"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Juadah Pagi Raya Idul Adha

Cuti cuma sehari.. tak balik kampung, jadi kena masak-masak sikit... kalau tak masak macam mana ehh.. mesti Sofi & abah Sofi sedih.. tak rasa macam raya.


Masak Nasi Pilaf Daging Jamaica resepi Chef Wan, tq .Resepi link . Request dari Sofi dan gulai telur.




... dan juadah penghias meja ... brownies cheese kek order dari fyza link, baby mac cookies dari arah link dan anggur dari kedai buah.

Friday, October 26, 2012

Nasi Tumpang Aidil Adha 1433 Hijrah

... tak balik JB atau KB....rasa sangat mcm mak-mak... sebab mlm raya dah mula memasak. Kalau balik JB selalunya mlm raya macam ni lah...masak2... rasa sedih sikit beraya 3 beranak  jer....

persediaan untuk buat gulai udang ... masak lauk malam, esok tinggal masak nasi. Resepi link



malam ... siapkan kelongsong nasi tumpang




persediaan hening subuh .... masak nasi lembik, goreng telur dan serunding daging ready made




akhirnya ...sempat siap sebelum solat Aidil Adha




nasi tupe (tumpang) gulai udang ... Sofi beri 5 bintang




Ini bahagian Sofi buat dessert, suka betul dia...sepanjang hari menyengih sebab berjaya buat fruits tart yg cute dan sedappp


 


Langkah 1: Sediakan tart casing, order dari K.Mila http://adnazthie-kek.blogspot.com/ ... tak payah susah2 buat (sebenarnya tak tau nak buat)...TQ K.Mila, ranggup sepanjang hari



Langkah 2 : Cairkan coklat masak, sapukan sbg alas
Tujuan: coklat akan mengeras, oleh itu akan dapat menghalang kelembapan buah-buahan terkena pada casing yang boleh menyebabkan hilang keranggupannya



Langkah 3: Letakkan kastard (campuran 300ml susu segar, 2 sudu makan tepung kastard, 1sudu makan gula pasir, 1 sudu makan butter & sedikit vanila)... senang kalau guna piping tapi tak ingat simpan kat mana...akhirnya guna sudu kecik


Langkah akhir : Susun buah ikut pilihan dan citarasa sendiri


dan akhirnya siappp .... suka sangat dia



air tangan bujang kecik ....Fruits tart



Saturday, June 30, 2012

Nasi Dagang Abah


Hari ni breakfast merangkap lunch ...chef  masak nasi dagang dan gulai udang...aku pulak balik dr  lat. sukan terus menyapu keliling rumah .. ishh ishh.. dah terbalik kan...sape org rumah sebenarnya ni....nasib baiklah mak mertua aku X baca blog ni...???

dialog di meja makan
Ibu    : sedap ekk abah masak
Sofi   : hmm (bunyi setuju sgt sampai X tercakap)
Ibu    : mana sedap?, ibu masak ke abah masak (saje nak test)
Sofi   : abah...
Ibu    : haaa!!! (eee budak ni, jadi selama ni???... X pa X merajuk pun, cuma
           terkejut sikit jer... jawapan telus seorng anak)
Abah : hehehe



cara masak nasi dagang kelantan...sambal nyior X sempat buat sbb dah lapar sgt....

Wednesday, February 8, 2012

Nasi Kapit

Nasi Kapit... asal Kelantan, rasanya sangat berbeza dengan nasi impit
kuah kacang biasa. Apa yang beza... bezanya ialah sambal kelapa yang dimakan
bersama kuah kacang. Sambal kelapa tu ada resepinya tersendiri X sama
dengan serunding kelapa... First time makan  ... terus jatuh cintan, X jemu2
sampai ke hari ini .... setakat ni hanya ada
di Restoren Hatinie, Sek. 10, Shah Alam.

Sunday, November 6, 2011

Nasi Pilaf Daging Jamaica

Juadah pagi raya Aidil Adha Nasi Pilaf Daging Jamaica (sumber : Chef Wan) dan Cupcake versi budak2 (made by Sofi)

Sofi bagi 9 / 10 markah.....
makanan di negara Jamaica lebih kurang makanan Asia sbb kebanyakan penduduknya terdiri dpd keturunan Afrika, Timur India dan China yang menjadi hamba abdi akhir abad 19. Selain itu ada juga keturunan Jerman dan United Kingdom, Kristian Syria dan Jordan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kingston,_Jamaica



abah :   nak jual bape 1 ni?
sofi   :   1 biji 50 sen
abah :   uiihhh ... mahalnya , kecik je ni
sofi   :   ok laaa ... 1, 20 sen kalau 2 seringgit ( sofi berjual beli masa kecik dulu... belum tau sifir)

Resepi Nasi Pilaf Daging Jamaica
(sumber asal Chef Wan - telah diubah suai ikut kesenangan sendiri)

Bahan :
1/4 cawan mentega
3 biji bawang merah, 3 bawang putih & 1cm halia - dihiris halus
3 tangkai lada hijau & 2 tangkai daun ketumbar - juga dihiris halus
3 biji tomato - dipotong dadu
1 btg kayu manis & 3 buji bunga cengkih
2 kotak kismis hitam - (aku guna kismis minda)
1/4 kilo daging  - direbus, kemudian dihiris nipis
250 ml air rebusan ayam ( aku guna air rebusan daging - dr daging yg telah direbus tadi)
1/2 kotak santan kotak - campur dgn air jadikan 250 ml
1 packet rempah kari daging - ( aku guna cap faiza)
2 cawan beras Basmathi - (aku guna cap faiza) - dibasuh bersih dan tos airnya

Cara :
1.  Panaskan mentega
2.  Tumis semua bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) dan kayu manis, bunga cengkih
3.  Masukkan rempah kari daging, daging & kismis
4.  Campurkan cili hijau, tomato & perasakan dengan garam
5.  Masukkan beras, kacau rata
6.  Masukkan air rebusan daging & santan
7.  Masukkan daun ketumbar, kecilkan api, tutup periuk & tanak selama 7 minit lagi. (aku tukar masuk dlm rice cooker - masak mcm biasa)

Info Jamaica :
Negara pulau di Laut Carribean, Amerika Tengah .... berkepadatan tinggi, ... berkomunikasi menggunakan bahasa Taino, ... bahasa kebangsaannya... Bahasa Inggeris.... terkenal dengan pelancongan bertaraf dunia ....  keindahan laut dan pasir pantai bersih nan memutih serta Blue Mountain Peak


Saturday, June 25, 2011

Nasi Tumpang - Exotic food

saat ku idamkan.....akhirnya jumpa kat Belanga, The Garden Mid Valley. Pernah buat sekali tp agak leceh... hmmm sedapppp sgt...macam yg aku buat..he he he


... mengikut cerita mak mertuaku, nasi ni dulu dibawa bekalan org gi kerja. Rupanya mcm nasi impit tp lembut dimakan berlaukkan gulai udang, sedikit sambal ikana atau daging dan telur goreng. Unik dan eksotik sbb susah nk dapat... walaupun kt tpt asalnya Kelantan....perghh sedapppp... lebih2 lagi dibungkus dgn daun pisang.