"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Saturday, January 14, 2012

Martabat Tulisan Jawi

Tulisan Jawi mula berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudiannya Kerajaan Melaka, Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Batu Bersurat Terengganu 702H atau 1303M adalah bukti kewujudannya di Tanah Melayu.
Tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.



Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini, hanya Negeri Kelantan sahaja  terutama Kota Bahru di bawah MPKB yang benar- benar menunjukkan kesungguhan dan usaha untuk  memartabatkan tulisan Jawi ini melalui iklan, papan tanda serta nama - nama jalan ... Congratulation




Dalam sistem pendidikan Malaysia, tulisan Jawi telah dihapuskan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, seorang bangsa Melayu dan beragama Islam, Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006), anggota kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Akibat dari itu, buku teks sekolah subjek Pendidikan Islam telah ditulis dalam Bahasa Melayu Rumi.... kesannya generasi muda buta huruf Jawi dan Al Quran semakin meningkat. link




Fasa kegelapan itu mula bersinar apabila langkah drastik 1986, semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.




Selain itu, untuk memperkasakan lagi  tulisan Jawi, Kemeterian Pelajaran dan pemimpin negara ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi memperkenalkan Program j-Qaf tahun 2005. Walaupun setakat di sekolah rendah sahaja ia sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kadar celik Jawi kepada generasi cilik negara.




 Program j- Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain) ini juga banyak membantu lepasan pendidikan dari Timur Tengah ketika itu menjadi ahli dan guru. Inilah antara jasa murni dunia dan akhirat bekas pemimpin negara.









Sunday, January 8, 2012

Senibina Rumah Allah

1.  Masjid Kampung Laut, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan


Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun, turut dikaitkan dgn kedatangan
Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.



Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut
disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara.



Masjid asal di Kg Laut berhampiran tebing Sungai Kelantan yang mengalami
hakisan teruk .... akhirnya dipindahkan ke Nilam Puri seperti yang ada
pada hari ini.


Masjid Agong Demak, Jawa Tengah, antara masjid tertua di Indonesia, dibina hampir sama seperti Masjid Kampung Laut oleh anak Raja Jawa yg menjadi mubaligh Islam di Kelantan ketika itu. Masjid ini bercirikan senibina Jawa dan telah dibaik pulih beberapa kali sehingga yang terakhir pada tahun 1987.Rujuk sumber

















2.  Masjid China Rantau Panjang, Kelantan


 Dinamakan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra



 Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang,
lebih kurang 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.



 Seni binanya amat unik,  menggabungkan seni bina China dan Islam,
menyerupai Masjid Niujie yang  berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.

 
 

Masjid Niujie, Beijing, China, masjid tertua di Beijing, dibangun pada tahun 996 oleh ulama Arab, Nasuruddin pada zaman Dinasti Liao, kemudian diperluas lagi pada zaman dinasti-dinasti Yuan, Ming dan Qing. Rujuk sumber



 Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009.
Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan RM8.8 juta.



Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.





3. Masjid Kayu, Besut, Terengganu


terletak di Kampung Seberang Jerteh, Besut


siap pada tahun 2010, bernilai RM 12 juta, mampu menampung lebih kurang
1000 jemah pada satu-satu masa



menggunakan 80% kayu cengal























Saturday, January 7, 2012

Roti dan Kopi O

teatime dengan roti dan kopi O shj @ The Loaf, Empire Galary
.... tapi kalorinya lebih kurang dgn sepinggan nasi... camna nak diet ni???

The Loaf Bakery, kepunyaan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Jiro Suzuki. The Loaf is a Japanese-style gourmet bakery using Japanese baking techniques. It employs a famed Japanese baker

info tentang kelemahan roti putih :
Rujuk sumber



ahhh segar.... kenape segar... sbb kandungan kafein yg ada di dlm kopi sbg
perangsang kpd sistem dlm badan
kenapa ramai org kata kopi memudaratkan kesihatan...
sedangkan kopi adalah minuman kegemaran Rasulullah selepas madu dan susu
Rujuk sumber
Org Yahudi sendiri taksub dengan kopi... mereka ada Starbucks, Dome,
Coffee Beans dll lagi  ... adakah ini propaganda Yahudi???

Khasiat Kopi:
  1. Secara fisiologi, kopi dpt mengurangkan lemak dlm badan. Kafein dpt membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga dengan segera, tapi awas dengan campuran gulanya.
  2. Jurnal Human Psychopharmacology : meningkatkan prestasi otak dan daya ingatan.
  3. Antioksida, perisai kepada radikal bebas.
  4. Sekolah Kesihatan Awam Harvard : dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan.
  5. Kajian Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo : berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Keburukan kopi :
  1. Wanita mengandung yang mengambil kopi berlebihan akan berpotensi mengalami keguguran dan bayi akan sukar bernafas semasa dilahirkan
Rujuk sumber