suka ikan tenggiri.. isi putih dan lembut... mak kata, ikan tengigiri yang bersaiz kecil isinya lebih lembut dari yang bersaiz besar....Saiz besar isinya agak pejal. Tenggiri jenis ikan migrasi setiap tahun... Banyak terdapat di perairan negara kita disebabkan banyaknya spesis ikan yang menjadi makanannya seperti kembong, bilis, selar dan sotong. Kaki pancing menggelarnya dengan nama Torpedo Laut kerana cabaran yang dihadapi semasa menangkapnya. Info Tenggiri link
Tenggiri masak kicap.. resepi mak... rasanya lain sikit dari masak kicap biasa, agak pedas sebab letak lada putih, cili padi dan rempah tumis... Favourite aku masa kecik dan sekarang menurun pulak ke Sofi... 2 hari berturut2 mintak masak lauk yang sama
Tenggiri Masak Kicap
Bahan :
4 potong ikan tenggiri - lumur garam dan kunyit sikit goreng separa masak dan tepikan
sedikit lada putih - tumbuk halus
4 biji bawang putih, 7 biji bawang merah, setengah inci halia - ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris
2 sb sos tomato (nak bagi kuahnya sedikit pekat)
3-4 tangkai lada padi - di ketuk (ikut nak rasa pedas) - jgn byk sgt lada putih kena dgn cili padi memang pedas
sediakan 2 btg kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga dan 3 bunga cengkih
kicap manis - ikut wana kehitaman yang dikehendaki
garam dan gula - ikut rasa sendiri
Cara :
- Tumis bahan tumbuh ( lada putih, bawang merah, putih dan halia)
- Masukkan cili padi dan semua rempah tumis
- Dah naik bau masukkan bawang besar - sampai agak layu
- Tuangkan kicap manis (pakai kipas udang), perasakan dengan garam, gula dan sos tomato
- Masukkan ikan yg dah digoreng tadi .. masak sehingga masak
No comments:
Post a Comment