam kukusan sebelum masanya..... keputusannya... kembang, membuak2 dan menggebu2...besarrr giler  hmmmh ... terus aku keluarkan, ambil gambarnya...dan buat kad guna gambar apam tu & sampaikan pada ITA & Kak Kam...tanda terima kasih teramat sangat ...real punya nanti dulu ya.....


Raja Apam (Ita, SMKRP)

1 cawan tapai
(nasi 1 cawan & ragi bulat 1 paket yg dihancurkan dan tapis,  perap 2 hari / sedikit berair. Masa perap tutup rapat)

1 cawan gula pasir
3 cawan tepung beras
3 cawan air
1 paket Eno (bungkus warna biru)


Cara:
1.  Blend tapai, gula dan 1 cawan air.
2.  Masukkan tepung beras dan baki 2 cawan air  - blend lagi
3.  Biarkan / perap semalaman. Amaran & petua : JGN ditengok...
4.  Esoknya - masukkan Eno, kacau sebati - biarkan 10 minit
5.  Panaskan kukusan (betul2 panas - petua nak bagi mekar)


6.  Kukus sehingga masak. Anggaran 1/2 jam...

Friday, March 4, 2011

Kemaruk Sardine Roll

Projek 3.30 pagi...... sardin roll punye pasal....dah pukul 2 pagi...tak rasa nak tido...so gatallll tengok gambar makanan online...ni lah padahnye... terliurrr macam2. Dalam macam2 tu cuma sardin je yg ada dalam stok kat rumah .... apalagi... dah puas tengok gambar ....terus ambik kuali dan bahan2 ..... masak sardin.


bukak fridge... ada butter, buka kabinet... ada pulak tepung ...CaNtiK!!!... uli lah tepung pagi2 buta....tak jumpa cari penguli sebab  tak pernah pakai....tapi macam pernah beli.... tak pa anak lesung pun bole....lenyek, gulung, bakar....SIAP 5.45 pagi.... buat breakfast


Sofi bawa gi sekolah...macam biasa ....suka betul bawa bekal.... haaah ... x cukup !!! ... kawan-kawannya suruh bawa lagi ...mak aiiii....bebudak ni....tak tau yang aku tak tido malam ....kerjakan sardin roll....apapun akan ku buatkan lagi.... sebab aku pun.... SuKaaaa......