"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, May 20, 2012

sepetang di Pulau Ketam

 Jalan-jalan di Pulau Ketam sambil menghayati & memerhati suasana dan kehidupan di sini...

Remaja Cina : Selamat petang cikgu...
Cikgu           : (senyum)  selamat petang

... seorang rakan pendidik disapa oleh anak muridnya di jeti. .... beradabnya murid cina ini....sebakkk bila memikirkan bagaimana keadaan dan kepayahan rakan2 yang ditugaskan mendidik anak-anak di sini .... 
 
mula beroperasi jam 6 pagi hingga 6 ptg
99% penduduk adalah cina... guru yg berkhidmat di sini kebanyakkan tinggal di Port Klang... berulang alik menaiki bot dlm jangka masa 35 hingga 45 minit...fikirkan bagaimana ...  dan berapa lama mereka  berada di sekolah utk menyiapkan semua kerja ... X mungkin kerja itu dibawa balik ke rumah disbbkan kekangan pengangkutan ...dari jeti mengayuh basikal pula  ke sekolah, macam mana nk pikul barang sendiri atau barang lain utk hari kantin, hr sukan dan pelbagai majlis lagi .. kalau hujan ???... huhhh "pengorbanan guru tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit" (Datuk Alimuddin Mohd Dom, Bekas Pengarah Pelajaran Malaysia)




lunch ... ketam segar goreng cili





Suasana kawasan kedai ... X banyak yg dijual... hanya barang basah, barang dapur, restoran tidak halal, 1 saje restoran melayu, hardware, pakaian ready made, kedai ubat dan makanan ringan.
Moral yg terdapat di sini ialah kebersihan...tidak ada longgokan sampah terbiar di daratan ... 




sebahagian rumah di Pulau Ketam .... persekitaran yang bersih





ada 1 shj bank kat sini dan deretan kuarters polis



ada kemudahan sewa basikal untuk ronda2 di pulau ini



basikal pengangkutan utama....siap ada line utk basikal....



pusat kitar semula pun ada dan stesen minyak Petronas utk isi minyak bot



membawa barangan runcit dengan bot


Pelbagai jenis bot di Pulau Ketam














bot penumpang dari pulau ke Greenway Fishing Recreation





sangkar ikan... utk pasaran tempatan & juga eksport



 .... berebut-rebut nak makanan




tempat memancing, boleh bermalam ... ada kemudahan bilik tidur



bole terlena.... dengan tiupan angin yang kuat




Kailan ikan masin.... ikan kurau dr Pulau ketam


Saturday, May 19, 2012

Mi Bandung Muar

berbulan-bulan lamanya teringin makan mi bandung Muar ni... cuti sekolah Mac lepas barulah dapat menikmatinya...  Alhamdulillah... Kat sini tak tau mana nak cari yang serupa dari segi fizikal dan rasanya...yang ada kat sini sangat2 berlainan...kalau teringin memang kena balik Johor

hmmm sedap sesangat...kelainannya tak boleh nak diceritakan




mula2 cari online lokasi kedai ni.....dan akhirnya jumpaaaa kat Jln Abdullah, Muar




beli 10 buat stok... bukan makan sorang2 tapi bagi kat orang... sekarang tinggal 3 jer...boleh tahan sampai setahun ... Isnin ni nak bagi kat sorang kakak tu (Pn Zalinah Mahmod) ... teringinnn benar dia sampai tak boleh tidur malam


Tuesday, May 1, 2012

Stem Cutting ... Gelagat anak didikku

Stem Cutting, pembiakan anak pokok secara keratan batang....melaksanakan PBS Tg. 1...ajak budak2 gi ladang buat amali pembiakan sambil bersihkan ladang sekali.


sungguh - sungguh memerhatikan sesi tunjukcara keratan.... macam terpegun tengok orng jual ubat



Imran (1D)....membuat demonstrasi ... membuatkan kawan2nya X tutup mulut




Zameer & Yahya (1T) ... sedang memadatkan medium keratan yg disemai




siram, guna tong penyiram cute ... muncungnya halus supaya medium tidak terpercik keluar




akhirnya Amal Amanah(1D) & kawan-kawanya dpt siapkan PBS mengikut kriteria yg ditetapkan
...good girls


Azizi (1T), sgt2 rajin... buat keja tanpa disuruh ... sdg tanam semula benih jagung yg hilang masa banjir
Tq... tolong cikgu betulkan paip air yg tercabut... basah kuyup bersama Hafiz

Thursday, April 12, 2012

MIHAS 2012

teruja...nak tengok Halal Hub Showcase...sanggup drive sendiri...check google map, start enjin kereta dan jalan...sampai sini X cukup tangan nak bawa barang...masa tu baru tersedar "banyaknya beli barang".



antara makanan yg ada ... Halal ni..tapi aku X rasa pun ... geli sikit..sebab lembik





"Samak Clay".... senang utk bawa masa travel.... kalau rasa was2 dgn sebarang benda mencurigakan...boleh terus samak 7 X (1 X air dicampur dgn "Samak Clay" dan 6X dgn air bersih)



mula2 seram tengok air ni...tapi bila dah termasuk dalam Halal Hub.... X ada rasa was2... so aku pun try...hmmm cam ni rasanya... X da lah sedap sgt... X minum pun X apa...


 

 air guava berkabornat


 

Nanyang White Coffee dgn campuran gula melaka... produk dari Singapore



 Stevia, tumbuhan berdaun manis berasal dari Paraguay...Daunnya rasa manis semulajadi, tiada kandungan gula spt Fructose, Glucuse, Sucrose dan Maltose.Info Stevia link . Utk pembelian link






daging lembu pun ada



 

kerepek dari Indon... betul2 pedas... lepas rasa kerepek ni terus cari air... air tester




kayu sugi.... tengok lelaki cina tu... sungguh2 dia bersugi
Info kayu sugi link

... 4 jam berada dalam ni... banyak sgt tester, semua benda aku nak rasa... dan akhirrnya AKU KEKENYANGAN...Alhamdulillah ...Thn depan nk datang lagi...InsyaAllah

Sunday, March 11, 2012

Popia Kelab Pengguna

Sabtu 9.3.2012...ada aktiviti jualan kecil-kecilan  Kelab Pengguna SMKRP ... keuntungan tidak seberapa tapi dalam masa 1 jam setengah telah habis semua jualan. Nampak sangat, guru penasihat & ahli kelab tak pandai berniaga...TAPI tak apa, ini first time jual makanan & air ... apa yang penting ialah ahli2 seronok dgn aktiviti yang dijalankan dan yang paling penting ...duit modal cikgu dapat balik

breakfast, ahad ... buat sendiri, teringin... masa menjual, cuma dapat rasa 1 jer..



sayur letak banyak2, kuah pun siram banyak2...... isshh memang puas hati



cari ais semua kedai terdekat  tak ada.... akhirnya beli kat kedai ais jauh sikit,
semua nak ikut ...penuh kereta.  Budak2 ni nak jalan2 sebenarnya...




air tembikai segar... pukul 9 a.m blend, tapis, masuk air gula sikit, tambah ais... lebih kurang pukul 10 a.m jual,  11 a.m  lebih habis....mcm mana tak habis cepat...memang kaw2... budak2 ni tak tambah air mineral,
....so 100% nutritious bersesuaian dgn tema Kelab Pengguna SMKRP ..."wellbeing for all"

Khasiat tembikai
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."


 
menunggu minyak panas....tapi lambat ssangat nak panas...Budak2 ni salahkan kuali aku, katanya kuali ni tak bagus......"Hello murid2ku, kuali cikgu cap Maxim .... Maxim tu kira ok tau"... sebenarnya kuali tu tebal & api tu pulak tak boleh besar tuu yg lambat panas



 
popia ...  dari dapur sementara Kelab Pengguna.
Popia asalnya, makanan orang  Cina,...disebut sbg "Bo-BEE-a"(薄餅仔),[1]  bermaksud "thin wafer".link
 Mengandungi sengkuang yang kaya nutrien karbohidrat. link  boleh menghalus kulit.   Carrot pula kaya dengan vitamin A (48,000 I.U) link dan beta carotene iaitu antioksida yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan jantung link .



sasaran jualan...untuk rehat pelajar kelas tambahan & pelajar yang terlibat dengan aktivti
Ko ko pagi Sabtu. Bila mula jer kena serbu ... tinggal 2 dari 7 ahli kelab yg menjual
 ... yang lain lari ke dapur kelab..."segan laa cikgu" .., aduhai ...
camna nak berniaga lagi ni...cikgu pun segan jugak
Nasib baik ada Kak Tengku & Azlina membantu... Tq semua...
tahun depan jom join Kelab Pengguna




customer yg ni dibenarkan ambil sendiri.... yg lain X boleh...

TQ kepada ahli kelab ...Nazreen, Azmeerl, Alif, Faeiz, Imran, Hafiz dan Fitri. .. sangat membantu, berkerjasama & etc... U all memang best & terbaikk...Sorry  tak dapat panggil semua ahli...ramai sangat nanti jadi kelam kabut. InsyaAllah lepas ni  kita buat aktiviti lain utk ahli2 yg lain pulak... pastinya fun activities & berfaedah untuk semua.

Tuesday, March 6, 2012

Sate Belon

Semalam perhimpunan sekolah petang ada perasmian Bulan Sains & Matematik....dan adalah eksperimen pasal Sate Belon. Balik sekolah, dalam kereta, aku berborak dgn student aku, Ong Chee Wah pasal Sate Belon ni.

...tiba-tiba, maghrib dlm pukul 7.30 ada suara budak terjerit2 panggil dr luar pagar rumah...Ckg Liza ....Ckg Liza... !!! Ckg Liza ...OOO!!!... Sofi bukak pintu, rupa-rupanya Chee Wah dan neneknya naik basikal menghantar Sate Ayam ke rumah ku.....TERHARU .. TQ ... Chee Wah... Moga jadi pelajar, anak & cucu yg baik di kemudian hari.

Sate yg diberi .... dia beli kat Precint Zapin,... mlm tu X makan, so panaskan balik buat breakfast
... masa makan masih terharu lagi...

Sunday, March 4, 2012

Rebung - Chef Ismail

Petang ni.... teringin sgt mee bandung Muar, yang mcm kat Muar atau macam kat Kg Melayu Majidee...tapi kat sini ,X tau nk cari kat mana. Akhirnya ... sampai ke Bangsar...try makan kat Rebung @ Jln Maarof  kepunyaan Dato' Haji Chef Ismail

Sampai di laman restorannya, Chef Ismail sendiri menyambut kedatangan aku sekeluarga.. Terpegun seketika.... wajahnya sangat bersih, jernih & ceria ... kebetulan pula dia memakai jubah putih,.... mungkin reflect dr hatinya juga...Orangnya juga sgt friendly.... tauke restoran yg patut dijadikan contoh....sangat berbeza  dgn tauke Restoran Jayati, Seksyen 13, Shah Alam... makanannya sedap tapi taukenya  fail.


 Air Janda Pulang, campuran air kelapa & sedikir rasa soda
 
 
 
 
Nasi Goreng Rebung Special....tapi X da sikit pun rebung.
Yang hitam tu rendang daging kering.... hmmm sedapnya


 
Mee bandung biasa ....pengganti mee bandung Muar

 
 
 
dessert Pulut dgn Serawa durian ....perfect..terbaik!!!



Saturday, March 3, 2012

WTF Grading

... masa kecik masuk ITF bila tukar WTF.... kena mula semula...saingannya semua budak kecik2...X pa laa Sofi... dpd ibu, nak join selfdefense class ... semua tpt X nak terima... "dah terlambat laa kak" .... hmm padahal diorang belum tengok kemampuanku menendang lagi ...Hezzz!!! (bunyi taekwondo)