"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Kuala Pilah

Kuala Pilah destinasi jalan-jalan yang harus dikunjungi. Apa yang menarik di sini.. jawapan semestinya budayanya yang unik dan tiada di tempat - tempat lain di Malaysia.


Ini trademark Kuala Pilah, itik salai dan telur itik
 










 pebagai jualan orang kampung ... gula kabung dan belimbing buluh.. susah nak dapat kat KL


produk orang kampung.. belacan, cencaluk dan kraftangan



belum berkesempatan masuk ke dalam istana Sri Menanti... sedang renovate


surau terbuka.. design dan binaan yang cantik


Senibina rumah tradisional Negeri Sembilan


Tasik Taiping... datang lagi

 
Tempat riadah bersejarah, taman awam pertama 1880, ..... tasik bekas lombong  berkeluasan  64 hektar dengan berlatar belakang Bukit Larut ... dipenuhi pokok rain tree yang telah berusia ratusan tahun menimbulkan special character taman ini.
 
 
 
 


  
  
 
 

Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru

Sanctuari  Ikan Sungai Chiling Kuala Kubu Baru berdekatan dengan Empangan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser. Lokasi riadah dan pendidikan yang sangat menarik. Kawasan yang sangat terjaga dan terkawal.. di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Tempat telah diwartakan sebagai taman alam semulajadi dan tempat perlindungan ikan kelah... hanya boleh dikunjungi weekend sahaja jumaat, sabtu dan ahad. Masa yang dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Layout Sanctuari Ikan Sungai Chiling

Beberapa  kemudahan asas ada disediakan, antaranya seperti tandas, tempat solat, tempat persalinan, pondok dan boleh camping serta  jungle trekking .. namun sayang kemudahan ini tidak mampu menampung keperluan pengunjung yang datang. Sekiranya dibuat penambahbaikan pasti dapat menarik lagi lebih ramai pengunjung, sekaligus bole menjadi  edu-pelancongan terbaik di Selangor.

Tempat ni sangat-sangat  berbeza dengan tempat riadah lain.. kenapa... sebab utama ialah ikan.. banyak sangat ikan kelah dan anak-anaknya yang kita boleh nampak sepanjang lintasan ... hati terus teruja nak datang lagi ke sini. Ikan-ikan ni tak takut orang.. semua berkerumun, berlanggaran dan menyelit-nyelit di kaki kita bila di beri makan.

Makanan ikan di sini tak boleh bawa sendiri dari luar.. hanya boleh beli di booth pendaftaran  dengan harga RM 2.00 sahaja sebungkus... dan lagi tidak boleh memancing dan menjala.. tidak boleh bawa makanan dalam plastik dikuatiri akan berlaku masalah pembuangan sampah. Peraturan yang sangat baik untuk tujuan untuk pemeliharaan alam dan mengelakkan masalah pencemaran. Oleh itu kalau rasa nak makan--makan lepas mandi .. bawalah makanan dan minuman dalam bekal sendiri. .. dalam masa sama peraturan sebegini dapat mendidik pengunjung supaya lebih beretika dengan alam sekitar.


Mula-mula kena lalu jambatan, tapi  nak lalu sungai pun boleh sebab airnya cetek paras betis orang dewasa sahaja


denai nak ke setiap lintasan, ada yang kering dan berair.. oleh itu pakai kasut atau sandal yang bersesuaian.

Ada 6 Lintasan, sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan ke 5. Aku cuma sempat sampai di Lintasan ke 3... sebab masa dah lewat  petang.. risau tak jumpa laluan balik.. so In Sha Allah akan datang lagi next time dengan lebih bersedia dari beberapa aspek .. contohnya plastik untuk isi barang penting supaya tak basah, sandal dan sepersalinan pakaian. Walau bagaimanapun agak bahaya kalau musim hujan sebab paras air sungai boleh naik dan boleh menyebabkan insiden yang tidak dingini.. jadi adalah lebih baik hubungi En Syukri 0133089463.. sekiranya hendak melakukan aktiviti di sini.
 
Lintasan 1
 
 
Lintasan 2.. merenung perjalanan yang jauh lagi nak sampai ke air terjun.



anak-anak ikan kelah ... jinak-jinak semuanya



air yang jernih, sejuk dan tenang...macam rasa berendam dalam kolam ikan.
 
 

Sunday, June 21, 2015

Buku

Dec 2014 ada jualan buku yang murah..The Big Bad Wolf Book Sale..  ya memang betul-betul murah.. tapi aku tak beli banyak buku sebab kesuntukan masa.. lain kali kalau pergi kena awal pagi sehari suntuk baru puas hati. Dalam suasana yang meriah dan ramai orang, mata dan hati aku tertarik pada telatah kanak-kanak yang masih kecil suka dengan buku.. pandainya ibu bapa kanak-kanak ni mendidik anak sikap suka membaca dan sukakan ilmu. Kalaulah anak-anak murid aku ada sikap sebegini alangkah bahagianya aku sebagai guru.. betul lah kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

jualan buku ni patutnya buat dua tahun sekali dan ditempat lain pulak selain Mines
 
 
yang ni seronok betul selongkar buku.. tengok gambar kejap pas tu tukar buku lain
 
 
 rajin dan bagus adik ni, duduk diam baca buku
 
 
bapaknya macam garang pantau anak 3 orang, tapi baguslah garang sebab nak anak pandai
 

 tengok ni, duduk diam dalam stroller .. khusyuknya dia
 
 

 ibu ini pandai guide anak-anaknya membaca

dia dan dunianya .. sekotak tu buku dia saje

 

Sunday, January 5, 2014

Teluk Senangin

Di mana Teluk Senangin?...  lebih kurang 30 km dari Setiawan, Perak ... menjadi tumpuan Pertandingan Joran Berita Harian... Keistimewaan Teluk ini, memiliki pantai nan memutih, deru ombak yang deras dan menghadap ke Selat Melaka yang kebiruan. Bermalam di sini sekitar Ogos 2013,.. aku belajar tentang kerisauan hidup penghuni rumah di tepi pantai... senantiasa berada dalam kebimbangan, esok belum menjanjikan apa-apa.. .. tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.


Pantai putih yang sempit, air pasang mula naik sekitar jam 5 petang.. rasa seronok pada pada awalnya namun berlarutan hingga ke tengah malam...  mengundang rasa risau .. ombak kuat menghempas pantai dengan jarak lebih kurang 3m sahaja dari chalet benar-benar memberi aku  pengalaman baru.



 Antara kemudahan yang ada... gerai jualan kecil-kecilan .. Setiap weekend peniaga ini, ibu dan anaknya yang masih bersekolah rendah akan tidur di gerai sebegini .. dengan suasana malam yang pekat dan sunyi.. boleh mengundang bahaya.. mungkin mereka telah biasa  dan terpaksa. Pengunjung yang tidak bermalam boleh mandi di sini atau di tandas awam Majlis Daerah Manjung.




 
 

 pemandangan indah dari chalet.. hampir senja



hidangan malam, di Teluk Muroh.. keluar dari Teluk Senangin.. hujan lebat, balik ke chalet lebih kurang jam 11pm dengan jalan sunyi sepi dan persekitaran ladang kelapa sawit kiri kanan ... seram jugak he3...




Chalet rumah kampung nelayan tempat aku bermalam, sewa RM 120.00.. Ada banyak lagi pilihan chalet baru dengan harga anggaran RM 100.. tapi kebiasaan weekend.. tiada pilihan
 
 
 
Subuh jam 3pagi .. belum tidur dan masih tak boleh tidur.. mengambil angin laut yang nyaman, air dah mula surut .. sambil tengok orang tangkap anak ketam.



awal pagi lebih kurang pukul 7 lebih .. breakfast di sini sebelum meronda di sepanjang pantai.. ada lebih kurang 2 km .. exercise



Aktiviti pagi dan pemandangan  ....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Hasil kutipan Sofi di pantai.. cantik, tapi tidak berani nak bawa balik

Tuesday, October 15, 2013

KUD 2013

Karnival Usahawan Desa di Putrajaya.. kebanyakkan produk desa yang biasa2 sahaja dijual.. X ada kelainan.. tempat pun agak kurang selesa .. panas. Sepatutnya karnival ini dibuat macam MAHA ataupun Hub HALAL untuk keselesaan pengunjung dan peniaga itu sendiri. Sedikit perkongsian beberapa produk yang ada:



kaedah penetasan telur puyuh menggunakan inkubator.. mesin menggantikan ibu mengeramkan telurnya




kelainan dadih ini ialah mengandungi kolagen rumpai laut




sarang burung walit yang telah dibersihkan untuk dijadikan minuman




produk kraftangan orang asli

MiExpo 2013

Hari terakhir Expo Inovasi Malaysia 2013 di UPM, banyak booth dah tutup .. aku cuma sempat perhati dan bersoal jawab dgn beberapa booth sahaja...  Agak menarik juga, design peringkat sekolah menengah tinggi ini dan yang lainnya.





Fold Rostrum..  dari SMT TARP, Pulau Pinang, ... portable,  lebih sesuai untuk indoor.



G-TPB (batu penurap teknologi hijau) dari Kolej Vokasional Slim River... dari sisa buangan kelapa sawit,  pengganti pavement interlocking paver yang biasa, lebih ringan, kos rendah, tahan, telah diuji . link.
Sepatutnya dikomersialkan untuk orang perempuan yang terlibat dgn kerja2 construction yang kecil2



Rekacipta drawing board dlm masa sama sebagai tempat simpan alatan lukisan teknik



Pokok Melaka menjadi trademark negeri Melaka... macam ni rupa buah melaka original, .. kaya dengan vitamin C..  rasa macam air gula melaka bila dibuat jus.  Info : Link



PISKIPONIK,  kaedah gabungan pelihara ikan dan tanam sayur serentak. Air sisa kumbahan menjadi baja kepada sayuran. Bagaimana caranya? link