"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, July 22, 2012

Agar-agar Santan - Iftar 2 Ramadhan

Angan2 buka puasa tahun ni ... nk masak sendiri walaupun cuma dessert. Harap2 semangat ni berkekalan hingga penghujung Ramadhan...dan hari2 seterusnya...InsyaAllah.

Keberkatan masakan isteri :
Air tangan seorang ibu dan isteri itu ada keberkatan dan ada kasih sayang
 Masakan yang dimasak oleh isteri mengandungi keberkatan kerana setiap butir nasi yang dimasak akan bertasbih dan bertahmid mendoakan keampunan bagi orang yang memasaknya...
Rasulullah pernah bersabda kepada puterinya Fatimah yang bermaksud :”Wahai Fatimah kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak –anaknya), Allah akan membina parit antara dirinya dan api neraka (bagi menghalang api neraka itu ).Dan jarak antara satu parit dengan satu parit ialah sejauh langit dan bumi .”Riwayat Abu Hurairah .

Mengikut kebiasaanya, anak akan bersama ibu bapanya sehingga umurnya 18 thn ...slps itu jika umur panjang & ada rezeki yg telah ditentukan, anak2  mungkin akan further study dan berjauhan dgn ibu bapanya...arghhhh ... X Sangguppp...cuma tinggal 6 thn shj lagi utk menghadapi saat itu ... Sofi akan tinggalkan ibu...masa yg tinggal ini , ibu akan buat yg terbaik utk anak ibu...supaya akan ada kenangan " air tangan ibu  dan kesukaan Sofi




Resepi Agar-Agar Santan

Bahan dan Cara :

1 liter air ( senang guna sukatan 2 botol air mineral kecik)
1 bulat gula melaka (yang leper bukan yg macam silinder) - masak dengan 3 cawan air untuk jadikan air gula
1/2 cawan gula pasir
1 kotak santan dalam kotak (aku guna santan Harmoni)
10gm Agar2 powder ( 1 packet )
1 biji telur - dipukul
5 helai daun pandan - carik2 dan simpul
secubit garam

1. Masak air bersama air gula melaka dan gula pasir.
2. Masukkan santan, telur, garam, agar2 dan daun pandan
3. Dah masak, tapis supaya dapat tekstur yg sekata dan cantik

Saturday, July 14, 2012

Cook Like A Chef

Alhamdulillah...siap semua pentaksiran Kerja Kursus PMR 2012 kelas 2M...masak-masak sebelum Ramadhan adalah kerja kursus yg terakhir ...lepas ni boleh concerntrate utk final exam setara ... moga dapat 19 A KHB Pil.1...InsyaAllah


...mungkin ini kenangan terakhir cg bersama Fatihah, Ain, Ezaq, Aidil, Adib Syed Omar, Mai, Akma, Izzat, Eiza, Asmah, Hazimah, Haziqah, Azwa, Ameera, Aina, Aliah, Fatin & Haikal




hebat ... semua buat sendiri dari bawa bahan, sediakan, memasak, menghidang dan makan



gas dan minyak masak ada depan hidangan ... ishh ishh ishhh sampai terlupa nak alihkan



good cooperation ...


betulker sedap...gelap semacam jer




nutritious & yummy...



Cg Mahfuzah, Cg Anida, Cg Marliza dan Ustazah Rosni semua kata sedappppp...tiada apa yg kurang ...marvellous



sukernya... X jemu2 tengok video ni








Friday, July 13, 2012

Kek Karamel

kek ni dah dipotong2 dan dah makan pun...tapi belum habis bayar sbb masa bayar tu tercicir pulak duitnyer...ishhhh malu sgt dgn K.Mila http://adnazthie-kek.blogspot.com/ ...apapun sekalikan dgn order utk raya nanti yaa...InsyaAllh kalau umur pjg (walaupun dah halalkan pun..TQ K.Mila)


... sangat2 sedap dimakan sejuk..rasa hmmm nyaman jer bila masuk mulut. Kek ni utk potluck tghari nanti...ramai sangat yg "ketuk" aku mintak belanja sempena ***. ...sorry ...ini jer dulu utk sementara waktu ni, sbb masa suntuk, mental serabut, emosi X stabil dan mcm2 lagi laah...apa pun InsyaAllah lepas raya ada "sesuatu" utk korang...tungguuu


Sunday, July 8, 2012

Favourite Stationery Shops

stationery shops .... antara tempat yg aku suka pergi...x kisah laa di mana ...Bangsar, Melawati, Garden Mid Valley, Kinokuniya, Sek 2 ...Tapi dlm byk2 tu...yg paling melekat dihati ialah di Czip Lee Bangsar link  ...berjam2 duduk dlm tu pun X pa...

macam2 ada dlm ni...byk sgt pilihan dari stationery biasa hingga art accessories dan mcm2 buku... kedai ni X leh pergi selalu...kopak dennn!!



antara benda yg aku beli semalam ... tujuan utama nk beli box board, kertas fancy & getah postman utk Syahbandar ... tapi dah terbeli jugak benda lain... masalahnya bukan aku punya jer... ni dah termasuk Sofi punya dan abahnya sekali ...adalah melayang dlm RM 200.00 lebih utk benda2 kecik camni....adoiii



beli bahan di CZip Lee, buat sepanduk tahun 2011, ...simple, X suka design yg serabut kerana pada aku ..."Simple is Elegant"
Sape comelll  ..org yg pegang sepanduk (Siti Suhaila Husain) atau sepanduk yg comel...confuse
sepanduk 2012 will be uploaded soon....




Thursday, July 5, 2012

Chiang Mai, Sg Buluh

11 tahun dulu... duduk di Damansara Damai, selalu makan kat sini..masa tu restoran ni kecik shj....  betul2 kat simpang SK Sg Buluh, jalan sempit, parking susah, hospital pun belum ada..kiri kanan semua penuh dengan nurseri...tapi sekarang restoran ni dah pindah di penghujung jalan dan agak selesa...TQ K.Nab (Zainab Ghazali) yang perkenalkan tempat makan ni...



hmm favourite... tom yam udang...rasanya lain dari tomyam kedai siam lain, mungkin sebab Chiangmai terletak di bahagian utara Thailand sempadan dengan Myanmar, jadi masakannya agak berbeza dengan bahagian selatan seperti Narathiwat, Patani dan Songkhla


Kereta  kuning transformer....adalah yan terakhir sebelum tertinggal di surau Paradigm, Kelana Jaya slps balik dari Chiangmai Restaurant...kesian jugak, kereta kesayangannya...tapi itu pengajaran kepadanya sbb tak dengar cakap ibu abah...



Ayam Pandan... favourite Sofi selain sup sayur. Dulu masa dia demam, umur 2 tahun, berhari2  tak lalu makan...tapi bila suapkan sup sayur kat sini ...boleh habis 1 mangkuk...sampailah sekarang dia suka betul dengan sup sayur Chiangmai. (gbr sup sayur akan upload kemudian)



dessert campuran ubi kayu, labu, keledek, keladi dan sengkuang cina ... favourite aku ni


 
....  trademark Chiangmai yang terkenal dengan produk kraftangan terutama payung