"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Mi Bandung Muar

berbulan-bulan lamanya teringin makan mi bandung Muar ni... cuti sekolah Mac lepas barulah dapat menikmatinya...  Alhamdulillah... Kat sini tak tau mana nak cari yang serupa dari segi fizikal dan rasanya...yang ada kat sini sangat2 berlainan...kalau teringin memang kena balik Johor

hmmm sedap sesangat...kelainannya tak boleh nak diceritakan




mula2 cari online lokasi kedai ni.....dan akhirnya jumpaaaa kat Jln Abdullah, Muar




beli 10 buat stok... bukan makan sorang2 tapi bagi kat orang... sekarang tinggal 3 jer...boleh tahan sampai setahun ... Isnin ni nak bagi kat sorang kakak tu (Pn Zalinah Mahmod) ... teringinnn benar dia sampai tak boleh tidur malam


Wednesday, December 28, 2011

Mi Rebus Johor Ori

rindu dgn Mi Rebus Johor,  Original Johor ...rasa yg sgt berbeza dgn tpt lain



mahal lepat pisang RM 1.00... tapi memang sedap... thumbs up...



authentic Johorean cuisine ....
hanya di D'Cengkih, No.6, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur





Thursday, December 15, 2011

Kuey Teow Kung Hu



... kakak kantin dah pencen, ... merata tpt cuba kuay teow ni ....termasuk di Chinese Muslim Restaurant, tapi semuanya X sama spt yg dimasak olehnya.
 ... akhirnya percubaan pertama kali ini,  menjadi ....  utk hidangan ptg share 2 beranak

Kenapa namanya Kuey Teow Kung Fu
... bukan Kung Fu tapi asal namanya dlm bhs kantonis, Kung Hu bermaksud yang berkuah. Kalau Char Kuey Teow bermaksud Kuey Teow Goreng, kuah agak gelap. (sumber : http://bicaraseorangchef.blogspot.com/2010/08/char-kuey-teow.html)


Bruce Lee The Legend

KungFu.... teringat pd Bruce Lee...lagenda
1.   Bruce Lee (Bruce Jun Fan Lee,  27.11.1940 - 20. 7.1973). Lahir di San
      Francisco, meninggal di Hong Kong. 
2.   Dibesarkan di Hong Kong sehingga umur 18 thn. Mendapat pendidikan
      pengajian tingginya di Amerika dan warganegara Amerika.
3.   Bermula dengan Wing Chun, beralih  dan mencipta sendiri
      Jeet Kune Do Amerika-Cina  yang masyhur dan menjadi pengasas
      dan ikon seni bela diri di seluruh dunia.
4.  Kematiannya pd usia 32 tahun menimbulkan banyak spekulasi (bengkak otak, diracun dsb.) sumber link


 anak lelaki  tunggalnya Brandon Bruce Lee (February 1, 1965 – March 31, 1993). American actor dan martial artist. Meninggal pada usia 28 thn dlm tragedi di set pergambaran filem The Crow



mempunyai 2 anak hasil perkahwinannya dgn Linda Lee Cardwell (rakannya di University of Washington)
kiri :zuriat yang tinggal Shannon Emery Lee 
kanan : Brandon Lee yg telah meninggal


Biografi & riwayat hidup lengkap : link dan link
Info pakar-pakar lagenda KungFu : link

OK... kita balik pada bahan cara memasak Kuey Teow KungHu
Bahan dan cara: (utk 2 orng)
2 biji telur saiz sederhana - dipukul dgn lada sulah dan sedikit garam
Sejemput kuey teow - dicampurkan dlm telur yg telah dipukul
Goreng mcm goreng telur dadar.

Kuah :
3 ulas bawang putih  - dititik
3 biji cili padi - dititik
1 kiub ayam
sedikit cauliflower, sawi hijau, kobis cina, carrot
sedikit udang, sotong
sedikit sos tiram, garam, gula
1sb tepung jagung - dibancuh sedikit air
air ikut banyak kuah yg dikehendaki

1.   Tumis bawang, cili padi - layu
2.   Masukkan sotong & udang  - goreng agak masak
3.   Masukkan kuib ayam & air - mendidih
4.   Masukkan semua sayur, sos tiram, perasakan & garam dan gula
5.   Tuang atas kuey teow tadi.