"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Sardine Puff

kalau pegi kedai roti & kek mesti tercari-cari sardine puff, tapi biasanya susah nak dapat .. curry dan tuna puff yang banyak djual... cuti sekolah ni rajinkan diri memasak, so try buat sendiri... dan inilah hasilnya


Sofim budak suka makan ... bagi 11/10 .. sebab katanya lebih sedap dari kat kedai...nak tau apa rahsianya..rahsianya ialah pada kulit puff brand "kawan"


beli di grocery AEON Bukit Raja


Cara menyediakan sardine puff, senang dan cepat... akhir sekali bakar pada suhu 175 C sampai keperangan anggaran masa 20 hingga 25 minit
Bahan sediakan isi sardin:
1 tin sardin cap ayam (saiz sedang) - ambil isi shj
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
sedikit halia - (optional untuk hilang bau ikan sardin)
2 biji lada padi - cincang halus
1 biji limau nipis
sedikit sos tomato cili, garam dan1 sk gula)

Cara :
Tumis bawang putih, bawang besar halia, cili padi
Masukkan sardin, hancurkan isinya
Tuangkan sos, masukkan gula dan garam
Perahkan air limau nipis


Wednesday, February 27, 2013

Trifle

testing... kena buat dulu sebelum buat untuk aktiviti Persatuan ERT ... student dah tak sabar bila nak mula aktiviti, hakikatnya cikgu kekeringan idea nak masak apa ... nak buat yang simple, cepat, sedap, menarik dan paling penting tak banyak kos ... hmmm rasanya trifle jer lah yang memenuhi ciri-ciri yang dicari...
 
 Resepi dari hanahoney 571 link...  TQ, marvelous dessert
 
 

Friday, November 2, 2012

Strawberry Fruit Tarts


buah tangan CH dari Ustazah Rosni kerana *** ... nak makan gitu saje tak berapa laju...minta  K.Mila link  buatkan tart shell



...... hasilya strawberry choco tart...Tq Rosni




dan satu lagi yang tak jemu dibuat dan dimakan...fruits tarts



ini pulak khas untuk Rosni ...hope u'll like it...

Friday, September 28, 2012

Peach...beauty and healthy

...untuk potluck Jumaat, nak order X sempat...akhirnya peach pudding aje laah...Resepi dan cara susun sebiji ikut ct delima ...tapi gambar X secantik ct delima punya...apapun TQ CT Delima


Info Buah Pic....Asal dari negara China. Isi buah kaya dengan serat dan berwarna kuning menyengat membekalkan beta karotin yang menukarkannya kepada vitamin A dalam badan....Banyak digunakan dalam bidang kosmetik dan kesihatan kerana tinggi kandungan anti oksida yg menghalang radikal bebas ...oleh itu akan melambatkan proses penuaan link




Pokok Peach link...jenis pokok daun luruh




Thursday, September 6, 2012

Serawa Durian

Serawa durian....first time buat...rasanya sebijik macam mak aku buat  hi hi hi...Inilah kelebihannya duduk jauh dari mak ... apapun bole... cuba kalau masih menempel dgn mak ...hmm X tau lah apa jadi...


beli durian kat Pasar Malam Setia Alam... semua isi duriannya cantik... rasa nk makan semua tapi sabarrrr... kena tinggal sikit untuk makan dgn pulut dan inilah hasilnya...info durian link


Bahan dan Cara :
Masukkaan  semua sekali dalam 1 periuk
(1 kotak santan, 1 sudu gula pasir, 1 bulat gula melaka dan jgn lupa sedikit garam utk imbang rasa)
Masukkan durian dgn biji sekali (nak buang biji dulu pun bole tapi aku geli nk pegang... so masukkan semua, bila betul2 masak isi akan tertanggal sendiri dr bijinya, masa tu barulah buang biji)
Kacau sesekali... kalau agak pekat tambah air ...dan rasa ikut kesedapan sendiri

Friday, February 24, 2012

Baklava

 
 
hmmm... sedapnyer dessert tok arab ni...Baklava @ Saba' CBD Cyberjaya.... manisan pastri dengan lapisan kekacang yg dicampur madu dan dimakan sejuk.

Monday, October 24, 2011

Puding Roti

... ini resepi roti tak habis....Puding Roti ditambah Sos kastard supaya nampak menggiurkan...(walaupun biasa2 saje) .... sedap dimakan sejuk dan ditabur sedikit kismis sebelum dimasak


Bahan puding roti : 
9 keping roti dicarik2
3 biji telur
1 1/2 tin susu cair atau 3 1/2 kotak susu segar (kotak kecil))
sedikit esen vanilla
3/4 cawan gula pasir
sedikit kismis

Cara :
1. Panaskan oven 170 degree dlm masa 20 minit.
2. Sediakan loyang yang disapu sedikit butter .
3. Dalam bekas lain rendam roti yang dicarik tadi dengan susu - tekan sikit supaya roti terendam
4. Blend telur, gula dan esen vanila
5. Tuang atas roti yang terendam tadi
6.  Biarkan sekejap - agak2 roti dah betul2 kembang.
7. Taburkan sedikit kismis di atas nya
8. Bakar dlm oven cara steam bath lebih kurang 1 jam 30 minit atau hingga warna perang dan masak.

Bahan  & Cara - sos kastard :
1 tin susu cair
5 sudu makan gula
1 sudu kecil tepung kastard yg dibancuh dgn sedikit air
sedikt esen vanila
Semua bahan dimasak sampai menggelegak dgn api perlahan