"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, July 7, 2013

Aktiviti 5 : Kelab ERT (Petang) SMKRP Klang

Aktiviti terakhir Kelab ERT (Sesi Petang) 2013 sebelum tutup buku persatuan. Alhamdulilah semuanya dapat dilaksanakan mengikut apa yang dirancang dengan kerjasama ahli persatuan yang dipilih Nurin, Nabilah, Syazwani Shahida dan Saqina. Terima kasih juga untuk Anida Mohd Jelani yang sama2 menjayakan aktiviti terakhir ini  iaitu "Khidmat masyarakat kepada pelajar Baitul Hasanah"

2 sajian ini dipilih semata-mata untuk menggembirakan hati pelajar yang menerima...Tiada apa yang dapat disumbangkan oleh kami, diharap kecomelan apam ladybird & bee serta keranggupan sosej roll dapat memenuhi selera semua.

Apam ini ditempah khas dari Madihaa. TQ , semua suka dengan hasil air tangan Madiha. InshaAllah lain kali nak order lagi..


Sosej roll, hasil air tangan ahli kelab dan guru .. makan 1 memang kenyang.. pandai budak2 ni buat memang  perfect..

Kelab ERT .. fun learning activity


Terima kasih semua.. tahun depan join kelab ERT lagi ok