"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Saturday, June 25, 2011

Nasi Tumpang - Exotic food

saat ku idamkan.....akhirnya jumpa kat Belanga, The Garden Mid Valley. Pernah buat sekali tp agak leceh... hmmm sedapppp sgt...macam yg aku buat..he he he


... mengikut cerita mak mertuaku, nasi ni dulu dibawa bekalan org gi kerja. Rupanya mcm nasi impit tp lembut dimakan berlaukkan gulai udang, sedikit sambal ikana atau daging dan telur goreng. Unik dan eksotik sbb susah nk dapat... walaupun kt tpt asalnya Kelantan....perghh sedapppp... lebih2 lagi dibungkus dgn daun pisang.

Sunday, June 19, 2011

Beleda Laici

pagi tadi abe we mintak beleda...apatu!!! ..ni bahasa kelate "beleda bodo2 pun tak po... letak la milo sikit" ... Aku sebenarnya memang nk buat pun beleda tu...tapi namanya english choc puding arghhh  failed....lembik nyek2 ....terus buang dgn resepinya sekali aku ganti dgn yg  .......ini...BELEDA LAICI (Puding Laici Berkuah)

* resepi ini mengggunakan 2 tin laici

Bahan2 puding:
1 tin laici (asingkan air dan buah)
1.5 liter air
7 sudu mkn gula
1tin susu sejat
10gm agar-agar powder
sedikit esen vanila


Bahan kuah:
2 cawan air
1 tin susu sejat
3 sudu gula
1 lagi tin laici  (ambil airnya)


Cara masak puding:
1. Masak air, masukkan gula, susu dan air dr laici tin - masak hingga menggeleggak
2. Potong buah laici (kasar). Masukkan dlm puding yg dah masak.
3. Tuang dlm bekas yg dh disusn dgn buah laici.


Cara masak kuah:
1. Masukkan air, air dr laici tin dan gula
2. Masak hingga menggelegak
3. Lebihan buah laici jadikan hiasan

Tuesday, June 14, 2011

BILA ORANG MUDA SEMAKIN BIADAP!!!

beza umur berbelas tahun...
perlakuan kurang ajarrr...
tiada etika dalam bekerja
..... akhirnya menyusahkan kerja orang lain

rasa bangga... dengan tugasan
rasa bongkak ... dengan pujian
bercakap besar...mendongak ke langit
walhal engkau sedang melalui ujian ....

orang muda...
engkau dalam proses belajar
perlu pengalaman sebanyaknya
bukan tunjuk besar kepala

akan tiba jua suatu masa
engkau berada di puncak
mungkin bukan ketika ini
belajar lagi, disiplinkan diri

orang muda..
kau fikir ...aku suka. tidakkk!!!
aku tidak pernah minta semua ini...
aku juga tidak inginkan semua ini...
tapi aku redha ...rezekiku disini

aku sedia undur diri....pasti
hati dan jasadku terlalu ingin pergi...
aku harap tidak akan jumpa lagi
orang muda seBIADAP ini....!!!

Tuesday, June 7, 2011

TLDM Naval Base, Lumut

Cuti sekolah yg ditunggu2 sbb nk gi sini... Pengalaman berharga
Terima Kasih : KDR Rosli Abdul Ghani (SMP) TLDM, ..Classmate of S Semail Ismail
... rasa patriotik bila tengok pelbagai khazanah dlm galeri

Penghargaan buat TLDM... berkorban kpd negara Malaysia dan rakyat Malaysia

... menuju ke KD Selangor 176,
 kapal peronda ke 6 menggantikan KD Seri Selangor yg telah dilucutkan tauliah setelah 32 berkhidmat mengawal perairan negara

... teruja dapat naik KD Selangor 176
KD Selangor & KD Kelantan berpengkalan di Lumut

View to Markas Armada, Motto : WE MEAN TO WIN
Bermula di TLDM Woodland tahun 1950 an
18 Mac 1983 - Perpindahan Markas Armada dan unit-unit lain dari Pangkalan TLDM Woodlands ke Pangkalan TLDM Lumut
20 Nov 1984 - Perasmian Bangunan Markas Armada
Sumber : http://www.navy.mil.my/index.php/mengenai-kami

Berjasa kepada negara...
KD Selangor bermula 1963, pernah bertempur dgn Kapal Penggempur Indonesia di Selat Singapura (24.7.1964) berjaya menenggelamkan kapal tersebut ....ada yang terkorban dan cedera. ....Alfatihah...

KD Selangor direka bentuk sebagai sebuah kapal bestari iaitu kecanggihan peralatannya boleh dioperasikan dengan jumlah krew yang minimum tetapi berupaya mengekalkan tahap dan tempoh pengoperasian tinggi.
....Semua bendera ada makna yang tersendiri bukan saje2 gantung...

KD Selangor sepanjang 91.1 meter dan lebar 12.8 meter menggunakan sistem persenjataan STN Atlas Cosys 110-M1 dan senjata utamanya ialah meriam 76 milimeter (mm) OTO Melara dan meriam 30 mm OTO Breda.
sebahagian sumber dari :