Cantikkk tak .. tetiba shj terjebak dgn permainan budak-budak ni... Segalanya bermula bila kena
handle permainan batu seremban sempena Karnival Sivik 2013, SMKRP Klang
Cari
online jumpa blog Umiecah..
order di JB dan tak lama lepas tu dapat.. puas hati dgn jahitannya kemas tetapi saiz yang dibuat agak terbesar.. jadi aku jahit semula guna kain baru ikut saiz tangan budak- budak form 1 & form 2 yang jari dan tangannya comel2.
Langkah menjahit batu seremban bermula ... gunting kain, jahit kelongsong guna mesin, masukkan batu akuarium yang bersaiz paling kecil dan akhir sekali jahit insang pari. .. tak boleh isi batu penuh-penuh nanti keras dan tak sedap dipegang. Orang dulu-dulu biasanya guna kacang hijau tapi.. tak baik tau makanan dilambung - lambung dan lagi kacang hijau bila dah lama akan keluar bubuk.
.. akhirnya dapat 35 set (175 biji) batu seremban yang cute & colourful
peserta pertandingan .. semuanya comel-comel dan kanan sekali adalah johan pertandingan batu seremban sesi petang .. tahniah
ini adalah peserta2 yang kecewa .. tak apa, tahun depan ada lagi
Terima kasih .. guru-guru yang sama-sama menjayakan aktiviti ini sehingga ianya dapat berjalan dengan lancar dan terkawal.., Pn Kamsiah Hamzah, yang agak cerewet dengan peraturan.. tak boleh macam tu , tak boleh macam ni.., Pn Noor Fadhilah Senin, Pn Anida Md Jelani, Pn Nor Zarina Abd Radzak.. dan 2 lagi pemerhati suka-suka Cik Nur Hamizah Aziz & Ustaz Sabri.