"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, June 23, 2013

Sosej Roll

antara hidangan breakfast yang paling cepat dan senang  disediakan

Kesedapannya bergantung pada sosej yang digunakan... setakat ni dah guna 3 jenis sosej  .. dan yang paling sedap ialah cap nutriplus.. cheese chicken frank ... Tak payah gulung dengan sliced cheese.. dah memang rasa cheezy & yummyyy

Cara membuatnya :
1. Rebus sosej pada air menggeleggak -  dah masak, angkat dan toskan
2. Lenyek roti - sampai nipis sebab bila nipis dia tidak menyerap minyak (guna pelenyek doh karipap)
3. Gulung sosej pada roti, gamkan guna telur dan lumur sekali semuanya dengan telur
4. Golekkan pada bread crumb... berdasarkan pengalaman (setakat ni bread crumb kat kedai Bagus Bakery lebih ranggup berbanding dengan bread crumb lain)
5. Goreng sekejap, belah 2 dan hidang... hmmm senang jer

Chawan, Bangsar

dah banyak tahun nampak Restoran Chawan... tapi mcm rasa was2 nak makan sebab rasanya dulu bekas Restoran Devi, non Muslim... so mana tau Restoran Chawan ni kesinambungan dari Restoran Devi...tapi akhirnya tak tahan godaan .. banyak blog makan2 cerita pasal Chawan ni... try google, akhirnya confirm tiada was2 ia dimiliki oleh Ahmad Farid Yahya. Info seterusnya link.

Lokasi sangat mudah corner lot, Jalan Telawi 3, berhadapan dgn main entrance Bangsar Village 1 ... interior design yang cantik dan tempat agak selesa...tak dapat nak ambil gambar dalam restoran sebab segan, ramai orang.. cuma dapat ambil gambar makanan jer. Semua makanan yang di order sedap2 dan kuantiti agak banyak, berbaloi dengan harganya.


biskut tawar atau biskut kering Khong Guan tu yang paling best... sedap dan sangat nostalgia... kalaulah aku ni bukan jenis pemalu ... rasanya dah mintak sepinggan

Kat sini ada berjenis2 kopi .. malaysian made..sebelah kiri Kopi Kemaman dan kanan Kopi Kota Bharu. Kopi Kota Bharu tu semestinya kepunyaan my hubby.. orang Kota Bharu laa katakan..tak nak kopi lain, nak tempat dia jugak, hmm semangat kenegerian yang masih tebal....pada aku, biarlaaah..tak salah pun kalau kita ada sifat jati diri yang kuat....Rasanya berbeza ker? Entahhh.. aku bukan peminum tegar kopi jadi aku tak tau nak bezakan rasanya.



senarai kopi yang ada di Chawan...14 jenis + 1 lagi kopi Kluang tak ada dalam senarai



Nasi putih set... ayam masak lemak cili api



ini bukan nasi tapi pulut kuning dengan rendang daging .. ni aku punya ..  lunch makan pulut ..  lebih Siam dari orang Siam



Laksa Asam... nampak cair jer kann.. tapi sebab belum gaul sekata... dah sekata rasa ok dan  puas hati



... dan ini dessert bubur pulut hitam... hmmm mild

Monday, June 17, 2013

Butter Prawn

highly recommended ... butter prawn di Restoran Mohd Chan Abdullah, Seksyen 15 Shah Alam, berhadapan Perodua Service .. kesedapannya ialah pada gumpalan butter dan telur yang berserabut di atas udang .. tempat makan pun agak selesa.. tak perlu beratur panjang atau tunggu lama ... service cepat dan pendek kata semua ok lah

butter prawn dimakan bersama nasi goreng cina ... 2 benda ni pun dah memadai ...hmmm memang superb

Tenggiri Torpedo Laut

suka ikan tenggiri.. isi putih dan lembut... mak kata, ikan tengigiri yang bersaiz kecil isinya lebih lembut dari yang bersaiz besar....Saiz besar isinya agak pejal.  Tenggiri jenis ikan migrasi setiap tahun... Banyak terdapat di perairan negara kita disebabkan banyaknya spesis ikan yang menjadi makanannya seperti kembong, bilis, selar dan sotong. Kaki pancing menggelarnya dengan nama Torpedo Laut kerana cabaran yang dihadapi semasa menangkapnya. Info Tenggiri link

Tenggiri masak kicap.. resepi mak... rasanya lain sikit dari masak kicap biasa, agak pedas sebab letak lada putih, cili padi dan rempah tumis... Favourite aku masa kecik dan sekarang menurun pulak ke Sofi... 2 hari berturut2 mintak masak lauk yang sama



Kari ikan tenggiri, hari berikutnya


Tenggiri Masak Kicap

Bahan :
4 potong ikan tenggiri - lumur garam dan kunyit sikit goreng separa masak dan tepikan
sedikit lada putih - tumbuk halus
4 biji bawang putih, 7 biji bawang merah, setengah inci halia - ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris
2 sb sos tomato (nak bagi kuahnya sedikit pekat)
3-4 tangkai lada padi - di ketuk (ikut nak rasa pedas) -  jgn byk sgt lada putih kena dgn cili padi memang pedas
sediakan 2 btg kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga dan 3 bunga cengkih
kicap manis - ikut wana kehitaman yang dikehendaki
garam dan gula - ikut rasa sendiri

Cara :
  1. Tumis bahan tumbuh ( lada putih, bawang merah, putih dan halia)
  2. Masukkan cili padi dan semua rempah tumis
  3. Dah naik bau masukkan bawang besar - sampai agak layu
  4. Tuangkan kicap manis (pakai kipas udang), perasakan dengan garam, gula dan sos tomato
  5. Masukkan ikan yg dah digoreng tadi .. masak sehingga masak