"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, October 15, 2013

Juadah Pagi Raya Idul Adha

Cuti cuma sehari.. tak balik kampung, jadi kena masak-masak sikit... kalau tak masak macam mana ehh.. mesti Sofi & abah Sofi sedih.. tak rasa macam raya.


Masak Nasi Pilaf Daging Jamaica resepi Chef Wan, tq .Resepi link . Request dari Sofi dan gulai telur.




... dan juadah penghias meja ... brownies cheese kek order dari fyza link, baby mac cookies dari arah link dan anggur dari kedai buah.

Asam Laksa Ah Cheng

asal dari Alor Star, Kedah ... sedappp dan yang penting ada HALAL Jakim. Infol link

pertama kali try di kiosk AEON Bukit Raja ... dan ini di e Curve, Mutiara Damansara.

KUD 2013

Karnival Usahawan Desa di Putrajaya.. kebanyakkan produk desa yang biasa2 sahaja dijual.. X ada kelainan.. tempat pun agak kurang selesa .. panas. Sepatutnya karnival ini dibuat macam MAHA ataupun Hub HALAL untuk keselesaan pengunjung dan peniaga itu sendiri. Sedikit perkongsian beberapa produk yang ada:



kaedah penetasan telur puyuh menggunakan inkubator.. mesin menggantikan ibu mengeramkan telurnya




kelainan dadih ini ialah mengandungi kolagen rumpai laut




sarang burung walit yang telah dibersihkan untuk dijadikan minuman




produk kraftangan orang asli

MiExpo 2013

Hari terakhir Expo Inovasi Malaysia 2013 di UPM, banyak booth dah tutup .. aku cuma sempat perhati dan bersoal jawab dgn beberapa booth sahaja...  Agak menarik juga, design peringkat sekolah menengah tinggi ini dan yang lainnya.





Fold Rostrum..  dari SMT TARP, Pulau Pinang, ... portable,  lebih sesuai untuk indoor.



G-TPB (batu penurap teknologi hijau) dari Kolej Vokasional Slim River... dari sisa buangan kelapa sawit,  pengganti pavement interlocking paver yang biasa, lebih ringan, kos rendah, tahan, telah diuji . link.
Sepatutnya dikomersialkan untuk orang perempuan yang terlibat dgn kerja2 construction yang kecil2



Rekacipta drawing board dlm masa sama sebagai tempat simpan alatan lukisan teknik



Pokok Melaka menjadi trademark negeri Melaka... macam ni rupa buah melaka original, .. kaya dengan vitamin C..  rasa macam air gula melaka bila dibuat jus.  Info : Link



PISKIPONIK,  kaedah gabungan pelihara ikan dan tanam sayur serentak. Air sisa kumbahan menjadi baja kepada sayuran. Bagaimana caranya? link