"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Haruman Cempedak

"Buah cempedak di luar pagar .... ambil galah tolong jolokkan" ... lagu wajib kanak2 tadika dulu
 
SubhanAllah wanginya bau cempedak masak ... Nama saintifiknya  Artocarpus champede Kandungan vitamin C lebih tinggi berbanding nangka. Selain itu kaya dengan vitamin A dan serat yang baik untuk sistem pencernaan ... tapi orang lama kata  buah ini "angin" ... jadi pandai-pandailah menanganinya...
 
 
sekilo RM 6.50.... cantik isinya, manisssss buahnya ...huhhh nikmatnya  rasa



hujan petang ... sedapnya melayan cempedak goreng ni... kruk kruk kruk
resepi campak2.. antaranya tepung beras, tepung gandum, telur, serbuk kunyit dan garam



 

Wednesday, December 5, 2012

Tempe Sticks

nama Tempe Sticks .... dengar mcm hmmm ... boleh jadi bahan ejekan ... ya laah ..tempe ... apa kelas??? ... tapi  tahukah kita bahawa makanan kampung ini dihasilkan melalui proses penapaian.... ini bermakna orang dulu2 telah menggunakan ilmu mikrobiologi dalam penghasilan makanan tradisi ...hebat


hasil jelajah MAHA 2012 ... inovasi dalam makanan..... goreng sendiri  di rumah,  marvelous ... sesuai dijadikan snek lebih-lebih lagi dijual di kantin sekolah ...
Nak tau apa rasa tempe sticks ini boleh dapatkan di pasaraya atau disini


 

Thursday, December 8, 2011

... black & white

hidangan petang sebelum en hub. pergi outstation...
Buat sikit jer... sbb kat rumah ni semua, katanya diet... tp X cukup rupanyer...
kena buat 2 versi ... sbb Sofi suka jemput2 ikan bilis, abah Sofi pulak jemput2 pisang.... ibu ??? apa2 pun X kisah, semua ibu suka...

Khaisiat pisang
  1. Family Musaceae
  2. Mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folattiga
  3. Jug mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa.
  4. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Khasiat Ikan Bilis (Anchovies)
  1. Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya, seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin .
  2. Kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium.
  3. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam.
  4. Selain itu ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran



Friday, September 9, 2011

popia gunting sira pedas

... satu-satunya kuih raya yg buat sendiri (ni... kira kuih raya juga ke???.    kalau buat masa raya .. ya la tu), ... dah lama teringin tapi bila dicari susah pulak nak jumpa, .... akhirnya bila dah teringin tahap melebihi org mengidam ... inilah kejadiannya...

nama sira pedas .... tapi tak pedas pun


 
Langkah 1: Gulung popia, gam dgn telur & gunting serong


Langkah 2: Tumis sambal (7 bj bwg merah, 3 bj bwg putih, sikit udang kering,
sikit lada kering jenis kurang pedas - semua blend) hingga agak kering. Sebelum kering masukkan sikit garam, 2 1/4 sudu gula & sikit air asam. Try rasa ... ikut kesedapan sendiri


Langkah 3 : Goreng popia - kekuningan & toskan



Langkah 4 : Gaulkan / sira sambal dgn popia