"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, December 11, 2011

PPAS ... bhgn 2

sambil menyelam minum air .... buat research utk thesis sambil merasai pengalaman menggunakan digital library


mentelaah ...kejap jer tu...X  tahan godaan nk join bebudak lain main digital game




buku kat bhgn kanak2 ...sgt2 interesting ... rasa mcm nak baca semua...apa taknyer, gambar banyak dan  colourful, tulisan besar, graphic cantik... kalaulah ada buku org dewasa camtu mesti X mengantuk masa membaca




digital storytelling ... parents pun ikut sekali .... memang best




persembahan nyanyian kanak2.... 5 stars sound system




I Step, ... main bola sepak digital




bersama Usamah(Thn 2), baik budi.... pernah bagi duit RM1.00 pada Sofi, ... masa tu Sofi stayback sampai pukul 7.00mlm dan kehabisan duit belanja... Tq, Usamah




bersama kembar 4....berbaju biru Harimau Malaya




Book Review 3 borrowed by Sofi




Kiri : Kisah kehidupan gorila di hutan bermula dari saat dalam kandungan hingga dewasa dan akhirnya gorila ini diburu malah ada yang dibunuh kejam oleh pemburu haram.
Kanan : Fakta tentang ubi kentang, ciri tumbuhan, cara penanaman, khasiat, penyakit, cara pemilihan dan paling menarik masakan mudah berasaskan ubi kentang. (Rujuk:  http://lizjournal-lizstudio.blogspot.com/2011/12/fakta-ubi-kentang.html


Thursday, December 8, 2011

... black & white

hidangan petang sebelum en hub. pergi outstation...
Buat sikit jer... sbb kat rumah ni semua, katanya diet... tp X cukup rupanyer...
kena buat 2 versi ... sbb Sofi suka jemput2 ikan bilis, abah Sofi pulak jemput2 pisang.... ibu ??? apa2 pun X kisah, semua ibu suka...

Khaisiat pisang
  1. Family Musaceae
  2. Mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folattiga
  3. Jug mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa.
  4. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Khasiat Ikan Bilis (Anchovies)
  1. Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya, seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin .
  2. Kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium.
  3. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam.
  4. Selain itu ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran



... kembali padaNya jua

sahabat Rasulullah ada bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

... sebak bila tortoise peliharaan pertamanya terkulai dan mati... dia tidak mampu berkata2 hanya kesedihan jelas terbayang di wajahnya.



arwah tortoise ni diberi nama LaLa, ada sekor lagi BiBi (bukan bibik ya ...) tapi dia kurang suka sbb penakut. Walaupun sedih dia rasa puas hati dpt bawa LaLa balik kampung baru ni ..."kalau tinggal, nanti X de sape nak bg makan" katanya
Abah Sofi pernah kata " kalau dia dah X ada suatu hari nanti, dia akan ingat Sofi, dia tahu Sofi sayang dia & pernah bawa gi jalan2


... dia X sampai hati nk buang mayat LaLa ni....dia gali kubur bawah pokok limau purut




proses pengebumian hampir selesai




tinggalah BiBi sekor.... tengok tu mcm manalah Sofi nak suka... nampak org je terus menyorok, X mcm arwah LaLa



aku cuba juga nak ubati hatinya yg lara ...
dia suka jeep, aku belikan Jeep wooden toy, tapi tengoklaa tu...dia X ada mood


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, 1bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Dpd bahagian yg satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri".(Hadis riwayat Bukhari)  

Tuesday, December 6, 2011

cuti sekolah... PPAS

... ... dah beberapa kali pergi sini,. kali ni layan abg Sofi nak tengok 6D theatre .... tapi X dpt tengok ... sbb ada lawatan rasmi org tertentu....hanya sempat explore bhgn kanak2 & remaja.
5 star library.... the best in Malaysia.


... lake view from lobby


kiri : bhgn kanak2... fun & excitement ....dgn telatah comel kanak2 ... baca buku sekejap jer ... mainnya banyak ... itulah kanak2
kanan Woodland Regional Library, S'pore. ....same concept with  S'pore




.... bahagian kanak2 : lengkap dengan toilet, surau, kelengkapan multimedia & bilik aktiviti



bahagian dewasa : utk 11 tahun ke atas, sgt selesa ... sampai ada pengunjung yg tertidur mcm kat rumah



kemudahan lain : gymnasium (boleh baca buku sambil cycling) dan paling best suasana cafe yg condusive


Book review 1 on books read in library by Sofi
Kiri : Mosquitoes From The Swamp ...tentang makhluk cicak gergasi yg mati dibunuh kerana memakan haiwan ternakan orang kampung.... kematiannya telah menyebabkan nyamuk keluar dgn byk dan membiak dgn cepat lalu menghisap darah manusia.
Kanan : How Malacca Got Its Name ...tentang seekor pelanduk yang berjaya menumpaskan anjing peliharaan Parameswara. Kejadian berlaku di bawah sepohon pokok Melaka.



Kiri : The Caterpillar is Poisonous ...ular sawa mengamanahkan catepillar menjaga bisanya sebelum mengikuti suatu pertandingan. Walaubagaimanapun seekor tikus telah terlanggar bisa ular tersebut lalu terpercik ke badan caterpillar.
Kanan : Bread and Bakeries ... pengenalan tentang roti, jenis2nya, bahan ramuan, saiz dan bentuk roti mengikut sesebuah negara.


Book review 2 on books borrowed by Sofi
Kiri : ...  azam, semangat dan kegigihan Farid untuk belajar & menghafal AlQuran demi utk mendoakan semua ahli keluarganya yg telah meninggal dunia. Farid telah berjaya menjadi seorang hafiz & Imam sebagaimana hasrat arwah ibu bapanya.
Tengah : ... pahlawan Sarawak, penentangan terhadap penjajah, British
Kanan : ... pelbagai kisah iktibar yang sgt meruntun hati

semua cerita sedih-sedih ni.....


leisure reading by ibu Sofi
 ... fell in love with the recipe



.... like graphic very much

Ayers Rock & The Strand - Sunway Giza, Kota D'sara


lunch di sini, ... nak try .... sbb masuk dlm program jalan2 cari makan ...
for more info : link



Salmon Steak & Lamb Shoulder



Beef Sausage & Beef Wrap

Alhamdulillah ..... memang betul2 sedap ....
lepas lunch, jalan2 di sini....

Sunway Giza ....succesfull.....a unique neighbourhood mall concept developed by Sunway Damansara Sdn. Bhd






 a pedestrian friendly.....
The first mall in Malaysia to have 12 environmental friendly electrical fans along its covered boulevard warkway which links the shop offices and shopping mall. The boulevard also allows for alfresco dining and outdoor activities throughout the year.



..... a cool shopping experience

Sunday, December 4, 2011

untuk tetamu ... kuih cara

untuk tetamu abah Sofi & lewat petang kawan2 Sofi pulak
... kuih cara berlauk... order dari http://dapurfyza.blogspot.com/. ... TQ Fiza, ...
nak buat sendiri X pandai... puas hati dgn kuih ni ... Sofi bg markah 10/10

Saturday, December 3, 2011

Cuti sekolah ... AgroFest

melayan Sofi di AgroFest ...
karnival ni memang ditunggu2 sbb nak cari biji benih sayur & nak tengok kambing.




benih bayam, sawi, cili merah, jagung & etc ... 4 packet RM10.00



X pernah nampak buah herba ni.... cari online pun X jumpa... tapi try juga .. rasa airnya mcm green tea



nama pau ni ..Pau Power ... 1 biji RM 1.50
Motto pau ni ... "Sedap, besar, murah, putih, lembut, gebu, lebar"
 ... panjang betulll mottonya!!!.... memang sedap sebenarnya. Lokasi kedai
No. 70 Jln 18/16B, Sek.18 Shah Alam. Tel No: 0166684527




pertandingan hasil pertanian




burung hantu & kucing ni... tido memanjang,
Sofi beli labi2 betina sbb ingatkan ada sekor kat rumah ni jantan ... rupanyer betina juga.... X bole terlanggar sikit  ... gaduh saje







aduhai ... yang ni sedang melayan perasaan



... menggigil2 rabbit ni tengok budak2 penuh dalam kandang dia
sampai dia confuse sape yg rabbit ni sebenarnya.  ...




rabbit ni manja dgn abg Sofi ...

Cuti sekolah ... chess

sofi minat chess, selama ni main chess berguru dgn abahnya, harapkan ibunya .. cuma tau main dam aji jer...ada masa nanti boleh tengok web ni ... basic chess http://ms.wikipedia.org/wiki/Catur

mcm2 program cuti sekolah di Kompleks 3C, MPSJ ... ada 4 program yg
berkenan dihati... catur, cupcakes, robotik & sains kreatif ...
kenapa sampai ke Subang Jaya?.... sbb MPK X buat apa2 program cuti sekolah utk kominitinya ...



Cg. Fadli sedang mengajar tajuk taktik ...
cikgu ni dr Cerdik Catur http://www.stonemaster.info/



lepas diajar ... budak2 ni bertanding sesama sendiri



kelas berakhir ... jumpa lagi bengkel kali ke3 akan datang