Di mana Teluk Senangin?... lebih kurang 30 km dari Setiawan, Perak ... menjadi tumpuan Pertandingan Joran Berita Harian... Keistimewaan Teluk ini, memiliki pantai nan memutih, deru ombak yang deras dan menghadap ke Selat Melaka yang kebiruan. Bermalam di sini sekitar Ogos 2013,.. aku belajar tentang kerisauan hidup penghuni rumah di tepi pantai... senantiasa berada dalam kebimbangan, esok belum menjanjikan apa-apa.. .. tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Pantai putih yang sempit, air pasang mula naik sekitar jam 5 petang.. rasa seronok pada pada awalnya namun berlarutan hingga ke tengah malam... mengundang rasa risau .. ombak kuat menghempas pantai dengan jarak lebih kurang 3m sahaja dari chalet benar-benar memberi aku pengalaman baru.
Antara kemudahan yang ada... gerai jualan kecil-kecilan .. Setiap weekend peniaga ini, ibu dan anaknya yang masih bersekolah rendah akan tidur di gerai sebegini .. dengan suasana malam yang pekat dan sunyi.. boleh mengundang bahaya.. mungkin mereka telah biasa dan terpaksa. Pengunjung yang tidak bermalam boleh mandi di sini atau di tandas awam Majlis Daerah Manjung.
pemandangan indah dari chalet.. hampir senja
hidangan malam, di Teluk Muroh.. keluar dari Teluk Senangin.. hujan lebat, balik ke chalet lebih kurang jam 11pm dengan jalan sunyi sepi dan persekitaran ladang kelapa sawit kiri kanan ... seram jugak he3...
Chalet rumah kampung nelayan tempat aku bermalam, sewa RM 120.00.. Ada banyak lagi pilihan chalet baru dengan harga anggaran RM 100.. tapi kebiasaan weekend.. tiada pilihan
Subuh jam 3pagi .. belum tidur dan masih tak boleh tidur.. mengambil angin laut yang nyaman, air dah mula surut .. sambil tengok orang tangkap anak ketam.
awal pagi lebih kurang pukul 7 lebih .. breakfast di sini sebelum meronda di sepanjang pantai.. ada lebih kurang 2 km .. exercise
Aktiviti pagi dan pemandangan ....
Hasil kutipan Sofi di pantai.. cantik, tapi tidak berani nak bawa balik
2 comments:
43Salam, sis, boleh tau chalet apa yg sis stay kat teluk senangin ni..nampak menarik suasana dia. boleh antar message tak ke FB Senorina Fiza
salam.. saudari.. boleh tolong share name chalet tu tak ye.? email
nurulhidayah.mp@gmail.com
terima kasih :)
Post a Comment