"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Saturday, June 25, 2011

Nasi Tumpang - Exotic food

saat ku idamkan.....akhirnya jumpa kat Belanga, The Garden Mid Valley. Pernah buat sekali tp agak leceh... hmmm sedapppp sgt...macam yg aku buat..he he he


... mengikut cerita mak mertuaku, nasi ni dulu dibawa bekalan org gi kerja. Rupanya mcm nasi impit tp lembut dimakan berlaukkan gulai udang, sedikit sambal ikana atau daging dan telur goreng. Unik dan eksotik sbb susah nk dapat... walaupun kt tpt asalnya Kelantan....perghh sedapppp... lebih2 lagi dibungkus dgn daun pisang.

Sunday, June 19, 2011

Beleda Laici

pagi tadi abe we mintak beleda...apatu!!! ..ni bahasa kelate "beleda bodo2 pun tak po... letak la milo sikit" ... Aku sebenarnya memang nk buat pun beleda tu...tapi namanya english choc puding arghhh  failed....lembik nyek2 ....terus buang dgn resepinya sekali aku ganti dgn yg  .......ini...BELEDA LAICI (Puding Laici Berkuah)

* resepi ini mengggunakan 2 tin laici

Bahan2 puding:
1 tin laici (asingkan air dan buah)
1.5 liter air
7 sudu mkn gula
1tin susu sejat
10gm agar-agar powder
sedikit esen vanila


Bahan kuah:
2 cawan air
1 tin susu sejat
3 sudu gula
1 lagi tin laici  (ambil airnya)


Cara masak puding:
1. Masak air, masukkan gula, susu dan air dr laici tin - masak hingga menggeleggak
2. Potong buah laici (kasar). Masukkan dlm puding yg dah masak.
3. Tuang dlm bekas yg dh disusn dgn buah laici.


Cara masak kuah:
1. Masukkan air, air dr laici tin dan gula
2. Masak hingga menggelegak
3. Lebihan buah laici jadikan hiasan

Tuesday, June 14, 2011

BILA ORANG MUDA SEMAKIN BIADAP!!!

beza umur berbelas tahun...
perlakuan kurang ajarrr...
tiada etika dalam bekerja
..... akhirnya menyusahkan kerja orang lain

rasa bangga... dengan tugasan
rasa bongkak ... dengan pujian
bercakap besar...mendongak ke langit
walhal engkau sedang melalui ujian ....

orang muda...
engkau dalam proses belajar
perlu pengalaman sebanyaknya
bukan tunjuk besar kepala

akan tiba jua suatu masa
engkau berada di puncak
mungkin bukan ketika ini
belajar lagi, disiplinkan diri

orang muda..
kau fikir ...aku suka. tidakkk!!!
aku tidak pernah minta semua ini...
aku juga tidak inginkan semua ini...
tapi aku redha ...rezekiku disini

aku sedia undur diri....pasti
hati dan jasadku terlalu ingin pergi...
aku harap tidak akan jumpa lagi
orang muda seBIADAP ini....!!!

Tuesday, June 7, 2011

TLDM Naval Base, Lumut

Cuti sekolah yg ditunggu2 sbb nk gi sini... Pengalaman berharga
Terima Kasih : KDR Rosli Abdul Ghani (SMP) TLDM, ..Classmate of S Semail Ismail
... rasa patriotik bila tengok pelbagai khazanah dlm galeri

Penghargaan buat TLDM... berkorban kpd negara Malaysia dan rakyat Malaysia

... menuju ke KD Selangor 176,
 kapal peronda ke 6 menggantikan KD Seri Selangor yg telah dilucutkan tauliah setelah 32 berkhidmat mengawal perairan negara

... teruja dapat naik KD Selangor 176
KD Selangor & KD Kelantan berpengkalan di Lumut

View to Markas Armada, Motto : WE MEAN TO WIN
Bermula di TLDM Woodland tahun 1950 an
18 Mac 1983 - Perpindahan Markas Armada dan unit-unit lain dari Pangkalan TLDM Woodlands ke Pangkalan TLDM Lumut
20 Nov 1984 - Perasmian Bangunan Markas Armada
Sumber : http://www.navy.mil.my/index.php/mengenai-kami

Berjasa kepada negara...
KD Selangor bermula 1963, pernah bertempur dgn Kapal Penggempur Indonesia di Selat Singapura (24.7.1964) berjaya menenggelamkan kapal tersebut ....ada yang terkorban dan cedera. ....Alfatihah...

KD Selangor direka bentuk sebagai sebuah kapal bestari iaitu kecanggihan peralatannya boleh dioperasikan dengan jumlah krew yang minimum tetapi berupaya mengekalkan tahap dan tempoh pengoperasian tinggi.
....Semua bendera ada makna yang tersendiri bukan saje2 gantung...

KD Selangor sepanjang 91.1 meter dan lebar 12.8 meter menggunakan sistem persenjataan STN Atlas Cosys 110-M1 dan senjata utamanya ialah meriam 76 milimeter (mm) OTO Melara dan meriam 30 mm OTO Breda.
sebahagian sumber dari :

Sunday, May 22, 2011

Pengkalan Balak - Kuala Sungai Baru, Melaka

21hb May 2011.... persisir pantai Melaka dan Negeri Sembilan. View cantik, tenang, damai  .... tapi sayang tiada insiatif untuk upgrade dan promosi ....
 ehhh ..Rantau Panjang kat Melaka???...ingatkan Selangor dan Kelantan je..

Pulau Konet... tak sanggup nak tulis ... tapi this is true. Lokasi Telok Gong,
Melaka. Tarikan kaki pancinggg!!! ...ohhh aku x sukerr


Medan Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru...tarikan tempat makan
baru selain Umbai, Alai, Serkam, dan Sungai Duyong di Melaka
... kucing Kuala Sg Baru ni nak bergambar jugak la pulak...

 
 Lunch kat sini, Masjid Tanah ...hmmm 1 st time makan ikan sembilang & belum pernah lagi makan ikan keli... sebab mukanya tu tak macam ikan2 lain....Ikut petua tapi bukan kajian ... sembilang, pari dan keli tidak digalakkan makan sebab berbisa...boleh menyebabkan sakit dan menambahkan sakit...

haaah...ni lah kerjanya..pancing pancing pancing!!!..Kat sini ada kelong..mesti berbunga2 hati anak beranak ni...ada potensi datang lagi ni...bolehhh... tapi dgn syarat tinggalkan ibu kat Spa 

Tuesday, May 17, 2011

"Jelly Bertuah"

hadiah hamper cabutan paling bertuah sempena 16 Mei...tak tau nak wat pe ...nak makan semua, ohhh... tak mungkinnn ....Sofi pun cam tak layan je kat jelly ni .... ini kesudahannya .. sampai Sofi x tenteram study..asyik buka tutup peti ais


Resepi "Jelly Bertuah"
2 packet jelly (spesis sumi jelly) - hancurkan kasar2
1 packet agar-agar serbuk
1 tin susu cair (yg biasa dijual tu 400 ml)
1 liter air
1 tin laici (ambil semua airnya ... buah laici tidak dimasukkan)
1 senduk gula (guna senduk nasi...rata je )
Cara:
Masak semua bahan kecuali jelly sampai mendidih
Susun jelly dalam acuan.
Bila bahan dimasak dah suam tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Bahan kuah jelly
1 tin susu cair
400 ml air
4 sb gula
sedikit esen vanila
buah laici tadi
Cara:
Masak semua kecuali laici
Rasa ikut kemanisan yang dikehendaki.
Dah sejuk masukkan buah laici dan simpan kat freezer sampai suku keras.
Hidangkan dengan aiskrim

Saturday, May 14, 2011

... kelat dan manisnya berkawan

Jumaat, 13hb Mei, 2011..LADAP 2 & Mesy. Tek & Vok .... suasana santai, KP memahami keadaan guru-gurunya yg kebuluran...so dibolehkan sambil makan n minum-minum tapi apa yang dibekalkan je (roti n air kotak .... Alhamdulillah..) .



rakan2 seperjuangan ... hampir kebanyakkannya "g****r", suara ...jgn cakap la.. bagai dentuman guruh di langit (Astaghfirullah...) tapi itu sesekali je, masa marah kat budak2 yg melampauuuu ..& masa tu hilang kawalan ingatan ... Tak boleh wat selalu perangai cam ni..nanti koyak anak tekak. Ada jugak yg sangat lemah lembut cam KP tapi bukan lembik ... Guru KHB x leh lembikkkk ... kena keras, tegas, cergas ... sbb apa cam tu... hanya mereka yg melaluinya saje yang tau ....

kawan tetap kawan..tapi masa kerja, kerja tetap kerja..tanpa kira kawan atau tak kawan ..kena marah, kena buli...tu biasa .... pas..tu..kawan balik...Itu cuma berkaitan kerja...(harap-kawan2 memahaminya..) Masa lain ... aku ok je...kacau orang, sopan santun & lemah lembut (ya ke...dulu la.. masa zaman menjadi rebutan ramai ...) & yg paling penting jaga etika berkawan dan etika kerja....


adakala kita ketawa bersama.... adakala kita menangis bersama....
dan adakala kita bermasam muka...namun,
kita masih boleh menggalas bersama , tanggungjawab mendidik anak bangsa...
demi masa depan negara tercinta....

Sunday, May 8, 2011

Diet buah

Minggu ni.... nak try diet buah mula Ahad malam sampai Jumaat...
Matlamat nak buang toksin n lose weight ... turun sekilo pun jadilah...he he he
Menu : Ahad malam  

 Sofi pun ikut-ikut diet 

akhirnya ...dietku x menjadi, hanya mampu bertahan sehari, godaan diluar belum mampu ku tempuhi... cuba lagi..cuba lagi....cuba lagi....

Tuesday, March 15, 2011

Sotong Goreng Tepung

....bebaloi baloi  masak sendiri....kalau kat kedai mahallll....Tepung goreng sotong import khas dari Pasar Tani Larkin, J.Bahru...setakat ni lum jumpa lagi kat sini...

Maccheroni al forno

.... asal Itali ...Bahasa Melayu dikenali dengan nama biasa ....Makaroni Bakar
X pernah wat pun sebelum ni ...saje nak kelainan masakan untuk Sofi . Dia ada camping hari tu... walaupun katanya makanan disediakan... .Aku ni jenis cepat rasa sentimental .... lebih2 lagi dia tak balik 1 malam ... tu yang masakkan jugak dan bawa ke sekolahnya, ... makan ngan Jibril, best friend dia ..... sekarang ni asyik mintak dimasakkan lagi....

Makaroni Bakar
250 gm makaroni / 1/2 paket
- rebus hingga lembut. Anggaran 15-20 minit. Masukkan sedikit minyak zaiton (supaya tidak melekat)
1/2 plastik daging cincang (cap RamLy burger)
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 tin cendawan butang - potong kecil2
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
Capsicum (jika suka)
daun parsley (dried - dalam botol)
1 cheddar cheese (bentuk block)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (kalau nak pedas boleh tambah)
sedikit garam
1 biji telur & sedikit susu segar (kacau rata)

Sos putih
Susu segar
2 sudu makan tepung gandum
cheddar cheese


Cara buat sos putih:
1.  Masak susu segar (preheat - jgn sampai menggelegak)
2.  Masukkan tepung gandum sedikit2 - sampai agak likat macam nak buat lempeng).
3.  Parutkan sedikit cheddar cheese di atasnya - kacau sampai rata

Cara masak :
1.  Tumis bawang besar, bawang putih
2.  Masukkan daging cincang, cendawan butang, tomato puri dan makaroni
3.  Taburkan parsley, serbuk lada hitam dan garam secukupnya. Kacau rata

Penyediaan sebelum bakar :
1. Sediakan tin pembakar. Masukkan makaroni yang dahdimasak. Tekan bagi padat.
2. Tuang sos putih di atasnya. Ratakan
3. Tuang telur dan susu yang dah di kacau rata.
4. Parutkan cheddar cheese di atasnya sehingga menutupi semuanya. Akhir sekali tabur
    daun parsley
5. Bakar 175 C / sehingga bahagian atas keperangan. Anggaran 30-35 minit.

Monday, March 14, 2011

Madeleine..(KBSM, Fajar Bakti)

...Kek Madeleine ...nostalgia sungguh ...Pertama kali buat masa belajar SRT Ting.2 di SMMB, JB, (1984). Masa tu kek ni kira yang paling sedapppp pernah ku makan ... Kesedapannya hingga kini masih teringat2. Kebetulan  terjumpa resepi ni (sebelum KBSM wujud) ....apalagi balik sekolah semangat berkobar2 beli bahan & terus buat ... Alhamdulillah... menjadi.. Walaupun saiznya ada tinggi rendah .... Masa panas2 rasanya macam muffin Kenny Rogers (anak aku cakap lah....wa ka kaaa....)
Asal usul kek tradisional ni dari utara Perancis. Dipanggil juga dengan nama Petite Madeleine. Bentuk asal macam gambar di bawah http://en.wikipedia.org/wiki/File:Madeleines_de_Commercy.jpg
 
File:Madeleines de Commercy.jpg
 Madeleine
90 gm tepung gandum & 1/4 camca teh baking powder -  ayak bersama
60 gm butter
60 gm gula halus
1 biji telur - dipukul
1/2 camca teh esen vanila
Hiasan
jem respberry / strawberry
kelapa kering (siap guna)
ceri
paper cup
Cara
1.  Griskan acuan dgn sedikit butter, panaskan dalam oven (preheat). Suhu 170 darjah C.
2.  Pukul butter dan gula - sampai kembang (guna mesin)
3.  Masukkan telur pukul lagi
4.  Masukkan esen vanila - Kacau rata
5.  Masukkan tepung - kaupkan
6.  Masukkan dalam acuan. Bakar anggaran 20 - 25 minit
7.  Hiasan : Sapukan jem (yg dipanaskan cara double boiler) dan taburkan kelapa kering
    (jika suka).
8.  Akhir sekali letak dalam paper cup

Saturday, March 5, 2011

..... anak didik ku



...ni sebahagian dari kelas 1 Maju kump. yg ku ajar. Mereka ini adalah harapanku....utk mendapat A dlm KHB, PMR 2013 (InsyaAllah)...masa mengajar aku memang garang grrrrrr!!! ... semua mengatakan begitu....tapi mereka tak tahu yg aku sgt pentingkan disiplin dan fokus masa belajar ..... sekiranya ini berlaku....dgn mudahnya mereka akan score dlm KHB....InsyaAllah...

Ada lagi ....mereka juga tak tahu bahawa aku saaaayangkan mereka...tak percaya???.... tengok wajah-wajah mereka .... air mukanya bersih...dan ...sangat beradab....walau ada yg sedikit nakal...biasalah nakal budak2 sesekali menghiburkan...... Bertuah ibu bapa mereka,.., dapat anak sebegini....