"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, September 20, 2011

Penang Heritage Trail

sangat menarik .....  nilai estetik bandar Georgetown. Selayaknya  ia mendapat award dr UNESCO sbb kebanyakkan bangunannya adalah yg tercantik di negara ini.
Bangunan kolonial ini dibina pada 1817, merupakan asal Penang Free School.
Penang Free bermaksud semua anak Pulau Pinang boleh belajar di sini tanpa
mengira kaum. 1964 telah menjadi Muzuim dan Balai Seni Lukis, Pulau Pinang
http://penangstatemuseum.blogspot.com/2008/08/sejarah-bangunan-muzium-negeri-pulau.html



Bangunan kolonial, Georgetown City Hall, sekarang Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, dibina pada 1903





Bangunan kolonial, Penang Town Hall dibina pada 1880
dahulunya sebagai perpustakaan, concert hall dan grand ballroom.



1923, Bangunan kolonial, Georgetown Dispensary di Beach Street.


Bangunan era kolonial CIMB Berhad, Tanjung, Beach Street.



Masjid Kapitan Keling, masjid tertua di Penang. Nama masjid diambil
sempena nama jawatan Chaudeer Mahudeen (ketua komuniti India Muslim
yang  membinanya sekitar 1800. Masjid yang ada pada hari ini telah
diubahsuai mengikut senibina British Mogul
http://speedytravel.blogspot.com/2009/04/heritage-buildings-of-penang.html



Masjid Negeri Pulau Pinang, dibina pada 1979.  Arkitek masjid ini berasal
dari Filipina dan seorang lagi arkitek Brazil. Ilham dari gabungan senibina
tempatan dan western modernist.



Masjid Terapung Tanjung Bungah, gabungan senibina tempatan dan Middle East
Architecture. Direka oleh Muhamad Fisol Osman, arkitek JKR Pulau Pinang
Pernah dilanda badai Tsunami 2004, namun binaannya tidak terjejas

Friday, September 9, 2011

popia gunting sira pedas

... satu-satunya kuih raya yg buat sendiri (ni... kira kuih raya juga ke???.    kalau buat masa raya .. ya la tu), ... dah lama teringin tapi bila dicari susah pulak nak jumpa, .... akhirnya bila dah teringin tahap melebihi org mengidam ... inilah kejadiannya...

nama sira pedas .... tapi tak pedas pun


 
Langkah 1: Gulung popia, gam dgn telur & gunting serong


Langkah 2: Tumis sambal (7 bj bwg merah, 3 bj bwg putih, sikit udang kering,
sikit lada kering jenis kurang pedas - semua blend) hingga agak kering. Sebelum kering masukkan sikit garam, 2 1/4 sudu gula & sikit air asam. Try rasa ... ikut kesedapan sendiri


Langkah 3 : Goreng popia - kekuningan & toskan



Langkah 4 : Gaulkan / sira sambal dgn popia

Tuesday, September 6, 2011

santapan .... aidilfitri 2011

Aku agak konservatif, suka sgt pd yg lama-lama ... apa shj, terutama makanan ... jom layan makanan  masa raya di JB

bahulu lapis, kuih yg mesti dimakan stp tahun (setahun sekali)
& lagi hanya yang dibakar dgn sabut atau kayu shj....
(aku juga bole bezakan yg betul2 tradisional dgn yg palsu)



 nampak mcm biasa je kan!!!, tapi sebenarnya rasanya lain dr yg lain. Apa yg lain??? ... yg lainnya ialah mak aku yg buat ... kerangupan, ketebalan, kemasinan & kesegarannya X dapat ditandingi oleh kerepek2 pisang lain .... ha ha ha


dodol ... bukan favourite, tapi kalau makan, hanya makan versi lama dibalut dgn
upih shj ... sbb aku suka pd tekstur dodol tu yg ada garis-garis ...


marble cheese brownies ... gabungan coklat & cheese ... hmm cheeseee.. sukanya


ketupat, kuah lodeh, sambal kacang & rendang
hidangan setiap kali raya aidilfitri atau aidil adha atau bila teringin ....

Ada 1 yg X de ... kuih tat buatan mak, sekrng mak dah X buat ... X larat... nak harap anak2nya .... mengada2 nak mak yg buat jugak.



ni pulak ... makanan eksotik @ Kota Bahru ... Raya ke 3 dah jual macam2...
... dah X pandang sekut raya (bhs Kelantan)
 Gerodok...  warna kurang menarik tapi  sedappp ni.... versi sekarng lebih kurang karamel

buah tanjung ..... sedap dimakan sejuk



 rupa bentuk sebenar buah pokok tanjung (Mimusops elengii)