"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, November 8, 2011

Pulut Inti

Pulut, kandungan kanjinya lebih banyak berbanding beras nasi .... sebab itu ia melekat dan melekit. Jika diambil dlm jumlah yg byk, karbohidrat yg tinggi akan menghasilkan kadar hormon serotonin yang tinggi. Serotonin berperanan menyebabkan otak jadi relax, nyaman & akhirnya mengantuk. Manakala, Protein pula dpt meningkatkan hormon tyrosin, yg menjadikan kita alert & cergas. Abul Harith http://fiqhmedic.wordpress.com/

breakfast ... pulut inti, buat utk hr cuti shj... sbb plan memang nak tido ... 

Petua org tua : (hmm ...boleh try ni....)
1. Beras pulut yg direndam 30 min atau boleh juga di sanggai, dikisar & dilumur ke muka atau badan akan dpt mencerah & menghaluskan kulit.

Bahan & Cara masak pulut:
1. Basuh bersih beras pulut, rendam dlm 30 minit, toskan
2. Sukat 1 cawan air = 1 cawan beras pulut
3. Didihkan air, dah mendididh masukkan pulut, masukkan sedikit garam, masak dgn api kecil & tutup periuk masa memasak. (Petua : alas bawah periuk memasak dgn tudung periuk lain supaya pulut tidak berkerak)

Bahan & Cara masak inti kelapa:
1. Masak 1 biji gula melaka dgn sedikit air (supaya mencair & senang dicampur pd kelapa)
2. Masukkan 1/2 kelapa parut (putih shj), tambah gula dan sedikit garam - manis, ikut rasa sendiri
3. Kalau kering, tambah sedikit air. (Petua : Tabur sedikit tepung gandum kalau nak bg inti mcm melekat). 

No comments: