"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Senibina Rumah Allah. Show all posts
Showing posts with label Senibina Rumah Allah. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu

Masjid ini siap sepenuhnya pada Dis 2011 bagi menggantikan Masjid Raja, Chendering. Kenapa Masjid Raja???...sebabnya ialah mengikut sejarah, masjid lama (1951) adalah wakaf dari Tengku Sri Wa Raja Tengku Abdullah. Beliau telah menghadiahkan salah sebuah rumahnya untuk dijadikan masjid bagi menampung jemaah yang bertambah pada masa itu. Tanah pula adalah wakaf dari Allahyarham Che Dagang link dan link

 ada kesedihan berlaku di sini apabila Masjid Raja yang bersejarah sebelum ini telah dirobohkan sama sekali. bagi menempatkan masjid yang indah ini...bagaimana dengan amal jariah dan usaha orang terdahulu sebelum ini... adakah akan terputus amalan itu...Wallahualam link


 Masjid ini dinamakan Masjid Sultan Ismail, iaitu YDA ke 4 yang juga Sultan Terengganu yang ke 14. link


 indah ...courtyard di perkarangan dalam masjid




tempat mengambil wudhu'


bahagian luar tandas masjid






  pintu kayu rumah tumpangan masjid


Monday, September 3, 2012

Masjid Kampung Kling, Melaka


Menurut sejarah, masjid itu dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim pada 1748 semasa era pemerintahan Belanda...menyerupai senibina masjid di Sumatera dan mempunyai pengaruh Hindu, China dan Melayu Melaka  link.  Menara masjid pula seakan bentuk pagoda

Masjid kedua tertua di Indonesia yang terletak di Sumatera Barat, design hampir sama dengan Masjid Kampung Kling...dibina pada 1599.

 
Pintu gerbang di laluan masuk utama



Pandangan dari pintu masuk utama


Pandangan sisi masjid....walaupun nampak uzur tapi di dalamnya agak bersih



Tempat ambil wudhu' berunsurkan Arab, menggunakan kolah yang besar. Bersebelahan kawasan masjid ini terdapat tanah perkuburan lama. Antara  tempat persemadian keluarga Munshi Abdullah. Siapa Munshi Abdullah??? ...Dia adalah Bapa Kesusasasteraan Melayu Moden link
 
 
Ukiran bercirikan Melayu pada setiap bahagian atas tingkap dan pintu


Jubin dari buatan Inggeris dan Portugis

Sunday, January 8, 2012

Senibina Rumah Allah

1.  Masjid Kampung Laut, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan


Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun, turut dikaitkan dgn kedatangan
Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.



Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut
disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara.



Masjid asal di Kg Laut berhampiran tebing Sungai Kelantan yang mengalami
hakisan teruk .... akhirnya dipindahkan ke Nilam Puri seperti yang ada
pada hari ini.


Masjid Agong Demak, Jawa Tengah, antara masjid tertua di Indonesia, dibina hampir sama seperti Masjid Kampung Laut oleh anak Raja Jawa yg menjadi mubaligh Islam di Kelantan ketika itu. Masjid ini bercirikan senibina Jawa dan telah dibaik pulih beberapa kali sehingga yang terakhir pada tahun 1987.Rujuk sumber

















2.  Masjid China Rantau Panjang, Kelantan


 Dinamakan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra



 Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang,
lebih kurang 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.



 Seni binanya amat unik,  menggabungkan seni bina China dan Islam,
menyerupai Masjid Niujie yang  berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.

 
 

Masjid Niujie, Beijing, China, masjid tertua di Beijing, dibangun pada tahun 996 oleh ulama Arab, Nasuruddin pada zaman Dinasti Liao, kemudian diperluas lagi pada zaman dinasti-dinasti Yuan, Ming dan Qing. Rujuk sumber



 Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009.
Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan RM8.8 juta.



Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.





3. Masjid Kayu, Besut, Terengganu


terletak di Kampung Seberang Jerteh, Besut


siap pada tahun 2010, bernilai RM 12 juta, mampu menampung lebih kurang
1000 jemah pada satu-satu masa



menggunakan 80% kayu cengal























Sunday, October 23, 2011

"Masjid Besi"

Lepas lunch di Puchong terus ke Putrajaya, menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di "Masjid Besi" atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Precint 3, Putrajaya . Masjid ini siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Bernilai RM 200 juta dan mampu menampung lebih 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.


... tidak mengikut kebiasaan senireka Timur Tengah sebaliknya gabungan senibina dari Jerman dan China



 ... tidak mempunyai menara seperti kebanyakkan masjid lain. Dibina oleh kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj). Rekabentuk dan senibina masjid ini pula disempurnakan oleh Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang diketuai Ir. Nik Arshad Nik Mohamed


Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid dikemaskan dengan bahan telus cahaya, dikenali sebagai crytallized glass bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.



Pembinaannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.



Mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling” dan sistem pengudaraan terbuka



Pada mihrab tertera nukilan ayat 40-47 surah Ibrahim di bahagian kanan manakala dibahagian kirinya, ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pada waktu malam, dinding tersebut telus cahaya menjadikan tulisannya seolah-olah terapung di udara. Masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport khas dari Jerman dan China



T-Mobile Head Quarter Building -Cologne, Germany
Contoh penggunaan sistem  wire mesh dan  IT-based LED technology seperti di "Masjid Besi"



Kubah masjid ini diperbuat daripada besi keluli tahan karat (stainless steel) dengan jejarinya yang berlekuk


Ruang mengambil wudhu' yang selesa dan moden

sumber :