"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Saturday, January 14, 2012

Martabat Tulisan Jawi

Tulisan Jawi mula berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudiannya Kerajaan Melaka, Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Batu Bersurat Terengganu 702H atau 1303M adalah bukti kewujudannya di Tanah Melayu.
Tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.



Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini, hanya Negeri Kelantan sahaja  terutama Kota Bahru di bawah MPKB yang benar- benar menunjukkan kesungguhan dan usaha untuk  memartabatkan tulisan Jawi ini melalui iklan, papan tanda serta nama - nama jalan ... Congratulation




Dalam sistem pendidikan Malaysia, tulisan Jawi telah dihapuskan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, seorang bangsa Melayu dan beragama Islam, Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006), anggota kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Akibat dari itu, buku teks sekolah subjek Pendidikan Islam telah ditulis dalam Bahasa Melayu Rumi.... kesannya generasi muda buta huruf Jawi dan Al Quran semakin meningkat. link




Fasa kegelapan itu mula bersinar apabila langkah drastik 1986, semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.




Selain itu, untuk memperkasakan lagi  tulisan Jawi, Kemeterian Pelajaran dan pemimpin negara ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi memperkenalkan Program j-Qaf tahun 2005. Walaupun setakat di sekolah rendah sahaja ia sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kadar celik Jawi kepada generasi cilik negara.




 Program j- Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain) ini juga banyak membantu lepasan pendidikan dari Timur Tengah ketika itu menjadi ahli dan guru. Inilah antara jasa murni dunia dan akhirat bekas pemimpin negara.









No comments: