"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Thursday, November 22, 2012

Lumut revisited

1990...first time menjejakkan kaki ke Lumut...beli tiket naik bas Sri Maju Sarata, Lumut JB di sini.... tiada ada apa yang menarik ketika itu...cuma ada jeti ke Pangkor, kapal navy dan nostalgia lama .... kini, perubahan besar ... impressive.....selalu juga ke sini, kadang2 cuma nak beli ikan bilis mata biru dan udang kering segar... Bandar kecil minimalis ini patut dijadikan contoh successful urban landscape in Malaysia .... Thumbs up to Majlis Daerah Manjung


focal point ... konsep tulang ikan sesuai dengan imej Lumut dan Pangkor



 night landscape .... menghidupkan suasana simpang 4 ke Teluk Batik.




makan malam di Restoran Warisan, Teluk Muroh...fail...order 4 benda dapat 2 ... tunggu telur dadar 1 jam tak sampai ...sampai ke sudah.... telur dadar jer tu, belum lagi order jenahak



redeem 1st price voucher.... di Marina Cove, Teluk Batik




abah melayan Sofi ... sukakan hati dia... sebab balik dari kem tahsin masih lagi mood sayuuu...


 
 
lunch Nasi Briyani di Restoran Biriyani, Sri Manjung... ejaan nama restoran ni lain sikit BIRIyani



tahun depan dah form 1...shopping keperluan sekolah kat Sri Manjung.... jauh beli sampai ke Perak

 
 
tak tahan godaan .... banyak sangat orang jual durian kampung dari Taiping .... esok nak balik ... makan sebiji tepi jalan .... Alhamdulillah ... balik hotel rasa tenang dah dapat durian



bawa balik ... ikan bilis mata biru

Teluk Intan revisited

....tiada perubahan, first time ke sini 13 tahun lepas... Studio Project : Urban Landscape 1998... datang lagi hanya untuk melayan nostalgia lama.



beza .... masa umur 27 tahun (belum berpunya) dan 40 tahun (hak milik orang) ... menara condong tak berubah.... aku yang ketara berubah





beza .... masa umur 12 tahun dan 3 tahun.




sumber link


Menara Jam Condong menyerupai Pisa Tower di Itali.....Mercu tanda Teluk Intan yang dulu dikenali dengan nama Teluk Anson....Dibina pada 1885 oleh arkitek Leong Choon Choong sebagai tangki air sekiranya berlaku kemarau. Ketinggiannya 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga.... nampak macam 8 tingkat tapi sebenarnya 3 tingkat sahaja.... mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.  link

Pisa Tower pula mempunyai 294 anak tangga.... mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan...berlaku kecondongan disebabkan faktor geografi.  Ukuran yang dibuat pada masa dahulu menunjukkan menara itu condong 0.04 inci setahun. Tetapi sekarang kecondongannya meningkat kepada 0.06 inci setahun. 
 

Sunday, November 18, 2012

Kem Tahsin Al Barakah - aktiviti cuti sekolah

Target utama cuti sekolah kali ni....hantar Sofi sertai Kem Tahsin ke 20 Ustaz Kazim. Ada 3 sebab kenapa pilih kem ini :
1.  dia suka sangat dengar ceramah ustaz Kazim dan teringin nak tengok ustaz secara live
2.  nak tau keadaan pondok alBarakah... sebelum ni cuma tau dari ceramah dan online
3.  nak ajar Sofi berdikari... sebelum ni dia nak sgt  form 1 tahun depan duduk hostel...jadi try duduk sini dulu seminggu putus hubungan terus dengan ibu abah

Keluarga dilarang masuk ke hostel...cuma boleh berada setakat surau dan dewan shj...mungkin sebab biasanya parents ni banyak karenah,padahal anak tak ada apa pun...




persediaan ... macam lama nk duduk satu semester  ..benda yang kena bawa: baldi untuk basuh baju, berus dan sabun buku, sepit kain, bantal, alas katil, selimut, kasut sukan dan pakaian secukupnya...h/phone dan gadget hiburan  tidak dibenarkan sama sekali....kucing??? terpinga2 dan  tertanya2 ..."abang hensem nak ke mana...tak pernah berkemas macam ni?"...Tengok yang hitam tu....hanya mampu mengintai dari jauh.




baru sampai ....
Ibu : apa perasaan Sofi?
Sofi :  "besttttt sangat"...excited
Ibu : (aku tau excited sebab first time bawak beg peti abah... he3)





sebak, Sofi tak pernah tinggalkan ibu lama cam ni ...
Semoga Sofi jadi anak yang soleh, cerdik dan anak yang bertaqwa
"Sesungguhnya ya Allah, kau telah memberiku dia satu-satunya amanah yang terbaik..dan sekiranya dia tersilap langkah, akulah yang salah mendidiknya...moga dia sentiasa di bawah peliharaanMu..."



taklimat & pengalaman peserta sebelum ni...disampaikan oleh Cikgu Bob, lawak tapi agak garang




banyak kucing kat sini....semuanya bersih & comel terutama yang ni...semua orang pegang dia ....rasanya  dia perasan glamour



singgah bermalam di Taiping ...hotel baru ....baru 4 bulan beroperasi...rate lebih kurang dengan tempat lain tapi ruang bilik sangat2 luas dan selesa link




Sketch 1 by hubby .... bagi masa 1 jam, sementara aku window shopping di Ipoh Parade sebelum balik



Sketch 2 .... bangun tidur dia terus pergi Lake Garden sementara aku buat kerja sekolah kat bilik hotel ....aghhh banyaknya kerja



tengok tech deck ni....teringat dia....balik rumah tengok baju, meja tulis, buku cerita, pinggan makan... semua benda.... sedihhhh ...aku tak lalu makan, tak lalu nak shopping, tak keluar rumah,  .....mengira hari bila nak ambik dia




17.11 2012  jam 11.30 am ambil Sofi balik  ... dapat tengok muka dia setelah seminggu tak jumpa ....redup dan sayuuuu




Ibu: apa perasaan sofi?
Sofi: nanti Sofi cerita
Ibu : nak duduk sini lagi
Sofi : ....X nak
Ibu : kenapa X nak
Sofi : Sofi ingat ibu abah waaaaa....aa...
Ibu : ha sekarang nak duduk hostel lagi tak?
Sofi : X nakkkk ....
Ibu : :)
Pengalaman dan pengajaran yg dia dapat hasil sertai kem tahsin ini :
1. Dengar cakap ibu (abah dia tak sebut pulak)
2. Fikirkan harapan ibu abah
    (dia menangis 2 hari bila dengar ceramah tentang ibubapa oleh Ustaz Mohd Nor & ustaz Mokhtar)
3. Kerja sama
4. Rukun solat yang betul, solat sakit, pengurusan jenazah dan banyak lagi
5. Berdikari (semua dia buat sendiri....ada lagu pulak tu...tepuk2, bukak2, cuci2, bilas2, sidai2, angkat2, gosok2, lipat2, masuk2 ...Alhamdulilah"



suka...dapat signature dari Ustaz Kazim.... untuk kem kali ni, 5 kali dapat bersama ustaz dengar ceramah...katanya ustaz tegas, agak garang tapi kelakar dan suka nyanyi ..." sedap ibu suara ustaz.. macam2 lagu"




kucing yang sama masa baru sampai dulu... selamba je dia baring2, golek2 depan orang..... rupanya Sofi cerita banyak kucing kat sini... ada opah yg control kucing2 ni...Opah akan pastikan kebersihannya,  tak ada org yang dera kucing, leraikan bila kucing bergaduh, kalau nak keluar kena ada guard & mcm2 lagi.

Sofi cerita lagi kat sini ada ramai opah...bila panggil Opahhhhh...nanti semua opah2 kat situ nyahut ....yaaaa. Rupanya di sini Ust Kazim juga memberi perlindungan kepada org2 tua yg tiada rumah...menngaji dan bekerja di sini....membantu kesempurnaan dan perjalanan Pusat Pendidikan Al Barakah dan paling best sekali ada Opah Guard....garangggg

Selain pondok moden ini,  di al Barakah juga mempunyai 1000 orang pelajar merangkumi tahfiz, sekolah agama rakyat, rumah anak yatim, rumah org tua, penjagaan homodialisis dan lain lain lagi link.. betapa besarnya tanggung jawab dan pengorbanan ustaz Kazim dan Al Barakah....moga sentiasa mendapat rahmat atas usaha beliau dan sama - sama lah kita membantu anak2 yg memerlukan ini.

Wednesday, November 14, 2012

Daging Hitam Berempah


Baki daging hari raya qurban...masak hitam berempah...resepi  link. TQ K.Dayang ... thumbs up


Friday, November 9, 2012

Pengesahan Pendaftaran Sekolah SMKRP

Hari terakhir ..... tapi tugasan belum berakhir

" The man who does not work for the love of work but only for money
is not likely to neither make money nor find much fun in life"
 .....Charles M Schwab

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya"
.....Prof Dr Muhaya

 Jadi... jika ingin keberkatan sumber rezeki dan kehidupan ....kena ada sifat Ikhlas ..
."enjoy the work with funnnn" .......I have to do it !



selamat datang.... "Masa depan anda akan bermula di sini"



Petugas kaunter , antaranya Pn Juhaida, Pn Ajura, Pn Noor Fadhilah, Pn Nurul Huda dan Pn Nor Azlinei.... menguruskan pendaftaran pelajar



 Ustazah Suaibah dan Pn Anida .... kaunter untuk kes " orang yang baru turun dari bot" he he he...




berbincang mengisi borang pendaftaran... ada juga yang tidak tahu alamat rumah..ish ish ish





Cik Mahfuzah  & Cik Nur Hamiza..... suka betul dah selesai ... nak cepat balik sebab ada plan baik lepas ni.."Cik" laa katakan




dah menyelesaikan tanggung jawab  ..... tahun depan sekolah sini...jangan nakal2

.... dan aku mana???  ...tiada ... sebab bahagian aku... Penyediaan tempat dan perlabelan ...kerja sebelum buka kaunter dan tutup kaunter..."I enjoy my work and it is funnn"
 

Friday, November 2, 2012

Strawberry Fruit Tarts


buah tangan CH dari Ustazah Rosni kerana *** ... nak makan gitu saje tak berapa laju...minta  K.Mila link  buatkan tart shell



...... hasilya strawberry choco tart...Tq Rosni




dan satu lagi yang tak jemu dibuat dan dimakan...fruits tarts



ini pulak khas untuk Rosni ...hope u'll like it...

Friday, October 26, 2012

Nasi Tumpang Aidil Adha 1433 Hijrah

... tak balik JB atau KB....rasa sangat mcm mak-mak... sebab mlm raya dah mula memasak. Kalau balik JB selalunya mlm raya macam ni lah...masak2... rasa sedih sikit beraya 3 beranak  jer....

persediaan untuk buat gulai udang ... masak lauk malam, esok tinggal masak nasi. Resepi link



malam ... siapkan kelongsong nasi tumpang




persediaan hening subuh .... masak nasi lembik, goreng telur dan serunding daging ready made




akhirnya ...sempat siap sebelum solat Aidil Adha




nasi tupe (tumpang) gulai udang ... Sofi beri 5 bintang




Ini bahagian Sofi buat dessert, suka betul dia...sepanjang hari menyengih sebab berjaya buat fruits tart yg cute dan sedappp


 


Langkah 1: Sediakan tart casing, order dari K.Mila http://adnazthie-kek.blogspot.com/ ... tak payah susah2 buat (sebenarnya tak tau nak buat)...TQ K.Mila, ranggup sepanjang hari



Langkah 2 : Cairkan coklat masak, sapukan sbg alas
Tujuan: coklat akan mengeras, oleh itu akan dapat menghalang kelembapan buah-buahan terkena pada casing yang boleh menyebabkan hilang keranggupannya



Langkah 3: Letakkan kastard (campuran 300ml susu segar, 2 sudu makan tepung kastard, 1sudu makan gula pasir, 1 sudu makan butter & sedikit vanila)... senang kalau guna piping tapi tak ingat simpan kat mana...akhirnya guna sudu kecik


Langkah akhir : Susun buah ikut pilihan dan citarasa sendiri


dan akhirnya siappp .... suka sangat dia



air tangan bujang kecik ....Fruits tart