"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, September 20, 2011

Penang Heritage Trail

sangat menarik .....  nilai estetik bandar Georgetown. Selayaknya  ia mendapat award dr UNESCO sbb kebanyakkan bangunannya adalah yg tercantik di negara ini.
Bangunan kolonial ini dibina pada 1817, merupakan asal Penang Free School.
Penang Free bermaksud semua anak Pulau Pinang boleh belajar di sini tanpa
mengira kaum. 1964 telah menjadi Muzuim dan Balai Seni Lukis, Pulau Pinang
http://penangstatemuseum.blogspot.com/2008/08/sejarah-bangunan-muzium-negeri-pulau.html



Bangunan kolonial, Georgetown City Hall, sekarang Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, dibina pada 1903





Bangunan kolonial, Penang Town Hall dibina pada 1880
dahulunya sebagai perpustakaan, concert hall dan grand ballroom.



1923, Bangunan kolonial, Georgetown Dispensary di Beach Street.


Bangunan era kolonial CIMB Berhad, Tanjung, Beach Street.



Masjid Kapitan Keling, masjid tertua di Penang. Nama masjid diambil
sempena nama jawatan Chaudeer Mahudeen (ketua komuniti India Muslim
yang  membinanya sekitar 1800. Masjid yang ada pada hari ini telah
diubahsuai mengikut senibina British Mogul
http://speedytravel.blogspot.com/2009/04/heritage-buildings-of-penang.html



Masjid Negeri Pulau Pinang, dibina pada 1979.  Arkitek masjid ini berasal
dari Filipina dan seorang lagi arkitek Brazil. Ilham dari gabungan senibina
tempatan dan western modernist.



Masjid Terapung Tanjung Bungah, gabungan senibina tempatan dan Middle East
Architecture. Direka oleh Muhamad Fisol Osman, arkitek JKR Pulau Pinang
Pernah dilanda badai Tsunami 2004, namun binaannya tidak terjejas

Friday, September 9, 2011

popia gunting sira pedas

... satu-satunya kuih raya yg buat sendiri (ni... kira kuih raya juga ke???.    kalau buat masa raya .. ya la tu), ... dah lama teringin tapi bila dicari susah pulak nak jumpa, .... akhirnya bila dah teringin tahap melebihi org mengidam ... inilah kejadiannya...

nama sira pedas .... tapi tak pedas pun


 
Langkah 1: Gulung popia, gam dgn telur & gunting serong


Langkah 2: Tumis sambal (7 bj bwg merah, 3 bj bwg putih, sikit udang kering,
sikit lada kering jenis kurang pedas - semua blend) hingga agak kering. Sebelum kering masukkan sikit garam, 2 1/4 sudu gula & sikit air asam. Try rasa ... ikut kesedapan sendiri


Langkah 3 : Goreng popia - kekuningan & toskan



Langkah 4 : Gaulkan / sira sambal dgn popia

Tuesday, September 6, 2011

santapan .... aidilfitri 2011

Aku agak konservatif, suka sgt pd yg lama-lama ... apa shj, terutama makanan ... jom layan makanan  masa raya di JB

bahulu lapis, kuih yg mesti dimakan stp tahun (setahun sekali)
& lagi hanya yang dibakar dgn sabut atau kayu shj....
(aku juga bole bezakan yg betul2 tradisional dgn yg palsu)



 nampak mcm biasa je kan!!!, tapi sebenarnya rasanya lain dr yg lain. Apa yg lain??? ... yg lainnya ialah mak aku yg buat ... kerangupan, ketebalan, kemasinan & kesegarannya X dapat ditandingi oleh kerepek2 pisang lain .... ha ha ha


dodol ... bukan favourite, tapi kalau makan, hanya makan versi lama dibalut dgn
upih shj ... sbb aku suka pd tekstur dodol tu yg ada garis-garis ...


marble cheese brownies ... gabungan coklat & cheese ... hmm cheeseee.. sukanya


ketupat, kuah lodeh, sambal kacang & rendang
hidangan setiap kali raya aidilfitri atau aidil adha atau bila teringin ....

Ada 1 yg X de ... kuih tat buatan mak, sekrng mak dah X buat ... X larat... nak harap anak2nya .... mengada2 nak mak yg buat jugak.



ni pulak ... makanan eksotik @ Kota Bahru ... Raya ke 3 dah jual macam2...
... dah X pandang sekut raya (bhs Kelantan)
 Gerodok...  warna kurang menarik tapi  sedappp ni.... versi sekarng lebih kurang karamel

buah tanjung ..... sedap dimakan sejuk



 rupa bentuk sebenar buah pokok tanjung (Mimusops elengii)

Tuesday, August 30, 2011

... menjelang 1 Syawal @ JB

 
persiapan nak masak rendang, kuah lodeh & etc....


membesar bersama dari baby sampai dah sekolah...
sibuk jugak ni, sibuk buat kapal ....masa ni nak hujan, tapi X sempat nak hanyutkan
semua kapal ni sbb dah kena jerit dgn ibu Sofi



Rumah pusaka arwah abah, 31 tahun sudah ....
design & built sendiri menggunakan keringatnya
projek main mercun .... sedang bermula... yeaahh!!!





pembakar mercun pro.... X bunyi mercun ... kurang best lahhh
 
 
budak2 X bole mercun....main bunga api la ehhh ...


rutin kerjanya setiap tahun, sediakan bekas kuih & isinya sekali

dekat pukul 1.00 pagi .... dah mcm kat cybercafe ... masing2 online


"TAKBIR RAYA"

Wednesday, August 24, 2011

Bazar Ramadhan SS18 Subang Jaya...

SS18, Subang Jaya.... destinasi terakhir beli juadah buka puasa, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur akan ada lagi thn depan.

hari ni ... berbuka dgn laksa jer... sedap laksa pak cik ni.

daging bakar... bukan nk makan sgt pun... tapi tringat sgt kat En Zul. lecturer
kat MPBP, 2002 .... ada" peristiwa" yg terlalu menyentuh hati
.... teringin sgt utk brjumpa dgnnya.

Roti jala... memang favourite aku... X kira apa bentuk pun

X sangka ada org jual lg oren klasik ni.... teringat masa raya dulu2, gasnya X bnyk .... rasa mild saje

Saturday, August 20, 2011

Bazar Ramadhan - Putrajaya

Hari ni beli juadah kat Putrajaya... sebenarnya tujuan nak cari roti ada sorang pakcik ni.... rotinya lembut,sedap X mcm roti kedai... sbb katanya isteri dia yg buat sendiri... Pak Cik ni PR baik punyaaa.... ramah... speaking lagi ... hmmm malangnya dia X jual pulak hari ni ... X dapat la nak ambil gambar dia & roti-rotinya....so ambil gmbr yg lain...layannn

cute .... baby cakoi ni...eee gerammnyer



Nasi Briyani Johor .... setakat  ni masih belum jumpa nasi briyani yg sedappp ....
semuanya biasa2 jer.... Nasi Briyani paling sedapppp pernah aku makan, masa zaman sekolah rendah (SK Mohd Khir Johari) di majlis Maulud Nabi, etiap thn ....aku mesti bawa balik untuk mak ... sbb mak suka nasi briyani sekolah




kerang bakar....



aneka puding .... fizikalnya mengancam, namun tidak mampu mengancam seleraku...
so, aku tengok saje


kebab ni pun ... nampak megancam, tapi aku tidak berselera padanya... 


nak beli... tapi X jadi ... sbb biasanya X habis



Air kelapa laut, X pernah rasa lagi..... Air asam boi... agak menarik & menggiurkan....

Gulai telur - telur ayam

... untuk berbuka puasa Jumaat, 19.8.2011

sekali lagi .... hidangan yg ringkas saje. ( sememangnya aku seorang ringkas tapi ***)

Resepi Gulai Telur
Bahan :
4 biji telur
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia (lbh kurang 1cm - supaya telur X bau)
ikan bilis ( lbh kurang 10 ekor - penyedap rasa)
3 btg serai - dititik
1 kotak santan
3 biji cili padi (jika suka)
sedikit serbuk kunyit - ikut warna kekuningan yg disukai

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis, cili padi - ditumbuk
2. Tumis bahan tumbuk & serai - sampai naik bau
3. Masukkan santan kotak yg dicampur sedikit air  - ikut kepekatan yg dikehendaki
    & serbuk kunyit. PERINGATAN : api perlahan - elak santan pecah
4. Masukkan garam secukupnya, sedikit gula
    (bukan utk rasa manis tp pengimbang rasa)
5. Setelah menggeleggak pecahkan telur - sehingga telur masak
6. Kacau sikit2 dgn berhati - hati supaya telur X pecah...



Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran - Kelana Jaya

Hr ni cutiii... sempena NuzulQuran. Apa Nuzul Quran ni???.... Sekadar pengetahuan ringkas, Nuzul Quran ialah peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, Perkataan "Nuzul" itu sendiri bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq
 
 
Petang... pergi bazar Ramadhan di Kelana Jaya.... tempat yg mesti dikunjungi setiap tahun... untuk menyegarkan semula kenangan indah di sini. Bukan kenangan dating atau berkaitan dgnnya (tu kat tmpt lain) ... tapi kenangan bersama Sofi masa kecil..
 
7 tahun lepas aku tinggal kt Jalan SS5D/2, Kelana Jaya, dia peneman beli juadah berbuka ... masa ni dah pandai mintak bunga api. 2 kali basah kuyup... lenjunnn sbb tetiba hujan lebat sgt.... Nak berteduh ... buang masa, so berlumba lari anak beranak  bawa kuih ... dia suka main hujan... comel sangat tengok muka dia masa tu...he he he .. aku pun suka jugak...dah lama X main hujan.
 
 

Kakak ni...  masih ada ... sama mcm 7 thn dulu...jual macam2 jenis bubur,
bubur lambuk, bubur kacang, bubur jagung, bubur caca, pulut hitam,
pengat pisang, pengat labu ... ehhh mcm2 lg lahh..



kuih lama... di Johor namanya pulut panggang tapi kat sini dipanggil pulut udang... dan kuih tepung gomak isi kelapa


 
kambing golek ... pak cik yg jual ni kelakar... dia suruh Sofi jgn ambik gambar kambing jer.. ambik gambar dia sekali ... he he he



 Rojak petis/rojak buah... warna, tekstur dan rasa....ok. Cadangan Sofi " Ibu, 
patutnya dia suruh kita pilih dari buah yg dia display mcm org jual yong taufu,
sbb ada buah yg Ofi tak suker" ...(hmmm.. ibu setuju, good idea)