"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, June 28, 2015

Kuala Pilah

Kuala Pilah destinasi jalan-jalan yang harus dikunjungi. Apa yang menarik di sini.. jawapan semestinya budayanya yang unik dan tiada di tempat - tempat lain di Malaysia.


Ini trademark Kuala Pilah, itik salai dan telur itik
 










 pebagai jualan orang kampung ... gula kabung dan belimbing buluh.. susah nak dapat kat KL


produk orang kampung.. belacan, cencaluk dan kraftangan



belum berkesempatan masuk ke dalam istana Sri Menanti... sedang renovate


surau terbuka.. design dan binaan yang cantik


Senibina rumah tradisional Negeri Sembilan


Tasik Taiping... datang lagi

 
Tempat riadah bersejarah, taman awam pertama 1880, ..... tasik bekas lombong  berkeluasan  64 hektar dengan berlatar belakang Bukit Larut ... dipenuhi pokok rain tree yang telah berusia ratusan tahun menimbulkan special character taman ini.
 
 
 
 


  
  
 
 

Masak lemak cili api Warung Omak Den

Lokasi di Setapak Indah, lebih kepada konsep warung.. walau bagaimanapun ada lagi satu cawangan Omak Den ini di Danau Kota. Pelbagai aneka lauk pauk ada, walau bagaimanapun menu utama masak lemak cili api.. ada ayam salai, daging salai, ketam, siput sedut .. ehhh macam-macam lagi lah. Rasa ok dan harga munasabah.. boleh datang lagi ni.

nasi berlaukkan ayam salai masak lemak cili api, kacang panjang dan sambal sotong
 
 
specialnya kat Omak Den.. ada dessert ini.. kadang-kadang ada apam gandum gula merah cicah kelapa dan kaswi yang sangat marvellous
 
 


Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru

Sanctuari  Ikan Sungai Chiling Kuala Kubu Baru berdekatan dengan Empangan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser. Lokasi riadah dan pendidikan yang sangat menarik. Kawasan yang sangat terjaga dan terkawal.. di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Tempat telah diwartakan sebagai taman alam semulajadi dan tempat perlindungan ikan kelah... hanya boleh dikunjungi weekend sahaja jumaat, sabtu dan ahad. Masa yang dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Layout Sanctuari Ikan Sungai Chiling

Beberapa  kemudahan asas ada disediakan, antaranya seperti tandas, tempat solat, tempat persalinan, pondok dan boleh camping serta  jungle trekking .. namun sayang kemudahan ini tidak mampu menampung keperluan pengunjung yang datang. Sekiranya dibuat penambahbaikan pasti dapat menarik lagi lebih ramai pengunjung, sekaligus bole menjadi  edu-pelancongan terbaik di Selangor.

Tempat ni sangat-sangat  berbeza dengan tempat riadah lain.. kenapa... sebab utama ialah ikan.. banyak sangat ikan kelah dan anak-anaknya yang kita boleh nampak sepanjang lintasan ... hati terus teruja nak datang lagi ke sini. Ikan-ikan ni tak takut orang.. semua berkerumun, berlanggaran dan menyelit-nyelit di kaki kita bila di beri makan.

Makanan ikan di sini tak boleh bawa sendiri dari luar.. hanya boleh beli di booth pendaftaran  dengan harga RM 2.00 sahaja sebungkus... dan lagi tidak boleh memancing dan menjala.. tidak boleh bawa makanan dalam plastik dikuatiri akan berlaku masalah pembuangan sampah. Peraturan yang sangat baik untuk tujuan untuk pemeliharaan alam dan mengelakkan masalah pencemaran. Oleh itu kalau rasa nak makan--makan lepas mandi .. bawalah makanan dan minuman dalam bekal sendiri. .. dalam masa sama peraturan sebegini dapat mendidik pengunjung supaya lebih beretika dengan alam sekitar.


Mula-mula kena lalu jambatan, tapi  nak lalu sungai pun boleh sebab airnya cetek paras betis orang dewasa sahaja


denai nak ke setiap lintasan, ada yang kering dan berair.. oleh itu pakai kasut atau sandal yang bersesuaian.

Ada 6 Lintasan, sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan ke 5. Aku cuma sempat sampai di Lintasan ke 3... sebab masa dah lewat  petang.. risau tak jumpa laluan balik.. so In Sha Allah akan datang lagi next time dengan lebih bersedia dari beberapa aspek .. contohnya plastik untuk isi barang penting supaya tak basah, sandal dan sepersalinan pakaian. Walau bagaimanapun agak bahaya kalau musim hujan sebab paras air sungai boleh naik dan boleh menyebabkan insiden yang tidak dingini.. jadi adalah lebih baik hubungi En Syukri 0133089463.. sekiranya hendak melakukan aktiviti di sini.
 
Lintasan 1
 
 
Lintasan 2.. merenung perjalanan yang jauh lagi nak sampai ke air terjun.



anak-anak ikan kelah ... jinak-jinak semuanya



air yang jernih, sejuk dan tenang...macam rasa berendam dalam kolam ikan.
 
 

Sunday, June 21, 2015

Buku

Dec 2014 ada jualan buku yang murah..The Big Bad Wolf Book Sale..  ya memang betul-betul murah.. tapi aku tak beli banyak buku sebab kesuntukan masa.. lain kali kalau pergi kena awal pagi sehari suntuk baru puas hati. Dalam suasana yang meriah dan ramai orang, mata dan hati aku tertarik pada telatah kanak-kanak yang masih kecil suka dengan buku.. pandainya ibu bapa kanak-kanak ni mendidik anak sikap suka membaca dan sukakan ilmu. Kalaulah anak-anak murid aku ada sikap sebegini alangkah bahagianya aku sebagai guru.. betul lah kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

jualan buku ni patutnya buat dua tahun sekali dan ditempat lain pulak selain Mines
 
 
yang ni seronok betul selongkar buku.. tengok gambar kejap pas tu tukar buku lain
 
 
 rajin dan bagus adik ni, duduk diam baca buku
 
 
bapaknya macam garang pantau anak 3 orang, tapi baguslah garang sebab nak anak pandai
 

 tengok ni, duduk diam dalam stroller .. khusyuknya dia
 
 

 ibu ini pandai guide anak-anaknya membaca

dia dan dunianya .. sekotak tu buku dia saje

 

Kenangan Kelas Meroti

Aku suka makan roti, nak belajar buat roti dan dah belajar pun dgn Nomie Aziz...  tapi nak buat sendiri ... hmmm... sampai ke hari ni tak pernah buat lagi, belum sampai seru.. tapi In Sha Allah akan buat juga satu hari nanti. Terima kasih Nomie Aziz.

Gambar-gambar bukti aku pernah masuk kelas meroti.




 

Kek Carrot dan Kek Coklat Moist

1 st time belajar buat kek berguru... belajar 2014 tapi baru sempat upload hari ni.. selama ni buat kek main bedal jer, kadang jadi kadang - kadang tak jadi.. Cikgu kek ni memang best , Nomie Aziz pakar kek lapis.. tapi aku tak belajar buat kek lapis sebab tak berapa sabar nak menyusun kek cantik-cantik..aku belajar buat kek carrot marvellous, lembab dan krim cheese yang superb dan kek coklat yang juga super sedappp .. resepi tak boleh post kat sini sebab .. harap maklum kena minta izin dari tuannya.. so aku cuma boleh tayang gambar proses sahaja. Terima kasih cikgu..