"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Monday, May 28, 2012

Kek David

Kek David ....sempena nama pembuat kek ini, seorang mualaf ... first time jumpa, terpegun seketika...sgt fasih berbahasa Melayu. Umurnya mungkin hampir 60 tahun, dah bercucu...telah tinggal di sini hampir 32 tahun...lebih lama dari tinggal di negaranya sendiri di Houston, Texas...TQ to Salina Sally Ted, memperkenalkan dengannya...he is so friendly




untuk makan2 kenduri ...nampak mcm kek coklat biasa... tapi rasanya lain dari biasa...kek butter nya lagi sedapp ... mungkin resepi tradisi dari negaranya.

Perpisahan Sementara

Petang Khamis 28 Mei ...ada jamuan ringan sempena pemergian kakak2 tersayang, kak Kam & kak Tengku ke Tanah suci utk mengerjakan umrah ... hati dah mula rasa sedihhh...macam nak pergi lama

Di saat tangan ini mengetik keyboard, mulut ku X berhenti mengunyah kerepek keladi kak Tengku  ...hhuhuuhu teringat sgt kat kakak yg dua ini......moga sihat di sana, dimudahkan urusan, selamat pergi dan kembali semula bertugas.

Tempahan seri muka pandan dan seri muka berlauk utk jamuan ringan dari http://dapurfyza.blogspot.com/search/label/kuih-muih 

Terubuk Masin Bintulu

Breakfast jam 9.30 dengan ikan terubuk masin goreng halia, nasi panas dan kailan ...Alhamdulillah, walaupun simple tapi sgt2 sedap ikan ni bila digoreng garing ... X perlu risau dengan tulangnya sebab boleh dimakan sekali... semuanya garing ..kruk..kruk

hubby yg masak...resepi dari kawannya (Tq Zulkarnain Ismail)




rupa ikan terubuk masin baru sampai... saiz kecik ni dapat 1 pinggan mcm gambar sebelum

Resepi dan cara :

Hiris nipis ikan, bersihkan dan rendam dengan air garam 1/2 jam...X payah buang sisik
(rendam dgn air garam utk kurangkan masin)

Sediakan bahan hiris :
1/2 labu bawang besar
2 biji lada merah
Halia saiz ibu jari
2 kuntum bunga kantan

Cara :
Goreng garing ikan terubuk... asingkan
Goreng bahan hiris sampai layu
Masukkan ikan terubuk dalam bahan hiris yg dah layu
Gaulkan anggaran 5 minit...siap utk hidang


Friday, May 25, 2012

kek ***


kek *** ...sebab belum ada nama, asalnya order kek lapis asam tapi bila asam haw flakes diragui kehalalannya...try diganti dgn jem.... agak2 nama "kek lapis asam jem" ok kot
Tq...K Mila http://adnazthie-kek.blogspot.com/  sudi buatkan...eksperimen berjaya !!!


 
untuk "adik2 tersayang"... yang suka makan

Sunday, May 20, 2012

sepetang di Pulau Ketam

 Jalan-jalan di Pulau Ketam sambil menghayati & memerhati suasana dan kehidupan di sini...

Remaja Cina : Selamat petang cikgu...
Cikgu           : (senyum)  selamat petang

... seorang rakan pendidik disapa oleh anak muridnya di jeti. .... beradabnya murid cina ini....sebakkk bila memikirkan bagaimana keadaan dan kepayahan rakan2 yang ditugaskan mendidik anak-anak di sini .... 
 
mula beroperasi jam 6 pagi hingga 6 ptg
99% penduduk adalah cina... guru yg berkhidmat di sini kebanyakkan tinggal di Port Klang... berulang alik menaiki bot dlm jangka masa 35 hingga 45 minit...fikirkan bagaimana ...  dan berapa lama mereka  berada di sekolah utk menyiapkan semua kerja ... X mungkin kerja itu dibawa balik ke rumah disbbkan kekangan pengangkutan ...dari jeti mengayuh basikal pula  ke sekolah, macam mana nk pikul barang sendiri atau barang lain utk hari kantin, hr sukan dan pelbagai majlis lagi .. kalau hujan ???... huhhh "pengorbanan guru tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit" (Datuk Alimuddin Mohd Dom, Bekas Pengarah Pelajaran Malaysia)




lunch ... ketam segar goreng cili





Suasana kawasan kedai ... X banyak yg dijual... hanya barang basah, barang dapur, restoran tidak halal, 1 saje restoran melayu, hardware, pakaian ready made, kedai ubat dan makanan ringan.
Moral yg terdapat di sini ialah kebersihan...tidak ada longgokan sampah terbiar di daratan ... 




sebahagian rumah di Pulau Ketam .... persekitaran yang bersih





ada 1 shj bank kat sini dan deretan kuarters polis



ada kemudahan sewa basikal untuk ronda2 di pulau ini



basikal pengangkutan utama....siap ada line utk basikal....



pusat kitar semula pun ada dan stesen minyak Petronas utk isi minyak bot



membawa barangan runcit dengan bot


Pelbagai jenis bot di Pulau Ketam














bot penumpang dari pulau ke Greenway Fishing Recreation





sangkar ikan... utk pasaran tempatan & juga eksport



 .... berebut-rebut nak makanan




tempat memancing, boleh bermalam ... ada kemudahan bilik tidur



bole terlena.... dengan tiupan angin yang kuat




Kailan ikan masin.... ikan kurau dr Pulau ketam


Saturday, May 19, 2012

Mi Bandung Muar

berbulan-bulan lamanya teringin makan mi bandung Muar ni... cuti sekolah Mac lepas barulah dapat menikmatinya...  Alhamdulillah... Kat sini tak tau mana nak cari yang serupa dari segi fizikal dan rasanya...yang ada kat sini sangat2 berlainan...kalau teringin memang kena balik Johor

hmmm sedap sesangat...kelainannya tak boleh nak diceritakan




mula2 cari online lokasi kedai ni.....dan akhirnya jumpaaaa kat Jln Abdullah, Muar




beli 10 buat stok... bukan makan sorang2 tapi bagi kat orang... sekarang tinggal 3 jer...boleh tahan sampai setahun ... Isnin ni nak bagi kat sorang kakak tu (Pn Zalinah Mahmod) ... teringinnn benar dia sampai tak boleh tidur malam


Tuesday, May 1, 2012

Stem Cutting ... Gelagat anak didikku

Stem Cutting, pembiakan anak pokok secara keratan batang....melaksanakan PBS Tg. 1...ajak budak2 gi ladang buat amali pembiakan sambil bersihkan ladang sekali.


sungguh - sungguh memerhatikan sesi tunjukcara keratan.... macam terpegun tengok orng jual ubat



Imran (1D)....membuat demonstrasi ... membuatkan kawan2nya X tutup mulut




Zameer & Yahya (1T) ... sedang memadatkan medium keratan yg disemai




siram, guna tong penyiram cute ... muncungnya halus supaya medium tidak terpercik keluar




akhirnya Amal Amanah(1D) & kawan-kawanya dpt siapkan PBS mengikut kriteria yg ditetapkan
...good girls


Azizi (1T), sgt2 rajin... buat keja tanpa disuruh ... sdg tanam semula benih jagung yg hilang masa banjir
Tq... tolong cikgu betulkan paip air yg tercabut... basah kuyup bersama Hafiz