"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, July 22, 2012

Agar-agar Santan - Iftar 2 Ramadhan

Angan2 buka puasa tahun ni ... nk masak sendiri walaupun cuma dessert. Harap2 semangat ni berkekalan hingga penghujung Ramadhan...dan hari2 seterusnya...InsyaAllah.

Keberkatan masakan isteri :
Air tangan seorang ibu dan isteri itu ada keberkatan dan ada kasih sayang
 Masakan yang dimasak oleh isteri mengandungi keberkatan kerana setiap butir nasi yang dimasak akan bertasbih dan bertahmid mendoakan keampunan bagi orang yang memasaknya...
Rasulullah pernah bersabda kepada puterinya Fatimah yang bermaksud :”Wahai Fatimah kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak –anaknya), Allah akan membina parit antara dirinya dan api neraka (bagi menghalang api neraka itu ).Dan jarak antara satu parit dengan satu parit ialah sejauh langit dan bumi .”Riwayat Abu Hurairah .

Mengikut kebiasaanya, anak akan bersama ibu bapanya sehingga umurnya 18 thn ...slps itu jika umur panjang & ada rezeki yg telah ditentukan, anak2  mungkin akan further study dan berjauhan dgn ibu bapanya...arghhhh ... X Sangguppp...cuma tinggal 6 thn shj lagi utk menghadapi saat itu ... Sofi akan tinggalkan ibu...masa yg tinggal ini , ibu akan buat yg terbaik utk anak ibu...supaya akan ada kenangan " air tangan ibu  dan kesukaan Sofi




Resepi Agar-Agar Santan

Bahan dan Cara :

1 liter air ( senang guna sukatan 2 botol air mineral kecik)
1 bulat gula melaka (yang leper bukan yg macam silinder) - masak dengan 3 cawan air untuk jadikan air gula
1/2 cawan gula pasir
1 kotak santan dalam kotak (aku guna santan Harmoni)
10gm Agar2 powder ( 1 packet )
1 biji telur - dipukul
5 helai daun pandan - carik2 dan simpul
secubit garam

1. Masak air bersama air gula melaka dan gula pasir.
2. Masukkan santan, telur, garam, agar2 dan daun pandan
3. Dah masak, tapis supaya dapat tekstur yg sekata dan cantik

No comments: