"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Discovery. Show all posts
Showing posts with label Discovery. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Makanan Kesihatan Sunnah Para Nabi

Hari ni cari madu Pak Aji sampai ke Taman Tun ... madu ni ada kelainan rasa dan teksturnya ... sejak beli di Angsana JB.... tak minum dah madu lain ... nak cap Pak Aji juga. Kelebihan madu Pak Aji link

Beli supplements sunnah Cuka Kurma, Madu dan Habatussauda di Kedai Pak Aji, Anjung Niaga, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL
Selain supplement sunnah, air zam zam, minyak zaitun, jus dan pelbagai produk makanan islamic ....  kek dan biskut raya pun ada

pelbagai jenis ..... kekacang, kismis, kurma, produk Melilea dan paling best ialah biji apricot B17 yang diperakui khasiatnya membunuh sel kanser. Ini bukan untuk pengidap kanser sahaja tapi untuk semua .... INGAT dalam tubuh manusia memang ada sel bahaya ini ... Cara dan jenis pemakanan kita yang menyebabkan sel ini aktif atau sebaliknya . Sumber link
packaging menarik ... pelbagai saiz dan harga ... boleh rasa sebelum beli
pelbagai jenis cuka bukan sahaja untuk masak tapi boleh diminum.
Kitab Tibbul Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, Juzuk Awal Maktab Alalfain, 1410H, m/s 192-193: Bersabda Rasulullah SAW: "Makanlah oleh kamu KHAL, kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut."
Info manfaat tentang cuka kurma (Khal) link 

Saturday, January 14, 2012

Martabat Tulisan Jawi

Tulisan Jawi mula berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudiannya Kerajaan Melaka, Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Batu Bersurat Terengganu 702H atau 1303M adalah bukti kewujudannya di Tanah Melayu.
Tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.



Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini, hanya Negeri Kelantan sahaja  terutama Kota Bahru di bawah MPKB yang benar- benar menunjukkan kesungguhan dan usaha untuk  memartabatkan tulisan Jawi ini melalui iklan, papan tanda serta nama - nama jalan ... Congratulation




Dalam sistem pendidikan Malaysia, tulisan Jawi telah dihapuskan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, seorang bangsa Melayu dan beragama Islam, Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006), anggota kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Akibat dari itu, buku teks sekolah subjek Pendidikan Islam telah ditulis dalam Bahasa Melayu Rumi.... kesannya generasi muda buta huruf Jawi dan Al Quran semakin meningkat. link




Fasa kegelapan itu mula bersinar apabila langkah drastik 1986, semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.




Selain itu, untuk memperkasakan lagi  tulisan Jawi, Kemeterian Pelajaran dan pemimpin negara ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi memperkenalkan Program j-Qaf tahun 2005. Walaupun setakat di sekolah rendah sahaja ia sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kadar celik Jawi kepada generasi cilik negara.




 Program j- Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain) ini juga banyak membantu lepasan pendidikan dari Timur Tengah ketika itu menjadi ahli dan guru. Inilah antara jasa murni dunia dan akhirat bekas pemimpin negara.









Monday, December 12, 2011

Fakta Ubi kentang ...


Book Review : Fakta Ubi Kentang
Jillian Powel, 1996, WayLand Pub.Limited, England




1.   Tanaman ke 4 paling byk ditanam di dunia selepas gandum, padi dan
      jagung.
2.   Terdapat beratus-ratus jenis tetapi hanya 15 jenis shj yg byk di tanam pd
      hari ini.
3.   Saiz paling besar sebesar limau bali dan paling kecil sekecil buah anggur.
4.   Pada 1870 an, negara Perancis yg pertama memperkenalkan french fries.
5.    Tergolong dlm kump tumbuhan nightshade yg dipanggil solanaceae,
       sama spt tomato terung dan tembakau.
6.    Dikategorikan kpd 2 jenis iaitu berlilin dan floury potatoes
7.    Jenis berlilin mengandungi byk air berbanding kanji dan tidak berubah
       bila dimasak, oleh yg demikian sesuai direbus, kukus & panggang.
8.    Jenis floury lebih kering & tinggi kandungan kanji. Oleh yg demikian
       sesuai digoreng, lecek dan bakar.
9.    Cara nak kenal pasti jenisnya, rendam dlm air garam, jika terapung adalah
       jenis berlilin & sebaliknya.
10.  Tumbuh melalui tunas yg terdpt pd kulitnya. Dari tunas
       akan tumbuh pucuk. Pucuk membekalkan karbohidrat sbg
       makanannya sendiri. Bila karbohidrat habis, barulah ia akan
       membuat makanannya sendiri melalui akar yg menyerap air
      dari tanah.
11.  Ubi yg ditanam mesti ditutup dgn tanah sepenuhnya bg mengelakkan ia
       menjadi hijau dan pahit bila terdedah kpd cahaya matahari. Jangan makan
       ubi kentang yg bertompok hijau kerana ia mengandungi solanine yg pahit
       dan berkemungkinan beracun.
12.  Ubi yg tumbuh di permukaan tanah ini adalah beracun.
       Walaubagaimanapun ia akan menghasilkan bunga yg menjadi agen
       pembiakan oleh serangga.
13.  Setiap tumbuhan ubi kentang boleh menghasilkan sehingga 20 biji kentang
       dlm satu pokok.
14.  Lebih kurang 12 minggu, ubi kentang sudah boleh dituai.Cara tuai
       menggunakan mesin dgn menggoyangkan pokoknya seterusnya ubi
       kentang akan tercabut dan dikutip
15.  Kaya dgn karbohidrat. Tubuh manusia akan memecahkan karbohidrat
       kpd glukosa utk menghasikan tenaga. 100gm ubi kentang membekalkan
       jum. tenaga yg sama dgn 40gm roti.
16.  Vitamin & mineral terdapat betul-betul di bawah kulit ubi kentang, oleh
       yg demikian adalah baik memakan ubi kentang tanpa dibuang kulitnya.
17.  Kaya juga dgn vitamin C, di mana ia mampu membekalkan setengah dpd
       keperluan Vitamin C tubuh manusia. Vitamin ini akan hilang sekiranya ia
       direbus. Oleh yg demikian cara kukus adalah lebih baik.
18.  Tempat penyimpanan yang sesuai ialah separuh gelap, sejuk dan kering
       bagi mengelakkan ia bercambah.
19.  Pelbagai jenis hidangan boleh dibuat dari ubi kentang, antaranya :
  
Potato croquettes ... cara rebus, lecek, lumur telur dan bread crumb ... goreng link



potato rosti .... makanan kek ubi Switzerland... ubi kentang parut dicampur dlm  doh, pastri atau skon



Potato soup link



Potato bubble & squeak cake ... masakan tradisional org British, dilecek dgn campuran sayur-sayuran.
sugar-browned potato....hidangan tradisional perayaan Krismas terutama di Scandinavia
 Duchess potato ... masakan Perancis




Laktes,... makanan masyarakat Yahudi.... kentang diparut, dimasak dgn telur tepung & gula     
Dauphinoise Potato ... masakan Perancis.... kentang dihiris nipis, bakar dlm ketuhar bersama susu atau krim, bawang putih dan thyme
  Boulangere... masakan Perancis... hirisan kentang dibakar bersama bawang
hash browns.... popular di US (juga ada di Mc Donald)


Raja buah ...

durian D24 jer tapi rasanya ...  SubhanaAllah ...marvellous ... hanya di Pasar Malam Setia Alam

Fakta : Klon-Klon Durian (Durio Zibethinus Murr)

1.  Terdapat lebih kurang 200 jenis klon durian yang berdaftar dgn Jab.Pertanian Malaysia.
2.  Pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.
3.  D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama.
4.  Antara klon lain, Kelantan (MusangKing), Johor (D168 atau 101), Pahang (D145), Perak (D24) dan Thailand (D99 atau durian kahwin).
Sumber :http://xtive.utusan.com.my/news.php?readmore=5


Tips memilih durian
1.   Durinya : jarang, besar
2.   Bentuk buah : tidak bulat biasanya isi lebih manis, tebal
3.   Bau : jika kurang berbau bermakna kurang matang atau masak cara peram
4.   Kulit :elak kulit yg retak sbb buah akan masam atau tawar
5.   Menggoncang buah durian : ada sedikit getaran menunjukkan ia telah masak
Sumber : link dan Read more


Saturday, October 8, 2011

Baba & Nyonya...Penang Peranakan Mansion

Penang Peranakan Mansion ini adalah peninggalan warisan Hai Kee Chan, keturunan Baba dan Nyonya atau kahwin campur. Dalam mahligai ini dipenuhi dengan senibina dan ukiran yang cukup halus dan berseni. http://www.pinangperanakanmansion.com.my/ . Kebanyakkan mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan bertutur mengikut lenggok dialek orang Melayu.


design pintu dan tingkap .... klasik


living room.... ukiran seni halus


dining room .... gah dan mengikut feng shui




floor pattern .... pengaruh Inggeris


"Sia" ... mangkuk tingkat Cina


Chinese painting ....



Radio dan TV klasik


Beg klasik... trend beg ini masih digunakan masa aku sek rendah. Bedak nyonya  ni pun aku pernah guna....


Spectacles collection ... kebanyakkannya design bulat-bulat dan lampu cemeni.....


Wanita Nyonya menjadikan minat terhadap nilai-nilai keanggunan dan kesenian dalam kehidupan sebagai satu budaya. Ini dapat dilihat daripada perhiasan indah dalam rumah,dan pakaian iaitu kebaya Sejak kecil, Nyonya diasuh oleh golongan tua dalam keluarga menjadi isteri seorang Baba yang dihormati.Mereka mesti mempunyai penampilan menarik dalam berpakaian terutama untuk bertemu dengan bakal suami atau mentua. Selepas berkahwin, Nyonya menjadi suri rumah yang menetapkan peraturan, adat resam dan juga pantang larang sendiri. Tata tertib dan peraturan gaya hidup Nyonya dapat dilihat daripada keanggunan dan kehalusan sulaman kebaya yang dijahit oleh wanita yang mempesonakan ini. Dengan cara ini, peranan kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi pakaian yang cantik, tetapi juga mencerminkan budaya Baba dan Nyonya dan bukti kegemilangan zaman silam.
(Petikan daripada buku : Nyonya Kebaya: A Living Art-sempena pameran di Galeri Petronas, KLCC, Februari 2005).

dia bukan tailor bukan juga fashion designer .... dia first time tengok mesin jahit ini


Masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai kuih muih tradisinya tersendiri yang kini telah menjadi sebahagian kuih tradisi masyrakat tempatan. Antara kuih tersebut seperti putu piring, ondeh-ondeh, kuih lapis, kuih ku dan pelbagai kuih talam. Asal nama Kuih adalah kueh, kue, or kway; dari bahasa Hokkien: 粿 koé yang bermaksud tepung http://en.wikipedia.org/wiki/Kuih

Sunday, October 2, 2011

Kota Bharu Heritage Trail & ... Singhorra

Perkembangan bandar Kota Bharu bermula dari tahun 1844, dibuka oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba. Sultan Kelantan sekarang ni Sultan Muhammad V. Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua

Pintu masuk Istana Balai Besar Kota Bharu sekarang, 2011

Istana Balai Besar Kota Bharu 1907


Istana Balai Besar, menjadi tempat berlangsung upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari dulu hingga kini



Istana Jahar dibina pada tahun 1887, kini dijadikan Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Asalnya ia tidak mempunyai nama sehingga pada 1911. Nama Jahar adalah sempena nama sejenis bunga yang ditanam di laman istana ini. http://www.arkib.gov.my/istana_jahar


Bank Pitis berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi. Pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad IV pada tahun 1903 telah menghantar "pohon duit" kepada Raja Siam. Pada masa itu, Kelantan masih merupakan negeri di bawah perlindungan Siam. "Pohon Duit" ini juga dikenali sebagai Pohon Pitis. Berdasarkan sejarah, Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.


"Pohon Pitis" Kelantan dibuat daripada logam timah yang mengandungi 13 syiling menggunakan teknologi acuan yang diperkenalkan oleh pedagang dari China. Pada bahagian muka syiling tertulis “Thuriba Fi Zul-Hijjah Sanat 1321” bermakna bulan Zul–hijjah 1903 dan dibelakangnya pula tertulis perkataan “Belanjaan Kerajaan Kelantan” untuk mengesahkan bahawa ianya adalah matawang rasmi kerajaan Kelantan http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Pitis. Pokok pitis ini digunakan sebagai logo rasmi Bank Simpanan Nasional.


Kampung Kraftangan Kelantan, menggunakan senibina melayu Kelantan. Di dalamnya terdapat Muzium Kraftangan Kelantan yang dibina pada 1991. http://www.muzium.kelantan.gov.my/muzium_kraftangan.php


Pintu masuk ke Kampung Kraftangan Kelantan


 Muzium Islam Kelantan, merupakan bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan selama 72 tahun 6 bulan. Asal bangunan ini adalah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Encik Hassan bin Mohd Salleh (1900-1920). Dibina pada tahun 1902, berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan - Pattani, model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan Singgora. Bangunan yang diubahsuai ini kini memuatkan Muzium Islam, Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Kini dalam proses pengubahsuaian lagi.



Masjid Muhammadi, Masjid Negeri Kelantan Darul Naim. Asal namanya ialah Masjid Besar Kota Bharu. Dibina pada 1867, zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 . 31 Julai 1931, dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.


Binaan terbuka berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua


Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.


Memorial Peperangan Dunia Ke-11 (Bangunan Bank Kerapu).
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid, Menteri Besar Kelantan (1894-1900. Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India Limited "dan dibina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan. Bangunan ini siap dan digunakan pada 1912. dan mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris dan Greco-Roman. Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut 'kerapu'. Sehingga kini bangunan ini dikenali sebagai Bank Kerapu. http://kelantan.muzium.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=23&Itemid=40


Deretan rumah kedai lama... masih mengekalkan senibina lama


Ukiran dan senibina Melayu Kelantan. Halus design pada fascia board tambahan lagi menggunakan atap Singhorra ... unik, klasik dan sejuk di bawah teduhannya. Khazanah Singhorra ini bakal dan mungkin akan pupus jika tiada usaha untuk mengetengahkannya. Lihat video pembuatan handmade Singhorra, satu-satunya yang masih ada di Malaysia. (Lot 247,Kampung Pengkalan Baru, Batu 50, Bachok, Kelantan)
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/kWrNhqbBBMM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>