"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Masak lemak cili api Warung Omak Den

Lokasi di Setapak Indah, lebih kepada konsep warung.. walau bagaimanapun ada lagi satu cawangan Omak Den ini di Danau Kota. Pelbagai aneka lauk pauk ada, walau bagaimanapun menu utama masak lemak cili api.. ada ayam salai, daging salai, ketam, siput sedut .. ehhh macam-macam lagi lah. Rasa ok dan harga munasabah.. boleh datang lagi ni.

nasi berlaukkan ayam salai masak lemak cili api, kacang panjang dan sambal sotong
 
 
specialnya kat Omak Den.. ada dessert ini.. kadang-kadang ada apam gandum gula merah cicah kelapa dan kaswi yang sangat marvellous
 
 


Tuesday, September 16, 2014

Nasi Arab ... best

Nasi Arab ... macam biasa jer.. tapi yang satu ni .. highly recommendded .. kenapa.. entah .. tak tau nak cerita.. rasanya antara yang tersedap selain Nasi Arab Restoran Saba di Cyberjaya. ... Lokasi : Restoran Nasi Arab, Al Rawsha Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, 03-9200 6600 ... ada lagi cawangan barunya di Seksyen 7, Shah Alam
(berdekatan dengan SMK Seksyen 7)


tempat makan cantik dan selesa


 tak ingat nama nasi ni .. makan gitu saje pun sedap


tak ingat juga nama manisan ni, sangat sedap .. share sepotong 3 orang pun dah ok.. manis betul ni..
 
 
 
ruang solat di bahagian atas ... selesa dan cantik

Coconut Shake, Klebang

.... ramai orang bercakap tentang kesedapan coconut shake, Klebang.. teruja ingin mencuba.. akhirnya sampai juga ..haahh.. memang teruja...  bukan sebab kesedapannya tapi sebab suasana yang sangat meriah.

Rasa.. ok.. boleh tahan. .. mungkin sebab first time minum, sebelum ini, lebih sedap lagi  .. masa itu seorang anak dan ayah yang buta menjualnya di bazar Ramadhan kawasan parking bersebelahan Kolej Rahman Putra, UTM Skudai.. sampai ke hari ini ... masih teringat-ingat  lemak, manis, pekat cukup lengkap.. perghhh.. belum ada tandingannya. .. manalah agaknya si anak tersebut.. semoga si anak ini meneruskan bussiness bapanya dan telah berjaya.


Lokasi : 231-1, Batu 3 3/4, Klebang, Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesen Minyak Caltex)
 
 
 
contoh terbaik perpaduan apabila semua bangsa duduk bersama menikmati coconut shake di bawah satu bumbung ... patut masuk dalam iklan pelancongan Melaka.




menggoda jiwa
 
 
 
ni namanya usahawan.. mempelbagaikan barangan jualan .. ada macam-macam kudapan.. antaranya nasi lemak bungkus, karipap, kuih muih dan paling special jemput-jemput udang geragau.

Tuesday, October 15, 2013

Asam Laksa Ah Cheng

asal dari Alor Star, Kedah ... sedappp dan yang penting ada HALAL Jakim. Infol link

pertama kali try di kiosk AEON Bukit Raja ... dan ini di e Curve, Mutiara Damansara.

Monday, September 16, 2013

Nasi Kukus Ayam Berempah .. Sedap Sengoti

Nasi Kukus Ilham, .. ayam goreng berempah, gulai darat dan sambal ikan bilis  .. recommended.


Nasi Kukus Ilham, konsep layan diri, servis yang sangat mudah dan ringkas .. hanya guna kertas coklat beralaskan daun pisang.. samada nak makan atau bungkus sama saje, order air .. ambil sendiri , bayar, duduk baca Bismillah.. dan makan. Seterusnya rujuk sini.

Walau bagaimanapun, alangkah baiknya kalau pekerja restoran ini terdiri dari warga tempatan berbanding hampir kebanyakkannya warga Indon. Imej dan kualiti mesti dijaga juga bukan hanya keuntungan semata.



Lokasi : Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, P.Jaya.. berhadapan Surau Mutiara Damansara.

Mee Rebus

Mee Rebus Hj Wahid ..  memang popular kat JB.. Mee rebus Johor, kuahnya pekat ada tepung yang digoreng garing macam keropok ... sangat berbeza dengan tempat lain .. Sekarang dah ada di Putrajaya dan Sri Hartamas. Masa aku muda2 dulu, bila teringin,  mesti cari di Plaza Kotaraya, JB .. sekarang dah ada banyak cawangan .. rasanya masih sedap tapi  .. macam kurang kick pulak berbanding dulu2 ... entahhh lah agaknya sebab air tangan arwah Hj Wahid masa dulu beza dengan generasinya yang ambil alih.


Mee Rebus Haji Wahid, Precinct 9, Putrajaya




Mee rebus Mastan Ghani,  famous di Teluk Intan.. sedap juga tapi mengikut citarasa aku, Mee Rebus Haji Wahid masih belum ada tandingannya. Tapi kalau Rojak mee, .. di sinilah (Mastan Ghani) yang terbaik

Ais krim di Ice Room

... mencari - cari di kota Damansara.. rupanya dah tutup kedai. Akhirnya ke Jalan Prima SG1, Prima Sri Gombak sebab nak juga rasa ais krim di Ice Room.  Dekorasi kedai tema hijau, kemas dan selesa.. selain pelbagai jenis aiskrim sebagai menu utama , ada juga hidangan lain .. timur dan barat


ais krim durian ... sedapp, recommended


 Chocolate Snow Ice ... hmm .. not bad

Sunday, June 23, 2013

Chawan, Bangsar

dah banyak tahun nampak Restoran Chawan... tapi mcm rasa was2 nak makan sebab rasanya dulu bekas Restoran Devi, non Muslim... so mana tau Restoran Chawan ni kesinambungan dari Restoran Devi...tapi akhirnya tak tahan godaan .. banyak blog makan2 cerita pasal Chawan ni... try google, akhirnya confirm tiada was2 ia dimiliki oleh Ahmad Farid Yahya. Info seterusnya link.

Lokasi sangat mudah corner lot, Jalan Telawi 3, berhadapan dgn main entrance Bangsar Village 1 ... interior design yang cantik dan tempat agak selesa...tak dapat nak ambil gambar dalam restoran sebab segan, ramai orang.. cuma dapat ambil gambar makanan jer. Semua makanan yang di order sedap2 dan kuantiti agak banyak, berbaloi dengan harganya.


biskut tawar atau biskut kering Khong Guan tu yang paling best... sedap dan sangat nostalgia... kalaulah aku ni bukan jenis pemalu ... rasanya dah mintak sepinggan

Kat sini ada berjenis2 kopi .. malaysian made..sebelah kiri Kopi Kemaman dan kanan Kopi Kota Bharu. Kopi Kota Bharu tu semestinya kepunyaan my hubby.. orang Kota Bharu laa katakan..tak nak kopi lain, nak tempat dia jugak, hmm semangat kenegerian yang masih tebal....pada aku, biarlaaah..tak salah pun kalau kita ada sifat jati diri yang kuat....Rasanya berbeza ker? Entahhh.. aku bukan peminum tegar kopi jadi aku tak tau nak bezakan rasanya.



senarai kopi yang ada di Chawan...14 jenis + 1 lagi kopi Kluang tak ada dalam senarai



Nasi putih set... ayam masak lemak cili api



ini bukan nasi tapi pulut kuning dengan rendang daging .. ni aku punya ..  lunch makan pulut ..  lebih Siam dari orang Siam



Laksa Asam... nampak cair jer kann.. tapi sebab belum gaul sekata... dah sekata rasa ok dan  puas hati



... dan ini dessert bubur pulut hitam... hmmm mild

Monday, June 17, 2013

Butter Prawn

highly recommended ... butter prawn di Restoran Mohd Chan Abdullah, Seksyen 15 Shah Alam, berhadapan Perodua Service .. kesedapannya ialah pada gumpalan butter dan telur yang berserabut di atas udang .. tempat makan pun agak selesa.. tak perlu beratur panjang atau tunggu lama ... service cepat dan pendek kata semua ok lah

butter prawn dimakan bersama nasi goreng cina ... 2 benda ni pun dah memadai ...hmmm memang superb

Sunday, May 19, 2013

Tenggek burung

... dah lama cari restoran yang banyak hidangan ulam...akhirnya jumpa di Bendang, Jalan Setia Indah, Setia Alam. ... sentiasa ramai orang esp. dekat masa lunch



mengancam tak lauk ni ... ada ulam tenggek burung atau ada juga orang panggil chemperai... first time tengok daun ni dan makan ...daunnya agak tebal, rasanya kelat tapi sedap. ... rasa sihat dalam badan dapat makan makanan macam ni. Khasiatnya ulam ni lebih kurang sama dengan ulam lain iaitu melancarkan peredaran darah , mengurangkan tekanan darah tinggi dsb... keistimewaannya berbanding ulam lain ialah lebih kepada khasiat untuk orang lelaki (ishh ..tak sesuai cerita kat sini.. nak tau link)

Selama ni aku tak suka, tak minat dan tak heran pun dengan sayur...Segalanya berubah hanya kerana "Dangau Raja Ulam" ... pertandingan logo pernigaan KHB Daerah ...  walaupun hanya menang tempat ke 3 tapi telah membuka mata dan selera, setelah aku membuat sedikit research untuk presentation ... siapa sangka sekarang aku dah mula makan ulam - ulam eksotik


pertandingan logo perniagaan .. pencetus aku mula sukakan ulam & ada cabarannya... paksa hubby lukiskan, padahal masa tu dia suspect denggi.. lukis dlm keadaan terketar2 dan yeahhh jadi... menepati kehendak aku..simple dan jelas ..i like i like..aku settlekan bhgn colouring dlm keadaan demam juga nasib baik masih mampu fikir kenapa pilih 3 color..hitam, hijau dan gold ... buat latihan  presentation bersama student dan  Alhamdulillah akhirnya ...  berjaya juga menaikkan nama SMKRP.


Adakah mungkin suatu hari nanti restoran ini menjadi realiti, InshaAllah 


ini pulak dessert masa lunch tadi... memang sedap... Sofi tak pernah makan kuih kaswi ni... so aku suapkan dia sikit.. eehhh nak lagi.. sebab memang sedapp... aku pun bagi petua kat dia... sebelum ambil kena goyang2 kan kuih ni dulu sebab nak tau lembik atau keras... yang sedap semestinyalah yang lembik.

Sunday, April 14, 2013

Kedai Bunga Borong dan AliCafe

...  hati berkobar2 student aku nak masuk pertandingan KHB akhir April ni....Pagi Ahad mulakan langkah cari bahan...



 Mulakan dengan breakfast di Alicafe USJ 12... rasa kopi yang sedap macam di kopitiam lain. Telur lembik untuk abah dan anak abah... aku agak geli tapi diorang suka saje..slurp..slurppp


Nasi lemak ni nampak biasa... tapi rasanya  hmmm sgt sedap... nasi lembut, lemak dan wangi



mi soto ... kurang suka... sedap lagi kat kedai siam ... mungkin sebab bahan supnya tidak ori kot



 capai matlamat .. yeaahh. Ada 2 kedai borong yang berdekatan ... beli kat Fah Lean... WH Floral tutup Sunday... Jauh beli kann... sbb shopping sambil jalan2



first time pergi sini... barang2 teratur dan banyak pilihan ... tapi yg boring tu bila salesgirl sentiasa ikut... Tapi tak apa ... aku rasa lepas ni diorang pulak boring melayan karenah aku ... he3


  
 polystyrene mcm2 saiz dan bentuk



wrappers macam2 design dan jenis ....  satin, kain net, organza, lace, plastik, kertas semua ada



sampai kat bahagian ni rasa mcm kat kebun bunga ... walaupun sebenarnya aku tak minat bunga plastik,  tapi bila tengok ada macam2 jenis orkid, ros, tulip, chrysanthemum, dedaun  semuanya buat aku hati aku berbunga2




warna-warni ... tapi macam mana pun bunga putih  jugak yg berkenan di hati



 pelbagai jenis bunga gantung dan orkid .. sabar wahai hati.. nanti nak dekat raya kita datang lagi


gerammm betul tengok bunga bulat2 ni... teringat puff bedak baby dulu2 .. macam tu laa gebunya.
  



aku sangat2 berkenan kat bahagian bunga konsep gold dan silver ni... lain dari biasa... kat sini jer aku dah tawaf banyak kali... sampai muka salesgirl yang ikut aku dah naik kelat... hmmm nak buat macam mana salah orang dik oiii, ikut mak cik macam aku...


 balik singgah A&W ... kena ambil hati 2 orang bodyguard aku yang setia ...   sbb lepas ni nak pergi kat kedai Mr. D.I.Y pulak



hasilnya ...Alhamdulillah ,Johan gubahan hamper, Karnival KHB Daeraah Klang ... konsep "bunga emas" dengan tema hari Guru

Friday, October 26, 2012

Mari Mengenal Ikan - Jeram

Sabtu,  datang sekolah awal pagi ...siapkan kerja dengan Fad & Uja. Balik rumah pukul 2.00pm ... tak masak ... penat ...  kesian orang yang kat rumah dan rumah sekali  ... terabai. Nasib baiklaa 2 beranak jer kalau ada 3 atau 4 orang lagi ... tak tau laa apa jadi...
 terapi  ... dgn melihat ikan & pantai serta menikmati hidangan tengahari jam 3 ptg  di Aroma Ikan Bakar, Jeram...dapat juga merehatkan sekejap fizikal & minda setelah mengharungi minggu - minggu yang sangat busy dan meletihkan.





pilih ikan...ikan terpilih saje nampaknya dalam bekas tu...segaaar




ikan bawal putih (White Pomfret).... . senang nak kenal, bentuk leper lain dari ikan lain....sesuai untuk ibu2 dalam pantang lebih sesuai lagi dijadikan hidangan di meja pengantin




ikan jenahak.... kategori ikan kurang lemak, kandungan protin lebih tinggi ...link sedap digoreng atau stim...isinya tebal dan putih



ikan terubuk... terubuk masin terkenal di Sarawak... telurnya pula berharga ratusan ringgit sekilo link




ikan senangin



ikan gerut-gerut, nama lainnya ialah ompak, serkut, selukut, kepala besar, kepala batu (Javelin grunter, yellow-finned javelin fish, lined silver grunter).  
Kenapa namanya gerut2... berdasarkan cerita ketika dinaikkan ke darat ikan ini akan berbunyi geruuut’ atau ‘keruuut’  kerana tabiatnya menggerit gigi-giginya yang berada di dasar tekak. link



ikan Kerapu Pinang (Spotted Grouper)...Ada banyak kerapu di perairaan negara kita antaranya kerapu belang, kerapu botol, kerapu harimau, kerapu kertang, kerapu tikus dan banyak lagi link .... ikan kurang lemak dan tinggi omega 3.. Kepentingan omega tinggi mengelakkan risiko serangan jantung dan alzheimer




udang dan ketam segar



sotong...sotong bakar ....ni paling sedap






siakap ... siakap stim...juga kategori ikan kurang lemak
Jenis ikan yang agak degil dan di sini ada tips menangkap siakap link




kailan ikan masin...... kerang bakar
Kerang mengandungi banyak zink. Setiap 100mg kerang mengandungi 14.3mg zink, berbanding daging merah, setiap 100mg daging hanya terdapat 6.4mg zink shj. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3  & mengandungi lemak tepu yang rendah... link  makanan yang sesuai sebagai penambah darah tapi awas dgn masalah pencemaran kini yang menyebabkan hidupan ini semakin tercemar.